Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Wednesday, March 20, 2013
Rindu baitullah...Kami datang lagi...
Alhamdulilah, jamaah Umrah KHM 2013 kini sudah bersedia untuk melangkah ke Tanah Suci. Saya yakin dengan usaha berterusan KHM, siri kuliah, diskusi dan tuisyen umrah, jamaah lebih bersedia dari sudut mental dan ruhani.
Secara umum, ada tiga grup KHM. Sebahagian besar (32 orang) akan bersama saya esok menaiki pesawat Saudi terus ke Madinah. Pesawat dijangka tiba Madinah jam 8 malam (waktu Saudi). Satu grup lagi akan meneruskan perjalanan awal mereka untuk ziarah Baitulmuqadis dan satu lagi grup akan beristirehat terlebih dahulu di Oman. InsyaALLAh, kami akan bertemu dan berkumpul di Masjidil Al-Haram Mekah Al-Mukarramah.
InsyaALLAh jika perancangan berjalan baik, Tim KHM Maqdis Indonesia akan turut serta dan bertemu di Mekah.
Saya berdoa moga perjalanan kami selamat, lancar dan mendapat kemanisan beribadah. Pulang bersama Umrah Maqbullah. Amin!
InsyaALLAH saya akan update maklumat dalam facebook/drridzwan facebook/kelabhajimuda
Monday, March 11, 2013
Penting: Buku Manasik Haji Yang Merosakkan
Semasa saya di kota Bandung baru-baru ini, saya dijemput untuk berkongsi live sebuah TV Islam selama satu jam. Sementara menanti pegawai stesen TV untuk menjemput saya di hotel, saya dikejutkan dengan makluman bahawa ada sebuah buku Manasik Haji dan Umrah berlatar belakang gambar Jesus. Allahu Akbar! betul ke? Saya tidak pernah dengar cerita ini. Ianya berlaku sebelum musim haji tahun 2012 lalu.
AQIDAH adalah satu perkara yang sangat penting untuk dipertahankan. Aqidah adalah dasar yang menentukan keislaman kita. Bila aqidah kita ambil mudah atau melepaskan kepada ulama dan ustaz sahaja, maka kesinambungan ummah akan terancam. Anak cucu akan rosak dan keliru.
Atas dasar itu, saya berpegang teguh dengan pandangan bahawa kalimah ALLAH adalah ekslusif untuk Islam di Malaysia. Perkara ini saya bincangkan dan kupas di dalam slot kedua bersiaran langsung di MQTV pada malam tersebut. (Alhamdulilah, terima kasih kepada Pengurus MQTV yang mengatur program 'Ustaz Sapa' dan menjemput saya menjadi tetamu bersiaran langsung selama sejam ke seluruh bumi Indonesia).
Kepada rakan-rakan saya di Malaysia yang tidak bersetuju dengan pandangan saya, Tuan Guru Haron Din dan pejuang Islam lain, untuk terus mempertahankan kalimah ALLAH, maka dengarlah pesanan ulama' muda Indonesia.
"Sekali kamu melepaskan hak kamu, nescaya ia tidak akan mampu kembali ke pangkuan kamu.....Aqidah bukan untuk didagangkan...."
Wallah'alam. Bersambung....
Friday, March 8, 2013
The Malay Archipelago #1 Kecewa dengan Sombongnya "Kesultanan Sulu"
Anda
pernah dengar atau tahu istilah Malay Archipelago?
Saya dan anda semua tentu sangat-sangat kecewa bila "Kesultanan Sulu" menyerang Sabah. Seolah-olah mereka adalah bangsa yang sentiasa hendak bergaduh dan tidak berusaha untuk memajukan bangsa sendiri yang masih jauh ketinggalan. Rakan Malaysia yang selama ini banyak membantu, diserang pula kerana habbun-dunia (cinta dunia) dan Islam digunakan untuk justify tindakan. Walaupun tidak semua orang Sulu begitu, melanggar Sabah amat mendukacitakan rakan-rakan Melayu Malay Archipelago Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam atas apa sekalipun alasan. Ketika saya berada di Indonesia baru-baru ini, kami sama-sama solat hajat dan mendoakan agar ALLAH menyatukan Malay Archipelago dan membuka pintu hati "Kesultanan Sulu" supaya insaf dan bertaubat kerana menyerang tentera Muslim Malaysia di bumi Malaysia.
Rasulullah s.a.w menganjurkan musyawarah, mengapa ajaran Rasululah ini dilanggar? yang hanya menyerlahkan lengok bahasa psikologi -" inferiority complex Kesultanan Sulu" dalam arena politik Islam antarabangsa?
Nota: Saya bukan pakar sejarah. Tulisan ini bersandarkan ilmu saya saya sedikit.
Selepas
tamat SPM tahun 1980an, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat
persediaan sebelum ke luar Negara (AUSMAT).
