Ramadan Bicara #2
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Ramadan adalah bulan Penghargaan. ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa.
Ramadan adalah bulan Penghargaan. ALLAH menyayangi hambaNYA maka DIA memberi penghargaan berupa nilai besar kerana amalan berpuasa dan bersedeqah. Ianya lebih dirasai oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Mereka yang memberi makan untuk majlis iftar diberi penghargaan berupa ganjaran serupa mereka yang berpuasa.
 
Jika anda membaca dan meneliti  tulisan-tulisan saya  sebelum ini, saya amat menekankan reformasi
diri dan masjid sebagai institusi penting masyarakat. Masyarakat dapat dibentuk
melalui individu-individu muslim yang beramal dengan nilai Islam.  Namun, individu akan goyang dan tidak
istiqamah bila persekitaran gagal dibentuk. Disinilah peranan Masjid supaya
menjadi  rakan dan teman bagi
membentuk  taman-taman syurga dunia buat
masyarakat.  Masjid perlu proaktif dan
friendly (nota: tidak bermakna semua masjid tidak friendly).  Ini bukan teori, ini adalah sesuatu yang
perlu kita lakukan. 
Lantaran, apa signifikan Masjid Bojongloa buat
kita (saya)? 
1.     
Anak-anak
muda di desa ini  tidak solat  Jumaat kerana tiada masjid. Justeru, solat
berjamaah harian juga terabai dan kariah tidak terbentuk dengan sempurna. 
2.     
Tiada
program pengisian ilmu bagi membina masyarakat desa ini.
Pesan saya buat mereka, hidupkan masjid bermula 1 Ramadan - Alhamdulilah.
Sila baca laporan berikut  untuk mengetahui signifikannya Masjid
Bojongloa bagi membantu membina kariah.  (sila rujuk 
http://mynewshub.my).  Walaupun ada mengatakan ianya cuma propaganda,  namun faktor  tekanan hidup dan ekonomi  boleh 
berlaku tergelincirnya  akidah.  Beberapa fakta diberikan oleh  laman web tersebut antaranya: (fakta perlu
disemak).
     1.  Dianggarkan
lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam     setiap        tahun. Secara purata, seorang rakyat Indonesia,
terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.
2.  Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035
Indonesia diramal akan menjadi sebuah         negara dengan Islam sebagai agama
minoriti.
Jadi dimana signifikannya Masjid Bojongloa?
Anda semua telah membantu 
terbentuknya  masyarakat muslim
desa miskin yang memerlukan masjid bagi memelihara iman.  Tiada balasan buat anda semua melainkan  janji 
Syurga dari ALLAH dan diampunkan dosa. 
Pemimpin desa menitis airmata 
melihat kehadiran saya  tiga bulan
lalu dan mereka sudah tentu menangis melihat kehadiran anda satu hari
nanti.  
Masjid Bojongloa ini  bersaiz
kecil namun mempunyai makna besar sebagai nucleus perubahan. 
Apa lagi yang kita sudah
buat?
Kita juga sudah mengujudkan  ‘Koperasi
Syariah’  bagi menyediakan dana mikro-kredit
untuk  orang  fakir miskin 
berniaga. Ini juga bukan teori 
tetapi  sesuatu  yang wajib kita lakukan.  Sedang dipraktikkan di desa pergunungan Garut.
Apa lagi yang bakal kita
buat?
Pertama,  InsyaALLAH jika
ALLAH  mengizinkan,  saya berhasrat  untuk 
mempunyai  ‘Bank Syariah’  khas untuk orang miskin.  Pinjaman bisnes yang adil dan tidak mencekik
leher orang miskin akan kita laksanakan (jika ALLAH panjangkan usia saya).
 Kedua, Kita akan bina pasentren tahfiz  bagi anak-anak miskin di Indonesia dan
mengujudkan  Institut Professional Tahfiz
di  Malaysia supaya semangat nusantara
Muslim dapat terus dirapatkan.
 Boleh  Berjaya  ke?
Berjaya dan gagal bukan soal manusia. Ianya kerja ALLAH. Kita kena
berusaha dan berganding bahu mengikut kemampuan kita.  Masjid Bojongloa tidak akan tertegak jika
soalan Berjaya atau gagal  dilontarkan.  Rezeki bukan urusan manusia tetapi urusan
ALLAH.  
Pergorbanan dan perjuangan itu pahit, namun Syurga ALLAH itu manis....
 
 
 
2 comments:
Assalam Dr,
Semuga sehat sejahtera.
Semuga segala usaha Dr dan semua yang terlibat bagi membangun remaja muslim yang beriman dan bertaqwa di redhai serta dipermudahkan Allah.
Assalam Dr,
Moga ALLAH tingkatkan kesihatan dan ilham agar Dr akan terus memimpin usaha murni KHM.
Memang tepat usaha untuk membangun ikdah remaja Islam patut kita dahulukan kerana mereka adalah pemimpin akan datang yang wajib memiliki ciri-ciri orang mukmin.
Moga Islam akan terus berkembang diselurh pelusuk dunia...ALLAH HU AKHBAR!
Salam hormat
kamarjhan
Post a Comment