Jika blog ini tidak dikemaskini, sila ziarah facebook/drridzwan dan facebook/kelab haji muda untuk maklumat terkini & tausiyah ringkas.
Untuk Program Korban 1435H, Sila baca arahan seterusnya di bawah.
Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk Program Korban 1435H di kemboja telah dibuka pada minggu pertama bulan Syawal/awal Ogos 2014.
Jika tuan/puan berminat untuk menambahkan amal ibadah disamping membantu golongan dhuaafa/fakir/miskin, mohon ambil tindakan berikut:-
1. Telefon atau email exco KHM yang bertugas seperti di poster di bawah
2. Nyatakan jumlah ekor/bahagian tempahan
3. KHM akan majukan borang melalui email
4. Pulangkan borang beserta bayaran ke akaun Kelab Haji Muda
Untuk memastikan program berjalan lancar dan jaminan kualiti lembu dan saiz besar seperti di tahun-tahun lepas, tindakan segera tuan/puan amat kami hargai. Untuk makluman, KHM adalah NGO Islam berorientasikan kebajikan dan sosial justeru dana kami adalah terhad. KHM telah diminta untuk membayar deposit USD2,000 = RM7,000 untuk tempahan sebanyak 25 ekor, yang juga agak berisiko buat KHM untuk menyediakan deposit ini.
Kami percaya program KHM bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai sahabat/teman/ahli dan semua muslimin/muslimat untuk melaksanakan ibadah korban "Everyone can perform Qurban" dengan harga yang mampu. Secara umum, seekor lembu bagi korban di Malaysia berharga antara RM3,500-5,000 satu ekor.
Ambillah peluang affordable Qurban Program ini untuk kita istiqamah dengan tuntutan Islam.
Terima kasih.