Hakikatnya, projek Tahfiz
Professional KHM ini telah dirancang tiga tahun lepas bilamana inisiatif di
ambil oleh Presiden dengan dibantu oleh
Tuan Haji Razak (Semenyih), Tuan Haji Sabtu Md Ali (Subang Jaya) dan En Abadan (Sepang) untuk berusaha mendapatkan sebidang tanah melalui Kerajaan Negeri. Walaupun usaha perolehan tanah untuk pusat pendidikan ini tidak diluluskan
oleh kerajaan negeri, ianya bukanlah signal kepada kegagalan. Usaha demi usaha
dilakukan bagi merealisasikan impian ini.
Presiden KHM merasakan jika Walt
Disney kebanggaan Yahudi boleh tertegak
megah dan kini menjadi empayar ekonomi kapitalis bersandarkan “dream”, maka “dream KHM Tahfiz” yang lebih murni
sesungguhnya boleh ditegakkan dengan dokongan
pencinta ilmu dan ahlul-sadaqah.
Atas kesabaran ini, ALLAH telah mengerakkan hati Bonda Hajjah Halijah (kini berusia hampir 80
tahun) dan waris (Hjh Norhayati dan En Shahrul) dari Paya Rumput Melaka untuk bertemu kami dan
mewaqafkan sebidang tanah kepada KHM
untuk dibangunkan pusat ilmu dan pendidikan moden ala-pondok bagi dimanfaatkan
oleh generasi muda dan warga emas masyarakat desa sebagaimana kejayaan Masjid Abu Bakr As
Siddiq (Masjid KHM Indonesia). Dengan
mengambil success story Masjid Abu
Bakr di Bandung Indonesia sebagai
penyuntik semangat, Masjid ini
kini bukan sekadar digunakan untuk tujuan ibadah tetapi turut dibangunkan pasentren desa untuk pengajian ilmu, hafazan,
pengajian khusus muslimah, kuliah umum
serta menjadi pusat kesatuan ummah berpaksikan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Jika Masjid KHM Indonesia boleh bergerak pantas dan lancar maka kami
meyakini Kompleks Tahfiz Melaka KHM boleh juga melalui pengalaman indah yang
serupa.
Sesungguhnya, tanah waqf ini
adalah milik mutlak ALLAH s.w.t. yang telah diinfaqkan oleh Bonda Hajjah
Halijah dan warisnya. Peranan KHM adalah merealisasikan dream dan harapan; justeru memegang amanah pelaksanaan. Kejayaan
projek ini adalah atas tanggungjawab kita bersama kerana ianya adalah milik
ummah bilamana ianya diwaqfkan.
Justeru, sama-samalah
kita berganding bahu merealisasikan “dream” ini dan hasrat Bonda Hajjah Halijah untuk mewaqafkan sedikit harta bagi sama-sama kita bangunkan Tahfiz
professional KHM.
Pesan Bonda Hajjah Halijah
kepada kami pada tahun 2013 lalu, “Makcik harap dapat melihat Kompleks Pendidikan ini tertegak sebelum
makcik menutup mata. Makcik mahu
meninggalkan dunia ini dengan kenangan indah berbakti untuk masyarakat, anak cucu dan negara.”
InsyaALLAH bersambung Siri 3: TAHFIZ KHM: MENGAPA PERLU......?
Al-faqir ilallah
Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
No comments:
Post a Comment