Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, September 27, 2011

Tip RB Haji: Mohon Maaf

Memohon maaf kelihatan mudah untuk sesetengah orang. Bagi yang lain pula kelihatan sukar. Lebih parah jika kesilapan orang mahu kita balas atau dengan lain perkataan dendam kesumat. Biasa juga Kita dengar ada orang berkata “tidak akan maafkan dunia akhirat”! atau “Kalau aku naik pangkat nanti, tahulah aku hendak ajar engkau.”

Selepas memberi ceramah perkongsian Haji/Umrah kepada sebuah organisasi baru-baru ini, saya ditanya oleh seorang hamba ALLAH. Masa ceramah saya menekankan akan kepentingan bermaafan sebelum bakal Tetamu Allah menaiki pesawat.

Mohon maaf kepada:-

  1. ALLAH
  2. Orangtua (jika masih ada)
  3. Adik beradik & Saudara-mara
  4. Rakan-rakan lama/jiran/ rakan pejabat
  5. Musuh!

Maka soalan yang ditanya ialah, “Bagaimana kita hendak kenal pasti musuh dan untuk apa kita memaafkan musuh yang telah menganiaya hidup kita?”

Soalan ini bukanlah asing bagi saya.

Pertama, cuba muhasabah diri, duduk diam-diam dalam persekitaran baik seperti dalam MAsjid (tanpa gangguan). Senaraikan siapa musuh hidup kita? Atau jika tiada musuh, cuba kenal pasti ada tak sesiapa yang kita tidak suka dari sudut perangai, kaki pinjam duit, suka sakitkan hati kita, menghentam diri kita melalui email berjela-jela tanpa noktah, memfitnah kita atau orang yang membenci/dengki kita tanpa kita sendiri sedari (boleh baca melalui body language).

Jika tiada Alhamdulilah. Tapi saya rasa kita semua mesti ada tersangkut kat mana-mana. Justeru , bila sudah kenalpasti mohon maaflah kepada mereka atau maafkanlah mereka sebelum berangkat menunaikan Haji.

Bertatih mencari redha ALLAH melalui Haji Mabrur menuntut kita membersihkan hati dan diri dari sifat dendam, takabur dan iri hati. Bersihkanlah diri dan abaikan biar sebutir elemen negative dalam minda dan hati. Bila kita memohon maaf dan memaafkan semua orang, maka hati dan jiwa kita lebih damai.

Langkah kedamaian ini akan lebih kita rasai dengan tiupan dingin musim sejuk di Madinah, kedamaian first class di Raudah dan kehebatan Cinta Illahi di Kaabah. Tawaf kita dan doa tawaf yang kita bacakan InsyaALLAH akan diangkat oleh para petugas- Malaikat ALLAH yang sedia menanti untuk membawa kotak doa anda menuju Tuhan Ar-Rahman AR-Rahim itu.

Bila kita maafkan semua orang, airmata dari hati yang bersih akan mempunyai impak dalam diri kita..…. Maka menangis di Raudah dan titisan rindu di kelopak mata mempunyai nilai tinggi di sisi ALLAH.

Maafkan musuh adalah sesuatu yang challenging tetapi boleh dilakukan.

ALLAH lebih memahami isi hati hambaNYA…

Labaikallahhumalabbaik…..

Ya ALLAH AKu Datang menyahut seruanMU YA ALLAH.

Maka datanglah dengan hati dan jiwa yang bersih………..Wallah’alam.


6 comments:

rosli said...

Dr,

Cadangan yang begitu bernas utk berjumpa dengan 'musuh', berat betul, tetapi bila dah selesai berjabat dan bermaafan saya fikir bebanan yang lama akan ringan seringannya. Alhamdulillah saya dah buat. Kerisauan untuk buat haji atau umrah di masa hadapan telah hilang.

ygmns said...

memang benar Doc..susahnya nak memaafkan seseorang..malah mengaku kesilapan diri sendiri lagi susah..kena puas muhasabah dan memujuk diri..

Bila dapat ikhlaskan hati seikhlasnya..barulah hidup terasa sungguh nikmat, jiwa rasa lega dan tenang..

Anonymous said...

Assalam Dr,

Terima kasih atas pengosian ini walaupun belum ada jemputan dari Maha Esa.

Catatan kali mengajar diri ini supaya mudah memaafkan orang dan meminta maaf jika berbuat kesilapan. Memang berat dilakukan, insya Allah dengan panduan yang Dr beri, semuga Allah meringankan hati menjadi hamba yang pemaaf.

AJ

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Alhamdulillah...Allah SWT mengizinkan akak jadi orang yg senang memberikan kemaafan kpd yg pernah bersalah pd akak..semoga ianya kekal begitu!

mamawana said...

Ins'allah. Kita boleh memaafkan kesalahan mrk yg lalu, tetapi bagaimana kesalahan yg sama dilakukan berulang2 oleh org yg sama berpanjangan. Cth sejak 20 tahun lalu dia hobi mengumpat dan mengadu domba, kita maafkan, hingga kini dia terus terus mengumpat dan mengadu domba. Umpatan yg esok lusa belum tentu sanggup kita bertahan krn luka itu sgtdalam dan menyakitkan. Luka lama belum sembuh....

Anonymous said...

Dr,

memang susah untuk memaafkan musuh, lagi2 yang memang kita ketahui, habit dia mencanangkan keburukan ke seluruh taman...

saya ...cuma usaha dengan doa setiap kali selesai solat...Alhamdulillah ada perkembangan positif...

hati saya rasa tenang...moga Allah jemput saya ke rumah Nya dengan kadar segera...

Zue