Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, March 8, 2015

KHM TAHFIZ PROFESSIONAL MELAKA: PENGENALAN (siri 1)

       Foto:  Masjid dan Pasentren KHM, Desa Bojongloa  Bandung Indonesia. 
Lawatan ilmiah Feb 2015
Terima kasih kepada semua ahli sadaqah yang telah menginfaqkan wang ringgit/rupiah sehingga tertegaknya Masjid di persekitaran sawah bendang. ALLAH s.w.t sahaja yang berhak menganugerahkan 

Kelab Haji Muda (KHM) adalah NGO Islam berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.  
KHM memegang kukuh pendekatan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam setiap urusan dan kerjasama di peringkat domestik mahupun antarabangsa. 

Sebagai NGO Islam, KHM banyak melakukan program-program amal khususnya di Malaysia, Mekah, Madinah, Indonesia, Kemboja dan Palestin bagi membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan dhuafa/gelandangan. Antara kejayaan besar projek amal KHM ialah membina Masjid Abu Bakr As-siddiq di desa Bojongloa Rancaekek Jawa Barat, membantu pembangunan Sekolah Islam Al-Ihsan di Phnom Penh Kemboja, bersama membuka jalan dan idea untuk hospital beyond boundaries di Kemboja, terlibat secara langsung penubuhan Koperasi Syariah Garut untuk mencetus bisnes islamic microfinance kepada fakir miskin, perkhidmatan kaunseling percuma di Selangor, membantu jamaah Haji dan Umrah, melaksanakan KHM Bakti Sosial untuk bantuan banjir di Kelantan/ Pahang, program iftar Ramadan di Malaysia/Mekah/Madinah/Kemboja/Indonesia, sokongan dan bantuan hari Wukuf Arafah,  pelbagai aktiviti pembinaan insan termasuk kuliah/ceramah dan latihan pembangunan insan dan pengurusan strategik & kewangan organisasi.

Untuk makluman semua khususnya ahli KHM, pendukung dan followers,  walaupun KHM masih  baru dan merangkak dalam membuat kerja amal  secara berpusat/berorganisasi,  pengalaman banyak membentuk sikap  dan keyakinan serta membimbing kami untuk terus istiqamah  mengerakkan khidmat sosial ini. Kerja amal adalah kerja sukarela yang meletihkan dan menjemput kami untuk bersabar. Ianya bukanlah mudah tetapi KHM mempunyai kredibiliti dan integriti melihat kepada seriusnya exco memegang setiap amanah  projek yang diberikan. (sila lihat blog ridzwan-bakar.blogspot.com  untuk menilai  sendiri  kejayaan projek-projek amal dan  amanah terdahulu). 

Kami dapat merasai  cabaran yang berbeza diantara projek KHM Malaysia dan  projek KHM di luar Malaysia.  Kami tidak berhasrat untuk berkongsi  cabaran ini di blog atau facebook, tetapi InsyaALLAh  Presiden KHM akan berkongsi pengalaman ini di forum dan konferens di peringkat antarabangsa dan Nusantara.  Pada tahun 2014 lalu, Presiden KHM telah mewakili Malaysia dan membuat perkongsian di dalam forum dan persidangan antarabangsa di  Istanbul Turki bagi mengupas persoalan global ummah dari sudut ekonomi dan pembangunan  Waqf yang menjadi asas  kerja amal dan bakti sosial KHM.  

KHM adalah NGO Islam, penyedia wadah annuiti akhirat, yang ditadbir secara profesional dan amanah.  Kami gembira untuk melihat insan lain gembira; We are happy to make others happy.

Mohon share di facebook tuan/puan jika ianya bermanfaat untuk agenda ummah ini.

InsyaALLAH bersambung Siri  2:  TAHFIZ KHM: BAGAIMANA  IANYA  BERMULA....


Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
7 Mac 2015/ 16 Jamadil awal 1436H

No comments: