Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, March 28, 2015

TAHFIZ MUSLIMAH MIFTAHUL KHOIR



 Alhamdulilah, masyaALLAH & Tabarakallah. Ku panjatkan syukur atas segala nikmat dan rezeki yang ALLAH limpahkan buat kami hambaMU.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tujuh (7) pendukung KHM atas keikhlasan mereka untuk  menyahut hasrat bagi menaja makan-minum pelajar  Pasentren Tahfiz Muslimah Miftahul Khair di Indonesia bermula dari bulan Rejab/Mei hingga 31 Disember 2015.

Untuk makluman, 16 pelajar-pelajar muslimah ini hanya berbekalkan RM20 sebulan oleh ahli keluarga untuk tujuan makan minum sementara beras dan ikan dll adalah atas ihsan penduduk desa.  Tenaga pengajar pula mewakafkan rumah untuk dijadikan kelas dan asrama pelajar.  Satu pengorbanan yang sangat menyentuh hati.
Ya Cuma RM20 sebulan!  Cuba gambarkan situasi ini dipinggan makan kita….
Mungkin antara kita berbelanja RM20 sehari seorang untuk minum pagi dan makan tengahari. Tapi mereka….RM20 sebulan. Bagaimana untuk kita melahirkan ilmuwan Islam dan tahfiz jika sekadar makan ikan kering dan telor masin?

Hakikatnya teman saya ini, Ust Yopi Al-Hafiz, tidak pernah mengeluh atau meminta-minta dari saya/KHM.  Beliau redha dengan apa yang ada dan meletakkan tawakal kepada ALLAH sebagai sandaran perjuangan.

Atas keinsafan ini, KHM telah membuka peluang amal kecil ini kepada pendukung KHM untuk tajaan makan-minum pelajar dari Mei hingga Disember 2015 iaitu RM600 sebulan = Rp2 Juta sebulan.

Program ini telah dibuka kepada Ahli KHM yang telah mendaftar dalam Whatsup KHM pada minggu lepas.  Seramai 7 orang telah bersetuju untuk taja program ini, Alhamdulilah. Moga ALLAH terus melimpahkan rezeki dan nikmat hidup dunia Akhirat kepada 7 orang sahabat KHM ini.
 
Kini ada seramai 16 pelajar Tahfiz Muslimah di Pasentren ini yang dikelolakan oleh rakan saya, seorang anak muda lulusan Al-Azhar Mesir. Sekembali beliau dari Al-Azhar, beliau dan isteri telah ‘mewakafkan’ diri untuk pembangunan ummah khususnya dalam bidang ilmu lantas mengujudkan Tahfiz Muslimah ini. Saya secara peribadi bersama pimpinan KHM berhasrat untuk menggabungkan Tahfiz Muslimah ini dengan Tahfiz muslimin KHM di Bandung dan Tahfiz KHM Melaka Malaysia nanti, InsyaALLAH.

InsyaALLAH KHM akan membuka semula Tajaan Pelajar Pasentren Muslimah ini pada bulan Disember 2015 untuk Tajaan Jan-Dis 2016.
Bagi tuan/puan yang telah terlepas peluang ini, InsyaALLAh KHM akan membuka satu lagi Program Amal tahun 2015  pada 1 Rejab = 20 April.
 NOTA: 
1.        Jika tuan/puan mempunyai hajat KHAS bagi tajaan sebegini, mohon terus call atau email saya  drridzwanbakar@gmail.com
2.       Dana Projek Tahfiz KHM masih diteruskan dan berbentuk jangka panjang.  Projek masih belum dapat dimulakan kerana kutipan terkumpul terkini ialah kurang dari RM18,000. 
3.       Program amal lain adalah bersifat one-off/ special event.
  
Jazakumullah ahsanal jaza

No comments: