Alhamdulilah dengan izin ALLAH, jamaah umrah HM telah diberi peluang oleh ALLAH untuk melawat Bandar Dubai. Walaupun ianya tiada dalam perancangan asal, ALLAH lebih mengetahui mengapa jamaah perlu transit di Dubai sebelum berangkat ke Saudi.
Pada kebiasaannya, program saya akan susun menaiki pesawat terus ke Madinah atau Jeddah. Namun kali ini, pihak agensi yang diamanahkan menguruskan logistic jamaah memaklumkan bahawa tiket direct sebagaimana yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan.
Foto: Bersama isteri, famili abang Razak dan ustaz Amin
Hakikatnya, di setiap perjalanan ALLAH ingin memberi kita ilmu dan pengalaman yang berbeza. Walaupun grup umrah HM 60 orang, terdapat 23 lagi jamaah dari kumpulan keluarga yang kecil-kecil turut bersama grup umrah HM. Mereka Cuma menumpang grup kami yang diuruskan logistiknya oleh agensi umrah. Biarpun saya dimarah-marah oleh segelintir kecil 23 jamaah ini, saya hanya mampu senyum. Mereka tidak mengenali saya dan mereka berhak bersuara sebagai pelanggan agensi ini. Tidak mengapa saya di marah, kerana saya dan jamaah HM sedang dalam perjalanan meniti kasih sayang ALLAH. Itulah dia hakikat cabaran Haji/Umrah, Jamaah akan marah-marah. Lebih memalukan jika marah kepada team HM yang banyak membantu mereka (Kami bukan pegawai agensi logistic umrah! Kami Cuma membantu semua jamaah dan kami tidak dibayar oleh agensi umrah untuk menolak beg dan uruskan jamaah…..).
Ketika saya menolak troli dan membantu mengangkat beg Dr Fauziah dan Kak Rokimah, mereka berkata “Dr tak perlu angkat beg kami, kami okay.” Saya membalas balik “Saya mahu berkhidmat kepada semua jamaah, pahala free….” “Ijazah Kedoktoran dan pangkat saya tidak akan hilang hanya kerana membantu menolak troli, mengangkat beg dan membantu urusan logistic jamaah.”
Di Terminal 1 Dubai untuk check-in pesawat ke Jeddah, saya dan team HM membantu menolak troli, membawa beg jamaah untuk discan, mengurus paspot, tiket, seat dll biarpun grup kecil 23 orang ini bukan grup umrah HM. Kemarahan sebahagian jamaah 23 orang ini adalah kemanisan kami team HM. Inilah dikatakan proses Umrah mabrur ie. “Sabar biarpun pada perkara yang tidak perlu”.
Kepada semua team Jamaah HM khususnya abang Razak, Afif Afnan, Mona, Shaifudin, Dr Isa, Hisyam, Dr Fauziah, Kak Rokimah, Abg Bani, akhi Sharani, family Prof Dahlan, syabas dan tahniah kerana mendapat ‘pahala free’ dengan membantu semua jamaah tanpa mengira samada mereka grup umrah HM atau bukan. Saya yakin anda semua mendapat kepuasan dan kemanisan dengan membantu insan lain dan semangat teamwork disepanjang perjalanan Umrah kita.
Sama-samalah kita Cari Pengiktirafan ALLAH bukannya pengiktirafan manusia.