Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, June 11, 2018

MUHASABAH 27 RAMADAN




“Ya Allah ketemukanlah kami dengan Lailatul Qadr. Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah. Engkau senang Mengampuni hamba-hamba MU, oleh itu ampunilah dosa dosa kami.”    Aaamiin

Apa khabar  Al Qur’an kita?  Apa khabar qiyam kita? Bagaimana sadaqah kita?
Sadaqahlah setiap hari sementara tawaran hebat ini masih menanti.

Ramadan berlari pantas meninggalkan kita. Namun, kita semua masih sangat sibuk dengan urusan dunia. Ramai diantara kita masih jauh dari rahmat bulan Ramadan. Terlalu sibuk dengan persiapan raya, shopping, melayan media social, berdebat pasal politik yang tiada penghujung  dan asyik  menonton TV. Akhlaq di jalanraya juga tidak banyak berubah sungguhpun orang orang kita berpuasa. Ramadan seolah-olah tidak memberi erti bagi pembaikan akhlaq.  Membawa kereta laju, menghimpit dan blok kenderaaan orang lain masih lagi berlaku di masjid-masjid.

Ramadan adalah bulan istimewa, hadiah dari langit.  Ianya ibarat  stesen  tempat kita transit atau istirehat.  Untuk apa?   Sudah tentu untuk kita meneliti diri kita  dan  perhambaan kita hanya kepada ALLAH.  Ianya adalah stesen menyemai kekuatan hati dan pembersihan jiwa.  Selepas Ramadan, kita perlu kembali  menyusuri trek perjalanan yang berduri.  Perangkap-perangkap kehidupan terhidang di depan kita, justeru pengukuhan jiwa itu penting. Kita perlu turun istirehat di stesen ini bagi  mencari bekalan hidup.  Rehat satu bulan untuk menerima bekalan maghfirah dan rahmah. Berehat dari jiwa dunia kepada dunia berteraskan akhirat.

Jika kita mampu mencari bekalan yang sesuai, sudah tentu  perjalanan seterusnya mampu dikawali.  Jika peluang transit ini kita tidur atau buat selamba aje, sudah tentu bila menaiki semula tren  perjalanan hidup, jiwa kita akan resah dan goyah.

Ramadan kian berakhir, tetapi kita masih tidur. Sedarlah bahawa kita sedang menuju Transit no 2 di mana tiada lagi amal ibadah, tiada lagi teman berbicara dan tiada lagi orang orang tersayang. Kita keseorangan…

Kita perlu tinggalkan bekalan yang hebat sementara kita masih hidup. Di saat di mana tiada siapa boleh membantu kecuali amal soleh.
Kita sudah lama berligar di persimpangan dunia. Sungguh berliku.  Dianiaya, dihina, di ketepikan dan ditekan.  Namun tekanan di stesen Ramadan akan menjadikan kita kuat.  Maka ambillah peluang di stesen ini untuk  mencukupkan bekalan perjalanan  kerana tren  kehidupan akan bergerak lagi selepas ini….  

Ampunilah kami Ya ALLAH… Aamiin.

No comments: