facebook/kelabhajimuda facebook/drridzwan. Sila Share ke rakan-rakan tuan/puan.
Assalamualaikum w.t.h,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan KHM pada 6 September 2014 telah memutuskan untuk meneruskan Program Dana Wukuf & Badal Haji bagi Musim Haji 1435H/2014.
Kita tidak terpilih sebagai Dhuyufur rahman (Tetamu ALLAH), justeru salah satu cara untuk menjemput rahmat dan maghfirah dari Ar Rahman Ar Rahim adalah dengan meraikan dan mengembirakan Tetamu ALLAH di Mekah/Arafah/Mina.
1. Tujuan Dana Wukuf:
Menaja dan membantu jamaah haji dengan membekalkan mereka dengan air dan/atau makanan ringan khususnya ketika Wukuf.(Diuruskan oleh Ahli Bersekutu KHM di Mekah). Dana akan dihantar ke Mekah pada 2 Zulhijjah 1435H/27 September 2014).
2. TUJUAN BADAL HAJI:
Membantu tuan/puan yang berhasrat untuk menyempurnakan Haji untuk arwah. (Sila Rujuk Nota dibawah)
TARIKH TUTUP: 24 SEPTEMBER 2014
HUKUM BADAL HAJI:
Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat badal haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai badal haji untuknya.
Berkata Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Idah fi al-Manasik: "Wajib menggantikan (badal) haji bagi si mati jika ia (si mati) berkemampuan untuk haji ketika hidupnya namun tidak sempat melakukannya. Itu pun jika ia meninggalkan harta warisan. Jika tidak, maka bukan kewajipan waris untuk melakukan haji badal baginya."
Jika si arwah sememangnya tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah haji semasa hidupnya, maka ahli waris tidak wajib membuatkan badal haji baginya. Jika mereka ingin membuatkan untuknya juga, maka hukumnya harus. Namun dalam kes ini, waris tidak boleh menggunakan harta pusaka peninggalan arwah untuk membiayai badal haji itu kecuali dengan keizinan seluruh ahli waris.
Siapa yang berminat melakukan badal haji untuk arwah boleh melakukannya sendiri atau meminta bantuan/mengupah orang lain untuk membuatkan badal haji untuk orang yang dikehendaki. Seseorang yang melakukan badal haji mestilah orang yang pernah melakukan ibadah haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu. Wallah'alam.
1 comment:
Haji
Post a Comment