Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 22, 2011

Perjalanan Merungkai Persoalan: Iran #2



Peluang menerima undangan dan memberi ceramah serta berkongsi pengalaman korporat di Iran saya gunakan sebaik-baiknya. Perbezaan waktu Malaysia dan Iran +4 jam tidak menjejaskan prestasi dan misi saya. Ianya memberi saya peluang untuk bangun seawal 4 pagi waktu Iran (8 pagi waktu Malaysia).

Tiga hari bersama mereka dari jam 8 pagi hingga 6 petang merupakan pengalaman yang menyeronokkan biarpun letih mengendalikan program. Ianya adalah satu peluang dan penghormatan untuk anak Melayu Malaysia untuk berkongsi sedikit ilmu bagi membina ummah.

Mereka yang hadir (seramai 37 orang) di dalam program senior eksekutif ini bukanlah calang-calang orang. Ada antara mereka Ahli Lembaga Pengarah, CEO dan senior manager yang hadir dari seluruh Iran. Mereka juga mampu bertutur dan berdiskusi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Sesekali saya gunakan bahasa Parsi bagi menarik minat mereka untuk mematangkan partisipasi diskusi.

Di satu kesempatan, Saya menyelitkan perspektif Haji & Umrah di dalam kupasan strategi perancangan kewangan korporat.

Maka saya mengutarakan beberapa persoalan untuk mereka fikirkan (diskusi diluar konteks):-

Mengapa kita perlu melakukan perjalanan ke Mekah?

Adakah bukti bahawa mereka yang ke Mekah akan jatuh miskin selepas kembali dari Haji/Umrah?

Adakah benar Haji dan Umrah mampu membangunkan ekonomi ummah (dari sudut praktis)?

Adakah nilai spiritual dapat membangunkan ekonomi Negara?

Yang jelas, hampir semua bersetuju dengan saya bahawa nilai spiritual mampu melonjakkan ekonomi Negara. Jika ianya benar, bagaimana strategi kewangan korporat dapat dikaitkan dengan nilai kewujudan ALLAH sebagai pemilik mutlak alam ini?

Ketika ‘tea-break’ saya dijemput oleh empat peserta wanita untuk minum satu meja. Saya menerima pelawaan mereka. Ketika diskusi, saya bertanya lagi:-

Apakah mungkin kita dapat mengubah dunia dengan nilai murni yang di bawa Muhammad s.a.w.?

JIka Ya, mengapa Syiah dan Sunni tidak boleh duduk semeja membincangkan wahdatul khilafah? Bukankah ALLAHU Ghayatuna? Mengapa kita mampu menangis dan meratap di hadapan Kaabah namun mengeras hati di luar Tanah HAram?

Saya menambah lagi, sedarkah kita bahawa di bulan Ramadan banyak syarikat korporat mengalami lonjakan jualan luarbiasa? Justeru, apakah kaitan hati kita dengan Ramadan, Kaabah dan keberhasilan korporat? Terjahan soalan-soalan ini perlu saya lakukan kerana saya percaya bahawa kehebatan ALLAH dan kemuliaan ASmaul Husna ada di dalam pengurusan strategi dan kewangan korporat.

Tiba-tiba salah seorang wanita ini menangis… ALLAHuAkbar!! Kenapa pulak dia ni menangis? Saya sedikit terkejut, kot-kot lengok bahasa saya menyentuh pegangan mereka yang saya tidak tahu. Sensitif juga wanita Iran ini. Diskusi terhenti seketika.

Dalam diam beliau mengesat airmata, lantas bersuara, “Dr, we cannot do what you have said. Forgive us YA ALLAH! Forgive us YA ALLAH! Thank you Dr for inspiring us to think about ALLAH and relate HIS presence in the class and in your corporate sharing…” Rakan beliau hanya menganggukan kepala membenarkan satu kenyataan yang ikhlas. Saya terpinga-pinga mendengar luahan hati ini. Namun, saya yakin ada sesuatu yang mereka simpan dalam hati.

Bagi kaum Adam pula, ada antara mereka yang mencadangkan supaya rakan-rakan peserta menziarahi Karbala.

Maka saya bertanya mereka

“Why Baghdad (karbala’)? Why not Mecca or Medina?”

Jawapan yang saya terima “That is our (Syiah) Holy Land”.

Ya, Karbala adalah Bandar spiritual bagi mereka. Ya saya tahu. Tapi mengapa?

Apakah Baghdad (Karbala’) lebih tinggi nilainya dari Mekah dan MAdinah? Tiada pula hadis menyokong perkara ini.

Bagi kita ahlul sunnah wal-jamaah, Mekah, Madinah dan BaitulMuqaddis adalah Bandar yang penting dan dimuliakan ALLAH dan RAsulNYA Muhammad s.a.w. Jika kita mahu bermusafir, maka tiga tempat inilah yang patut menjadi keutamaan (rujuk hadis keutamaan menziarahi Tanah Suci).

Hakikatnya, perjalanan saya ini dapat merungkai banyak persoalan yang selama ini tidak saya terokai atau yang berligar di minda saya tanpa solusi. Bila bersama dengan mereka, saya mula memahami bahawa masyarakat mereka lebih kompleks dari kita. Wallah’alam.

InsyaALLAh bersambung....


8 comments:

Anonymous said...

salam Dr,
wah.. diapit makwe Iran. Terima kasih dgn perkongsian.

rosli said...

Dr,

Satu perkongsian yang menarik, isu Karbala ni menarik minat saya dan mazhab Syiah, tp saya setuju dengan Dr bila bercakap soal Madinah, Makkah dan Baitulmaqdis

Anonymous said...

As'Salam Dr,

saya pun tumpang terpegun & bangga dengan ceramah Dr...Tahniah..

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Dr.,

Rasa keseronokan dari cerita yang diberikan. Nampak jelas peristiwa di Karbala diamana sayidina Ali di bunuh amat diagng-agungkan oleh kaum syiah. Tapi syukur penerangan Dr kepada mereka tentang Mekah/Madinah moga masuk dalam fikiran mereka juga kerana mereka juga ada sandaran dari al-quran.

Intanterpilih said...

Dr,
teruskan berkongsi. ..banyak yg dapat saya perolehi dari blog tuan..barakallah....

Admin said...

memang tak faham fahaman Syiah Iran ni...????
Can they be categorized as Muslims???

AFNAN said...

abg rosli, tak sangka kita pernah berjumpa..alhamdulillah dgn rahmat Allah dan nikmat Islam, kita dipertemukan..

klu nk tahu ttg syiah blh lihat blog faisal tehrani..utk tahu je & buat perbandingan tp bukan nk ikut..apa2 pun sebelum baca, kena ada pengetahuan yg mantap ttg aqidah ahli sunnah..supaya tidak terpengaruh..

rezeki said...

salam dr

terima kasih krn berkongsi pengalaman dan ilmu