Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, September 11, 2011

Umrah Ramadan 2011 #2


Langkahan dicelah ribuan manusia adalah perkara biasa di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tidak dapat disangkalkan betapa hebatnya cabaran umrah Ramadan. Membawa jamaah untuk ke Babus Salam juga mencabar. Kesesakkan teruk berlaku dipintu luar Babus Salam. Kami menanti hampir 20 minit di luar Masjid bagi member peluang jamaah yang sedang padat untuk bergerak dulu ke makam Rasululah s.a.w.

Bila suasana agak reda, kami melangkah perlahan menuju Babus Salam namun asakkan jamaah-jamaah lain membuatkan saya sesak dada. Jamaah kami juga terpisah dua kerana ombak manusia berebut rebut melalui ruang menuju makam.

Menziarahi Rasululah s.a.w ketika itu amat memelikkan. Suasana Haji juga tidak sebegitu teruk. Tolak menolak berlaku di setiap masa. Bila pegawai polis dan keselamatan Masjid divert laluan ke hadapan saf, jamaah dari Negara Arab dan Afrika marah-marah, berteriak kuat dan menjerit-jerit. Di dalam cuaca yang panas dan berpuasa, keadaan yang sepatutnya tenang , memeningkan kepala saya.

Tidak malukah mereka menjerit-jerit, bertumbuk dan marah-marah di hadapan insan mulia bernama Muhammad s.a.w?

Bila abang ipar saya (bekas tentera) cuba menghalang jamaah bangsa lain merempuh pegawai polis ketika hampir dengan makam Rasululah s.a.w, beliau dirempuh dan hampir ditumbuk. Berlaku sedikit pergaduhan kecil namun kami sempat memesongkan perjalanan abang ipar ke laluan lain supaya perkara buruk tidak berlaku.

Itulah akhlaq manusia akhir zaman. Itulah kualiti muslim sekarang. Mahu bertemu Rasululah s.a.w tetapi sangat bodoh menghayati akhlaq Rasululah s.a.w. Tidak perlulah tunjukkan kehebatan dengan cara yang tidak betul. Tidak perlulah bergaduh kepada perkara yang tidak perlu. Jika rasa diri hebat dan boleh bergaduh, pergi sahajalah ke Gaza bantu rakyat Palestin….

Di dalam kehidupan seharian kita di tanahair, perkara sama juga berlaku. Ada segelintir kita yang suka bergaduh kepada perkara yang tidak perlu. Di pejabat, berlaku kutuk mengutuk dan pergaduhan melalui email. Mengadu domba dan mencari salah orang menjadi habit kelas pertama masyarakat. Di jalanraya kita bergaduh berebut parking atau berebut nak bayar tol. Di sekolah, guru-guru di marah dan dimaki.

Diakhir ziarah, kami Cuma mampu berselawat, menyampaikan salam rakan-rakan. Kami sekadar berdoa di luar makam RAsululah sa.w. Jamaah juga sesak di luar Masjid kerana ramai jamaah mengambil peluang solat Jumaat di Masjid yang mulia ini.

InsyaALLAH Bersambung….


8 comments:

mama ju said...

Salam Dr

Oh begitu teruk?
Saya blm lagi memiliki buku taubat tu...nanti nak belilah...

misabammas said...

Allahummasallilala Sayyidina Muhammad Wa Ala Aalisayyidina Muhammad

Anonymous said...

Asslam Dr

Alhamdulillah Dr dapat menyeruskan pengongsian pengelaman...

Sungguh menakutkan, bertapa hebatnya Ujian Allah. Saya terharu perselisihan berlaku d Mekam Rasullah. Moga Allah menutupkan keafian kita...Astargafirullah.

Akan terus menanti Entry selanjutnya. Moga Allah memberi kekuatan, kelapangan dan hidayahNYA untuk Dr terus berkongsi pengelaman...Amin

Salam hormat.....kamarjhan

Anonymous said...

Asslam Dr,

Tak terfikir saya bahawa di bulan Ramadhan yang mulia masih ada orang yang berkelakuan sebegitu. Begitu hebatnya ujian Allah. Ini tak sepatutnya berlaku di kawasan makam Rasulullah.

Amal ibadat di bulan Ramadhan sepatutnya dapat meraih 100% tinggal cuma sedikit dek hilang sabar. Sayang sekali.

Semoga kita di beri kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menempuh semuanya.

Terima kasih Dr.

AJ

zaidah said...

Sedih melihat kelakuan jemaah2 yang tidak memuliakan kehadiran Rasululullah yang begitu hampir dengan mereka. Sekurang-kurangnya jemaah lelaki boleh juga berpeluang lebih lama dalam ruang yang lebih luas, bayangkan kami, jemaah wanita, yang menunggu giliran serta ruangnya yang begitu terbatas. Perlu banyak bersabar , moga Allah memudahkan urusan kita sentiasa.

Anonymous said...

Assalam Dr,
Maaf Dr jika pertanyaan saya sounds stupid.

Apa dia "kelas pertama masyarakat?"

haji muda said...

Assalam,
Segelintir kita meletakkan cari salah orang dan memfitnah sebagai perbuatan kelas pertama masyarakat ie. itulah dia priority mereka setiap hari. Mereka lebih mementingkan diri dan KPI peribadi dari tujuan hidup sebenar. Walaupun ianya cuma segelintir namun ianya amat menyakitkan hati. Kita lihat sahaja di jalanraya wujudnya golongan ini. Di masjid juga wujud hatta di mana sahaja ada sahaja golongan yg pentingkan diri sendiri.

Wallah'alam.

Anonymous said...

Waalaikumsalam Dr,

Terima kasih diatas penjelasan kepada soalan saya.

Baru saya faham. Yes, memang ada orang orang yang sebegini.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka ini.

Ya Allah jauhkan kami dari di dengki atau mendengki, di khianat atau mengkhianat, di fitnah atau memfitnah, di aniaya atau menganiaya dan di zalimi atau menzalimi. Kepada Mu lah kami memohon Ya Allah.

Amin yarabbal alamin