Salah satu subjek yang amat saya gemar ialah Malay Studies. Subjek ini
bukanlah core-subject tetapi minat saya
meneliti melebihi core-subject seperti
business, commerce dan accounting. Subjek ini banyak mengambil masa saya
kerana ia memberi banyak ruang
membuat kajian sendiri mengenai Melayu
dan kaitannya dengan Malay Archipelago.
Dua
minggu sekali, saya akan pulang ke rumah orangtua. Di rumah, saya berguru pula
dengan arwah abah. Bila mengenangkan arwah abah, setiap kali itulah airmata
saya menitis. Arwah abah adalah guru
terbaik saya. Saya banyak belajar politik, seni berpidato, penulisan sastera
Melayu, kesultanan Melayu, tulisan jawi, seni khat dan peradaban Islam Tanah
Melayu dan apa sahaja ilmu politik alam Melayu. Arwah abah juga yang melatih
saya sehingga Berjaya mendapat status kebanggaan sebagai Pemidato Terbaik
sekolah-sekolah Malaysia. Kejayaan ini sebenarnya memberi kekuatan hebat subconscious
mind dalam setiap tindakan dan kerja yang saya lakukan sehingga sekarang. AL-Qur’an juga menyebut
sedemikian (Saya akan kupas perkara ini dalam entri mendatang).
Namun arwah abah sering berpesan,
“Merendah diri perlu diutamakan, tetapi maruah diri, Islam,
bangsa dan kesinambungan Malay Archipelago mesti dipertahankan.”
Walaupun
proses pembelajaran ini telah sudah hampir 25 tahun, saya masih ingat beberapa
fakta. Menariknya, banyak sumber ilmu diperpustakaan ketika itu ditulis dalam
bahasa Inggeris (internet belum wujud). Berikut
saya petik definisi dan apakah dia Malay
Archipelago serta apa kaitannya dengan Kesultanan Sulu.
The Malay Archipelago refers to the archipelago between mainland Southeastern
Asia and Australia. The name was derived from the
anachronistic concept of a Malay race.
It has
also been called the Indo-Australian
Archipelago, East Indies, Indonesian Archipelago, and
other names over time. The term is largely synonymous with Maritime Southeast Asia. Situated between
the Indian and Pacific
Oceans, the group of over 25,000islands is the largest archipelago by area,
and fourth by number of islands in the world. It includes Indonesia, the Philippines, Singapore, Brunei, East Malaysia and East Timor. The island of New Guinea or islands of Papua New
Guinea are not always
included in definitions of the Malay Archipelago.
The term was
derived from the concept of a Malay race, which included the peoples of the
modern-day nations of Indonesia (excluding western New Guinea), Malaysia, Brunei,East Timor and the Philippines.
The racial concept was proposed by European explorers based on their observations
of the influence of the ethnic Malay empire (Indonesia),Srivijaya.
The
19th century naturalist Alfred Wallace used the term "Malay
Archipelago" as the title of his influential book documenting his studies in the region.
Wallace also referred to the area as the "Indian Archipelago" and the
"Indo-Australian" Archipelago. He
included within the region the Solomon
Islands and the Malay
Peninsula due to
physiographic similarities. As
Wallace noted there are
arguments for excluding Papua New Guinea for cultural and geographical reasons:
Papua New Guinea is culturally quite different from the other countries in the
region, and the island of New Guinea itself is geologically not part of the
continent of Asia, as the islands of
the Sunda Shelf are (see Australia).
The
archipelago was called the "East Indies" in the European colonial era and is
still sometimes referred to as such, but
broader usages of the "East Indies" term had included Indochina and the Indian subcontinent. Indonesians use the
term "Nusantara"
for the "Malay archipelago". The
area is also referred to as the Indonesian
archipelago.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Archipelago
extracted 7 March 2013
InsyaALLAH
bersambung….
Makluman KHM 6/2013: Dana Annuiti AKhirat Penyelesaian Pembelian Tanah Sawah
Alhamdulilah, dengan izin ALLAH salah satu misi ke Bandung baru-baru ini ialah untuk menyelesaikan bayaran tertunggak pembelian tanah sawah (sebelah Masjid Bojongloa) untuk didirikan pasentren Tahfiz. MAjlis ringkas dilakukan selepas solat Asar pada hari Khamis 28hb Feb 2013. Penyerahan bayaran akhir bernilai Rupiah 60 Juta telah dilakukan dengan disaksikan oleh Kepala Penduduk/ Pak RW, wakil KHM Indonesia dan beberapa warga desa bertempat di dalam masjid ABu Bakar As_siddiq desa Bojongloa Rancaakek.
