Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, October 31, 2013

Bingkisan Anak Muda #2






Di posting terdahulu, saya menyentuh  syarat no 1  menuju insan bertaqwa iaitu dampingilah  orang-orang soleh.  Saidinna Usman bin Affan menyebut agar  kita berusaha untuk  mencari  tip ke 2  menuju insan yang bertaqwa. Bagi anak muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan ini:-

Jika mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT.

Hidup kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH.  Bagi anak muda,  ujian adalah sesuatu yang  tidak menyeronokkan.  Jika boleh kita mahu hidup “smooth”, tanpa  rintangan.  Rintangan adalah sunnatullah.  Makin tinggi  kita cuba hampir dengan ALLAH, makin banyak  ujian yang perlu dilalui.  Makin kuat kita bekerja untuk melaksanakan  perintah ALLAH, makin kuat juga  cabarannya.

Para Rasul dan nabi telah melalui  jalan ini.  Tiada Rasul dan nabi  yang bebas ujian.  Mereka  semua diuji dengan ujian yang jika diberi kepada kita, sudah tentu kita akan angkat tangan.  Rasullulah s.a.w. contohnya  diuji hebat kehilangan ayah dan ibu ketika masih kecil.  Laluan Rasululah s.a.w. ini  adalah laluan sukar yang tidak semua insan mendapat  ‘peluang’ ini.

Kepada anak muda,
Siap siagalah dengan ujian.  Dunia anda sekarang sedang bercelaru dengan fitnah yang dahsyat.  Kemudahan teknologi terkini  dan  alam  komunikasi maya akan menjadikan  anak-anak lupa akan  makna hidup.  Facebook, tweet, whatsUp dll  kelihatan lebih banyak mengundang fitnah dan menjauh rahmat ALLAH.  Wajah gadis-gadis muslimah  kian murah dimamah  screen  gadget berinternet.  Mereka bangga memaparkan wajah dan aktiviti yang tidak perlu untuk tatapan orang yang tidak dikenali. Bukan salah berada di alam maya, tetapi gunakanlah untuk perkara bermanfaat dan saling berpesan.  Carilah "Pahala Free" di facebook, tweet mahupun whatsUp.

Salah satu yang mengangkat diri kita di mata Allah adalah lulusnya kita dari ujian yang diberikanNya. Ujian bukan hanya yang bersifat bala musibah, namun kenikmatan dalam hidup ini adalah ujian yang lebih besar. Bila diberikan musibah,  orang lebih mudah ingat kepada Allah namun saat diberi ujian kenikmatan, saat itulah Allah benar-benar sedang menguji kita. Nikmat dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan kepada kita, adalah ujian yang boleh membawa kita kecundang tanpa di sedari.

Duhai anak muda,
Hidup ini  adalah sementara.  Ramai  anak muda mati tanpa bersedia. Pesanan ayahibu kadang-kadang dileka.  Facebook, tweet dan instrument  social network adalah nikmat  yang mengundang bahaya tergelincirnya  rahmat ALLAH jika ianya tidak  diuruskan dengan baik. Manfaatkanlah teknologi untuk  ingat-mengingati, pesan berpesan kerana esok lusa  kita bakal dijemput Ilahi… 

No comments: