Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, September 7, 2011

Umrah Ramadan 2011 #1




Perjalanan Umrah Ramadan 2011 kali ini amat mencabar. Tidak seperti di tahun-tahun lalu, jamaah semakin ramai dan cuaca pula sangatlah panas.

Banyak perubahan fizikal berlaku di Jeddah, Madinah dan Mekah. Pun begitu, sikap dan akhlaq mereka tetap sama (kecuali penduduk Madinah yang lebih baik dan lembut).

Jamaah grup saya tiba pada pagi subuh Jumaat 19 Ramadan. Pesawat diminta mendarat di Hajj Airport. Bila sebut Hajj Airport, saya sudah dapat bayangkan betapa daifnya sebuah bangunan yang bakal menerima Tetamu ALLAH. Ianya sesak, sempit dan membingungkan kepala.

Sangkaan saya rupanya silap. Oleh kerana sudah lama tidak mendarat di Hajj Airport, gambaran buruk yang ada dalam peta fikiran tetap kukuh. Hajj Airport sudah berubah mendadak. Yang tidak berubah adalah sikap pegawai yang tidak cekap, buang masa dan tidak mesra.

Saya bangga dengan perubahan Hajj Airport ini. Terlalu banyak perubahan fizikal,moden dan banyak kedai-kedai (masih belum buka). Barulah saya puas hati. Inilah sepatutnya Hajj Airport- sebuah airport khas untuk Tetamu ALLAH. Mereka sepatutnya sudah lama membina airport sebegini untuk kemudahan jamaah haji dan juga sebagai ‘first time impression’ terhadap proses mentarbiah hati dan emosi haji.

Saya dan Abang Zul membantu jamaah grup kami untuk melalui Proses pemeriksaan imegresen dan muasasah. Selepas keluar airport, saya berpesan kepada mutawif dan pemandu coaster agar usahakan tiba di Madinah sebelum jam 11.30 pagi untuk kami segera ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Berdasarkan pengalaman, perjalanan bas biasanya 5-6 jam dan mustahil untuk tiba jam 11.30 pagi. Anggaran tiba jam 1.30 tgh.

Doa kami diizinkan ALLAH dan kami Berjaya tiba jam 10.40 pagi dan terus bersiap untuk ke Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi penuh sesak dengan jamaah. Ruang yang kami perolehi juga agak sempit. Selepas selesai solat, saya berusaha membawa jamaah menuju makam Rasululah, Pesuruh ALLAH yang kami rindui. Kami juga merindui kedamaian Raudah.

Apa yang berlaku………..? InsyaALLAH Bersambung...



4 comments:

Anonymous said...

Salam Adil Fitri Dr,

Alhamdulillah Terimakasih atas usaha Dr untuk berkongsi pengalaman Umrah. Moga kami akan dapat menimba ilmu dan mempertingkatkan quality ibadah Umarah.

Doa moga Allah memberi kesihatan dan kekuatan Dr untuk mengajak kami bersama mempertingkatkan dlm mentaati perintah Allah. Subuhan Allah..

Salam hormat
kamarjhan

rezeki said...

salam lebaran

alhamdulillah

selamat kembali ke tanah air

Anonymous said...

Assalam Dr,

alhamdulillah pengongsian ilmu dari Dr yang di tunggu2 mula di catat di blog. Begitu teruja membaca catatan Dr.

Terima kasih

AJ

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Alhamdulillah! Dr telah selamat kembali ke tanah air.
Sentiasa menunggu perkongsian ilmu dari Dr......

Kak Nor.