Perlu kah KHM membangunkan Tahfiz Professional Melaka? Jika Ya mengapa....?
Secara umum, Wakaf berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah. Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.
(Sumber definisi: http://www.wakafselangor.gov.my/)1. Berwaqf adalah amalan Rasululah s.a.w, para sahabat, para amirul mukminin dan Sultan-sultan serta pemimpin terdahulu. Dengan berwaqf, kita menghidupkan kembali sunnah dan amalan orang-orang soleh.
2. ALLAH memberi ganjaran besar bagi mereka yang berwaqf.
3. Kejayaan projek waqf & infaq KHM di Indonesia banyak membentuk semangat dan iltizam untuk kami meneruskan usaha di tanahair sendiri. Cuma kos pembangunan kompleks projek ini kelihatan besar dan mahal, kerana itulah realiti harga kos pembinaan di Malaysia.
4. Tahfiz KHM Melaka ini bukanlah kerana mengikut trend semasa atau mahu bersaing dengan Tahfiz-tahfiz lain. KHM cuma wadah dakwah annuiti akhirat; kami adalah hamba kepada Pemilik alam dan pekerja kepada Pengatur rezeki. Namun KHM punya niche dan business model tersendiri bagi merapatkan ummah nusantara dan global dalam skala yang mampu dilaksanakan. Tahfiz KHM Melaka ini adalah sebahagian dari puzzle gambaran kehidupan praktis yang sedang kami usahakan.
Bantu-bantulah projek ummah ini dengan ‘share’ atau ‘viralkan’ dalam media sosial tuan-puan (spt facebook/ whatsup dll). Tidak rugi berkongsi urusan yang baik ini.
Sumbangkan terus infaq anda ke akaun ini.
Bank Islam:- KHM Dana Annuiti Akhirat 1418001-0013422
Maybank Islamik: Kelab Haji Muda Selangor 5621-0665-3688
Integriti dan Ketelusan:
Bagi menjamin ketelusan dan amanah, kedua-dua akaun di atas digunakan untuk urusan dana Projek Tahfiz Professional bermula 1 Jan 2015 sehingga dana mencukupi. Ianya diuruskan oleh Bendahari KHM dan di kawal selia oleh Dua (2) Juruaudit.
Bersambung....TAHFIZ KHM: BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ..........? (Siri 4)
Al-faqir ilallah
Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
No comments:
Post a Comment