ANda pernah berhadapan dengan poket seluar koyak? Saya yakin anda pernah melaluinya. Tahun lepas saya membeli sehelai seluar jenama suave, beberapa bulan selepas itu poket seluar koyak. Saya pelik seluar berjenama dan agak mahal ini, tidak menepati kualiti yang saya mahu! Nasib baik Cuma duit syiling yang jatuh. Apa kata jika kunci rumah atau kunci kereta yang jatuh?
Poket seluar ‘koyak’ lebih dirasai oleh kita selepas Eid Fitr. Persiapan Eid Fitr sudah cukup boleh mengoyakkan poket (jika tidak dirancang perbelanjaan). Oleh itu, kita hendaklah berdoa ketika berbelanja,
“Ya ALLAH, Kau gantikanlah setiap perbelanjaan Eid Fitr untuk ahli keluargaku dan tetamuku dengan yang lebih baik dari yang aku miliki.”
“Ya ALLAH, kau lipatgandakanlah setiap RM duit raya yang aku beri ini agar aku dapat lebih bersedekah selepas ini.”
“Ya ALLAH, Kau lindungilah aku dari bahang nerakaMU dengan sedekah ini dan bebaskanlah aku dari beban hutang dan riba’.”
Poket seluar koyak bukan sahaja dialami oleh kaum Adam bahkan turut dialami oleh kaum Hawa.
Ketika di Mekah, sementara menanti azan solat Jumaat, berlaku suara kuat dari seorang Arab lelaki. Tangisan dan lauhan hatinya mendapat perhatian jamaah. Dalam keadaan berihram beliau menunjukkan talipinggang pengikat ihram lelaki di potong cantik di bawah tempat menyimpan wang. Maka hilanglah semua wang yang ada. Sudah tentu ia mengundang kekecewaan. Logiknya, Bagaimana perbuatan terkutuk ini berlaku di dalam Masjidil Haram, dalam keadaan jamaah berpakaian ihram, di bulan Ramadan pulak tu?
6 comments:
syaitan tidak mengira tempat untuk memujuk rayu agar umat islam melakukan perbuatan terkutuk ini (mencuri) walaupun di hadapan Baitullah
yang pasti tentunya mereka yg melakukannya ini umat islam dan umat nabi Muhammad kerana hanya umat islam sahaja dibenarkan memasuki 2 tanah suci ini
pengalaman baru2 ini, ketika isteri saya keluar dari masjid nabawi, terdapat 1-2 org jemaah berkemungkinan dari kawasan timur tengah dok meluru dan tolak menolak, akhirnya bila keluar didapati beg yg dibawa telah diseluk mereka , tapi yg dapat hanya botol air tupperware je hehe
2 tahun lepas , isteri sorang sahabat saya kehilangan semua dokumen penting apabila beg tangan yang dibawa , sedar2 telah digunting di bahagian bawah dengan begitu cantik semasa di masjid nabawi juga
2 tahun lepas juga, seorang sahabat saya telah kehilangan hampir SR 1500 ketika berada di Jabal Rahmah semasa hari wukuf dan duit itu dibawa untuk disedekahkan pada hari tersebut pada jemaah yang memerlukan sebenarnya.Tali pinggang ihramnya telah dipotong dengan begitu cantik sekali tanpa disedari dibahagian kocek yang menyimpan wang tersebut
kalau kta lihat, pada hari wukuf, pasti semua dalam pakaian ihram , tetapi ada yang berihram diluar, tapi bersyaitan di hati ketika hari wukuf itu
Assalam Dr,
terima kasih atas doa yg di ajarkan dan atas peringkatan ketika menunaikan haji dan umrah.
Semuga jemaah jemaah yg akan tiba di Madinah dan Mekah akan lebih berhati hati.
assalamualaikum..
Umrah jun yang lalu dalam Masjid Quba'
kami dikejutkan dengan jeritan seorang jemaah malaysia yang diragut dompetnya. Dengan bantuan petugas wanita dan jemaah kat situ, peragut tu dapat ditangkap. Bila diselak abaya nya,banyak hp dan dompet ada dalam tu.
Assalamualaikum
Dr, saya mohon izin share artikel2 Dr di fb saya.Jazakallah khairal jaza'
Pengalaman saya sendiri, hampir diseluk beg sandang sekalipun beg itu di dalam telekung bukan di luar telekung seperti kebanyakan wanita lain pakai.Bila disebut HARAMUN ALAIKA si penyeluk saku itu (wanita dewasa) melepaskannya.
Pengajarannya :
1.Jangan bawa wang yg byk semasa keluar solat.
2. Kalau boleh pakai baju singlet yg ada poket / seluar tetapi pastikan baju panjang.
Habibah
Assalam Rezeki,salam sejahtera, habibah & anonymous,
Terima kasih dgn perkongsian. Silakan link kepada blog/Fb cik/tuan/puan, saya alu-alukan.
Post a Comment