Monday, March 4, 2013
HILANGNYA HORMAT KE ATAS KESULTANAN SULU
"Ya'ALLAH! KAU lindungilah Tentera kami,
KAU lindungilah rakyat kami, KAU lindungilah negara kami, KAU peliharalah
keluarga anggota keselamatan yang telah kembali kepadaMU, KAU berikanlah
kekuatan dan semangat jihad yang tinggi buat tentera Malaysia di dalam
mempertahankan Tanah Melayu ini. Kami mahu keamanan terus dinikmati agar kami
mampu terus beribadah dan menghulurkan bantuan kepada golongan dhuaafa..."
amin
Tiba-tiba, rasa hormat saya kepada Kesultanan
Sulu dikuburkan oleh mereka sendiri. Biarpun tuntutan mereka bersandarkan
sejarah, mengapa Malaysia di hukum?
Mengapa perlu membunuh polis/komando Malaysia yang 100 peratus muslim.
Di mana aqidah mereka? Dunia mempunyai undang-undang dan tindakan mereka
membunuh polis Malaysia bukan sahaja
melanggar International Laws bahkan jauh menyimpang dari akhlaq muslim. Berpuluh
tahun muslim selatan Filipina teraniaya
dengan kerajaan Filipina. Dan berpuluh tahun jugalah, Rakyat Malaysia banyak membantu memberi mereka
sokongan moral sebagaimana sensitifnya kita dengan isu Palestin. Jadi:-
1. Mengapa
mereka tidak focus bangunkan daerah autonomi yang sangat mundur itu yang telah dipersetujui dengan kerajaan Filipina?
2. Jika
tidak ada wang untuk membangunkan Negara muslim autonomi di Selatan Filipina,
gunakan aqal pemberian ALLAH untuk membangunkan Negara bukan mencari gaduh pula
dengan masyarakat Melayu Muslim yang sudah banyak membantu.
3. Jika
mereka mempunyai masalah dalaman dan berpuak-puak, mengapa Malaysia dan polis
Malaysia menjadi mangsa?
Tuntutan mereka ke atas Sabah sebenarnya tiada ‘legal standing’
sekadar beremosi dan menghukum rakyat Malaysia yang hidup harmoni. Jika nak
perang, mengapa tidak serang British dan Sepanyol yang membuat percaturan
wilayah dan menidakkan kewujudan kesultanan Sulu? Tidak ada faedahnya memusuhi muslim Malaysia.
Pada Tahun 2012, diperingkat awal KHM membina
masjid dhuaafa di Indonesia, saya menerima panggilan telefon dari seorang hamba
ALLAH yang tidak saya kenali. Beliau
memohon bantuan untuk KHM membina sekolah agama di Selatan Filipina. Saya perlu berhati-hati sebab saya tidak mengenali
beliau.
Lantas saya bertanya “Mengapa
sekolah, tidak masjid?”
Beliau menambah “Rakyat kami sangat susah,
sukar hidup dan tanpa bantuan. Lagipun, rakyat kami tidak faham Islam. Mereka lebih emotional dan ikut sahaja kata
pemimpin dengan membuta tuli. Jadi dengan sekolah agama, mereka akan lebih
terdidik dengan Islam dan akhlaq muslim.”
Ya, make sense. Hakikatnya, kita sepatutnya membantu mereka
yang sangat jauh lebih susah dari kita di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Saya katakan kepada beliau “Buat masa ini, KHM
belum bersedia untuk membantu muslim Selatan Filipina. Kami mahu focus kepada
kerja amal yang kami boleh take charge.”
KHM sangat berhati-hati atas wang dana amal.
Jauh sekali untuk menyokong pengganas ataupun ‘anjing yang tersepit’. Ketika
saya di university tahun 80an/90an, ada dikalangan pelajar muslim Selatan Filipina ini kaki temberang
dan menipu. Akhlaq juga buruk. (Maaf: This is fact- mungkin tidak semua begitu). Pengalaman
mengajar supaya saya berhati-hati dengan mereka.
Ringkasnya, saya sudah hilang hormat dengan
Kesultanan Sulu dan pengikut mereka. Tiada siapa akan membantu kamu selepas ini
kerana penyakit ‘anjing tersepit’ tidak
akan pulih selagi hati kamu tidak bersih dan menganggap sahabat Muslim Malaysia
dan Brunei sebagai musuh.
Kepada pemimpin politik Malaysia yang kian
memualkan, hentikanlah apa-apa pemikiran sempit politik dan sama-sama memberi
sokongan kepada tentera Malaysia untuk membebaskan Negara berdaulat Tanah
Melayu.
Rakyat perlu bersatu memberi sokongan bukan menghentam dan mencari kesalahan
tentera dan polis Malaysia.
Kepada tentera Malaysia, selamat berjihad. Hidup mulia dan mati mulia dengan kalimah Lailahaillah Muhammadurasululah".
“Ya ALLAH, selamatkanlah Tanah Melayu dan tentera Malaysia.”
Subscribe to:
Posts (Atom)