Alhamdulilah. Pertama sekali kita perlu sama-sama mengungkapkan ALhamdulilah kepada ALLAH Pemilik hati manusia kerana telah mengizinkan kita untuk terus dengan kehidupan ini. Alhamdulilah kerana ALLAH memberi keamanan untuk kita dibumi bertuah ini. Juga Alhamdulilah kerana kerajaan Malaysia telah melakukan pelan evakuasi bagi mengeluarkan anak-anak muda kita di Kaherah dan disekitarnya dari pergolakkan kuasa rakyat Mesir. Terima kasih dengan semua pihak dan agensi yang terlibat menguruskan pelan evakuasi ini.
Berdasarkan pengalaman saya berbincang dengan rakan-rakan atau tetamu berbangsa Arab sebelum ini, saya mengikuti perkembangan beberapa Negara. Dalam analisa peribadi saya, Negara seperti Algeria, Yaman, Iran dan Arab Saudi akan berhadapan dengan masalah yang sama iaitu kebangkitan kuasa rakyat.
Hakikatnya, Pertama, bila harta hanya dikuasai oleh golongan kapitalis atau berlegar di kalangan kumpulan yang sama, maka nanti sahajalah balasan Tuhan. Kita lihat bagaimana ahli keluarga Presiden Tunisia membawa jongkol emas khazanah Negara bernilai ratusan juta USD keluar dari Negara. Bagaimana rakusnya manusia ini…
Kedua, bila jurang kaya dan miskin mengujudkan kasta dan perhambaan moden, maka masyarakat menjadi tidak stabil. Ketiga, bila kos sara hidup meningkat tinggi dan peluang pekerjaan pula mendesak, maka apa lagi yang rakyat mampu lakukan. Fitrah manusia tidak mahu merompak dan mencuri; mereka juga tidak mahu rasuah tetapi tekanan hidup menyebabkan perkara tersebut perlu untuk memberi makanan dan pakaian kepada anak dan isteri.
When basic needs of human being is ignored, then what option do they have?
Kerajaan Mesir tidak banyak membantu rakyat Palestin. Hatta keperluan rakyat sendiri diabaikan. Justeru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila Israel berkomunikasi dengan pentadbiran Obama dan kerajaan-kerajaan Eropah supaya membantu mengekalkan Mubarak yang korup itu. Ianya adalah agenda besar supaya Ikhwan tidak bangun dan mendapat dokongan rakyat marhain Mesir. Jika Mubarak tumbang, ini akan memberi ruang kepada Ikhwan untuk bangun mencuci pemikiran masyarakat untuk kembali kepada objektif asal Khalifah fil-ardh. maka Universiti Al-Azhar akan muncul kembali sebagai penaung khazanah ilmu-ilmu Islam. Ini akan dapat membantu Baghdad yang tumbang akibat jarum Zionis. Pertentangan sunnah dan syiah di Baghdad akan dapat dikendurkan. Hakikatnya, Baghdad sukar untuk bangkit dalam masa terdekat jika proses Negara terdekat seperti Mesir tidak berlaku.
Cuma satu perkara yang saya bimbang, jika kuasa rakyat berlaku di Arab Saudi. Seandainya berlaku, maka kekacauan akan turut mempengaruhi dua kota suci Mekah dan Madinah. Peluang kita untuk menunaikan Umrah sudah tentu disekat, visa tidak akan dikeluarkan.
Sesungguhnya, umat amat memerlukan satu bentuk leadership berteraskan Qur’an dan sunnah. Perlu kita kembalikan khilafah Uthmaniah yang tumbang di Turki. Kita perlu arah tuju dan kuasa politik Khilafah untuk mentadbir dunia yang semakin memeningkan kepala.
Moga adik-adik kita di Universiti-universiti sekitar Kaherah / Iskandariah bersabar dan selamat kembali ke tanahair untuk menemui keluarga tersayang.
Ya ALLAH! Berilah kemenangan kepada ISLAM dan hancurkanlah zionis. AMin!
Wallah’alam.