UMMAH MALAYSIA SUSTAINABILITY: KITA TERUS LEMAH WALAUPUN DI BULAN RAMADAN.
Asalnya tulisan catatan tablet ini agak pendek dan ringkas untuk fb saya. Oleh kerana ianya panjang, maka saya upload ke blog sebagai bahan untuk kita fikirkan mengenai ‘ummah sustainability’.
Semalam diberitakan kecoh disebuah sekolah depan rumah saya bila Pengetua SM Alam Megah di Seksyen 27 Shah Alam telah bising kepada pelajar-pelajar bukan Melayu untuk kembali ke tanah asal mereka (semasa perhimpunan sekolah Isnin lepas).
Bagi saya, kes ini adalah adalah proxy kepada ketidak puasan hati orang Melayu kerana kelemahan sistem pendidikan yang terlalu mengikut “bangsa” sehingga penyatuan Negara Malaysia kelihatan sukar. Guru-guru Melayu kebanyakkannya tertekan dengan beberapa dasar dan polisi pendidikan yang bersistem tetapi tidak efisien. Hanya guru dan keluarga guru sahaja memahami isu ini. Masyarakat dan ibubapa hanya mencari salah guru dan pentadbir serta gagal memahami keputusan mesyuarat PIBG seperti dalam kes Sekolah Sri Pristina. Isu kecil dijadikan perkara rasis.
Berdasarkan observasi peribadi, serangan dan isu berkait Islam dan Melayu dibuat hampir setiap bulan sejak tahun 2008. Dalam keadaan ini, kita kelihatan lemah dan hanya menunggu siapa yang harus ke hadapan dalam pertahankan hak ummah. Pemimpin politik sudah jauh menyimpang dan selfish, hanya perlu tunggu bahang panas yaumul hisab sebagai ‘komisen’.
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kejayaan telah dicapai ummah sungguhpun mereka melaksanakan tuntutan Ibadan Ramadan dan berpuasa (Cth Badar, Khandak, pembukaan Kota Mekah dan pembebasan Andalusia). Hari ini saya terpanggil untuk mengupas persoalan ‘ummah sustainability’ yang saya merasakan semakin tidak terkawal dan menghakis keyakinan rakyat.
Didalam bulan Ramadan ini sahaja perkara mendukacitakan ummah berlaku:-
1. Penghinaan terhadap Ramadan dengan isu berbuka puasa dengan sup babi.
2. Mengutuk Islam secara berleluasa
3. ISU kalimah ALLAH
4. JAWI diserang kerana isu Miss Malaysia
5. Vatican membuka cawangan bertaraf duta di Malaysia
6. Guru Besar Sri Pristina dikecam hebat tanpa protection secukupnya dari pemimpin politik dan NGO.
7. Orang Cina bukan Islam menjual Qur’an di Bukit Bintang.
Semalam diberitakan bahawa Persidangan Kebangsaan Persatuan2 Cina Dong Zhong membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Msia 2013-2025. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadi mangsa, ia dianggap rasis & perkauman kerana didakwa menghapuskan bahasa ibunda kaum Cina serta India. Bantahan ini turut disokong oleh beberapa orang Melayu Islam.
Saya tidak Nampak bagaimana lagi nak satukan rakyat Malaysia selain semua bersetuju untuk belajar menggunakan system pendidikan Negara Malaysia tanpa menghapuskan nilai agama, amalan tradisi kaum dan bahasa ibunda. Mengapa rakyat Malaysia khususnya Cina dan India tidak boleh bersetuju untuk semua anak2 bersekolah di sekolah kebangsaan. Perlu diingat, Sekolah Kebangsaan bukan sekolah Melayu. Ianya adalah national school!
Di sudut lain, saya melihat 1Malaysia adalah slogan yang gagal. Kerana 1Malaysialah apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama rasmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.
Kita lihat slogan ‘ONE ISRAEL’. konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an. Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu.
Akhirnya "kerana 1Malaysia", orang Melayu Islam terus dipijak. Sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi backfire kepada Melayu dan Islam. Kelemahan pemimpin politik Melayu Islam semakin merimaskan.
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.
Begitu juga, ramai umat Melayu dan Islam di negara berpandangan bahawa hubungan dengan Vatican City tidak penting kepada Malaysia, tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.
Apa signifikannya Vatican kepada pembentukan anak Malaysia dan keharmonian Tanah Melayu tercinta ini?
Di mana survival ummah?
Mempertahankan ummah bukan bererti kita menindas kawan2 bangsa Cina dan India. Islam adalah aadil wal ihsan.
Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Surah Al Baqarah ayat 120
No comments:
Post a Comment