Petikan dari laman web http://mynewshub.my).
“Tahukah anda, Indonesia merupakan negara
Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk
negara itu beragama Islam.
Namun, apa yang
menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan
agama Islam setiap tahun.
Secara purata, seorang
rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam
setiap 15 saat.
Jika kadar itu terus
meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan
Islam sebagai agama minoriti.
Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana
merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang
penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).
Selain itu, golongan sebegini juga melihat
agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.
Isu ini semakin meruncing kerana Kristian
memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.
Penggunaan kalimah Allah
dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan
fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka
terkeluar dari ajaran Islam.
Segelintir generasi muda di Indonesia belum
lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta
menyatukan umat Islam seluruh dunia.
Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di
negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save
Maryam’.
Jika
dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang
telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai
cara.
Kempen ‘Save Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap
Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup
kontemperori.
Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah
masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada
nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden
mereka.
Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat
mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu
apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad
(seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.
Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang
dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan
menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda,
yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua
penonton sasaran.
Selain itu, badan amal merancang untuk
menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang
memerlukan bantuan terutama generasi muda.
Badan amal itu juga turut merangka penubuhan
mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan
sasaran yang mengalami krisis makanan.
Dalam usaha mereka merangka strategi
sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen
itu merupakan satu propaganda.
Namun, apabila penulis meniliti laman web
penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah
melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.
3 comments:
Assalam,
Semuga Allah melindungi dan menunjuki jalan yang lurus kepada remaja muslim semua.
Semuga Allah beri ilham kepada Dr dan mereka yang terlibat bagi menangani gejala ini melalui KHM dan dipermudahkan Allah segala urusan.
Islam is the BEST. Akibat memperlekehkan Hudud. Umat Islam menjadi bagai buih2 di lautan lantas tidak mustahil terpengaruh dgn anti Islam. Permisi.
Assalam,
Moga ALLAH memberi Taufik dan HidayaNYA melindungi semua remaja Islam daripada terpasung AKIDAH.
salam hormat
kamarjhan
Post a Comment