Alhamdulilah, di pagi Subuh 9 Zulhijjah ini hati saya ceria luar biasa. Mungkin disebabkan dua program besar Kelab Haji Muda (KHM) 'Wadah Annuiti Akhirat' akan digerakkan pada 9 Zulhijjah (14 Oktober 2013):-
1. Tetamu & Tim Affiliate KHM Mekah dan beberapa sahabat KHM yang sudah berangkat ke Arafah akan melaksanakan amanah rakan-rakan followers KHM dalam program bantuan dhuaafa para jamaah Haji di Arafah. Bantuan dalam bentuk makan-minum yang simple dan tidak membebankan. Terima kasih kepada Tn Hj Mohd Arshad Ali, Ustaz Mohd Hasnil, Rosazmi dll yang kini berada di Arafah kerana membantu urusan ini.
2. Tim KHM Malaysia akan berangkat pagi ini ke Phnom Penh. Saya yakin mereka berpuasa pada hari ini, namun ianya bukanlah penghalang untuk melaksanakan amanah. Mereka akan bertemu dengan tim As Shabab KHM Kemboja untuk pelaksanaan ibadah Korban di bumi Kemboja khususnya di perkampongan golongan dhuaafa/fakir/miskin. Sebanyak 23 ekor lembu akan dikorbankan pada 10 dan 11 Zulhijjah.
Kepada semua petugas di Arafah dan Kemboja, selamat menjalankan tugas, moga ALLAH menerima usaha dan pengorbanan anda sebagai amal soleh. Amin.
Kepada peserta ibadah Korban dan penyumbang dana Wukuf Arafah, moga ALLAH menerima ibadah tuan/puan, diampunkan dosa dan kesilapan, di murahkan rezeki dan dihimpunkan bersama orang-orang soleh. Amin.
No comments:
Post a Comment