Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, March 4, 2013

HILANGNYA HORMAT KE ATAS KESULTANAN SULU



‎"Ya'ALLAH! KAU lindungilah Tentera kami, KAU lindungilah rakyat kami, KAU lindungilah negara kami, KAU peliharalah keluarga anggota keselamatan yang telah kembali kepadaMU, KAU berikanlah kekuatan dan semangat jihad yang tinggi buat tentera Malaysia di dalam mempertahankan Tanah Melayu ini. Kami mahu keamanan terus dinikmati agar kami mampu terus beribadah dan menghulurkan bantuan kepada golongan dhuaafa..." amin 

Tiba-tiba, rasa hormat saya kepada Kesultanan Sulu dikuburkan oleh mereka sendiri. Biarpun tuntutan mereka bersandarkan sejarah, mengapa Malaysia di hukum?  Mengapa perlu membunuh polis/komando Malaysia yang 100 peratus muslim. Di mana aqidah mereka? Dunia mempunyai undang-undang dan tindakan mereka membunuh polis Malaysia  bukan sahaja melanggar International Laws bahkan jauh menyimpang dari akhlaq muslim. Berpuluh tahun muslim selatan Filipina  teraniaya dengan kerajaan Filipina. Dan berpuluh tahun jugalah,  Rakyat Malaysia banyak membantu memberi mereka sokongan moral sebagaimana sensitifnya kita dengan isu Palestin.  Jadi:-

1.  Mengapa mereka tidak focus bangunkan daerah autonomi yang sangat mundur itu yang  telah dipersetujui dengan kerajaan Filipina?

2.  Jika tidak ada wang untuk membangunkan Negara muslim autonomi di Selatan Filipina, gunakan aqal pemberian ALLAH untuk membangunkan Negara bukan mencari gaduh pula dengan masyarakat Melayu Muslim yang sudah banyak membantu.

3. Jika mereka mempunyai masalah dalaman dan berpuak-puak, mengapa Malaysia dan polis Malaysia menjadi mangsa?

Tuntutan mereka ke atas Sabah sebenarnya tiada ‘legal standing’ sekadar beremosi dan menghukum rakyat Malaysia yang hidup harmoni. Jika nak perang, mengapa tidak serang British dan Sepanyol yang membuat percaturan wilayah dan menidakkan kewujudan kesultanan Sulu?  Tidak ada faedahnya memusuhi muslim Malaysia.

Pada Tahun 2012, diperingkat awal KHM membina masjid dhuaafa di Indonesia, saya menerima panggilan telefon dari seorang hamba ALLAH yang tidak saya kenali.  Beliau memohon bantuan untuk KHM membina sekolah agama di Selatan Filipina.  Saya perlu berhati-hati sebab saya tidak mengenali beliau. 

Lantas saya bertanya  “Mengapa sekolah, tidak masjid?” 

Beliau menambah “Rakyat kami sangat susah, sukar hidup dan tanpa bantuan. Lagipun, rakyat kami tidak faham Islam.  Mereka lebih emotional dan ikut sahaja kata pemimpin dengan membuta tuli. Jadi dengan sekolah agama, mereka akan lebih terdidik dengan Islam dan akhlaq muslim.” 

Ya, make sense. Hakikatnya, kita sepatutnya membantu mereka yang sangat jauh lebih susah dari kita di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Saya katakan kepada beliau “Buat masa ini, KHM belum bersedia untuk membantu muslim Selatan Filipina. Kami mahu focus kepada kerja amal yang kami boleh take charge.”

KHM sangat berhati-hati atas wang dana amal. Jauh sekali untuk menyokong pengganas ataupun ‘anjing yang tersepit’. Ketika saya di university tahun 80an/90an, ada dikalangan pelajar muslim Selatan Filipina ini kaki temberang dan menipu. Akhlaq juga buruk. (Maaf: This is fact- mungkin tidak semua begitu). Pengalaman mengajar supaya saya berhati-hati dengan mereka.

Ringkasnya, saya sudah hilang hormat dengan Kesultanan Sulu dan pengikut mereka. Tiada siapa akan membantu kamu selepas ini kerana penyakit  ‘anjing tersepit’ tidak akan pulih selagi hati kamu tidak bersih dan menganggap sahabat Muslim Malaysia dan Brunei sebagai musuh.

Kepada pemimpin politik Malaysia yang kian memualkan, hentikanlah apa-apa pemikiran sempit politik dan sama-sama memberi sokongan kepada tentera Malaysia untuk membebaskan Negara berdaulat Tanah Melayu. 

Rakyat perlu bersatu memberi sokongan bukan menghentam dan mencari kesalahan tentera dan polis Malaysia.  

Kepada tentera Malaysia, selamat berjihad. Hidup mulia dan mati mulia dengan kalimah Lailahaillah Muhammadurasululah".

“Ya ALLAH, selamatkanlah Tanah Melayu dan tentera Malaysia.”

2 comments:

Unknown said...

Salam Dr.
Moga2 peperangan ini tidak berpanjangan.

Amat menyedihkan tatkala ianya boleh berlaku dizaman teknologi moden.

Semoga wira2 kita yang sedang berjuang disana selamat pergi dan selamat kembali.

Aamiin.

Kakzakie Purvit said...

Salam Dr... kakak merasakan amat benar sekali apa yg Dr. katakan. Kenapalah tidak sepakat politician kita menangani ini - kerana PRU yg kian hampir semua dipolitikkan... Sedih.

Moga anggota keselamatan kita selamat dgn perlindungan Allah hendakknya. Amin..