Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, August 27, 2013

TIPS HAJI #1/2013: AURAT


 Foto: Banyak tips Haji/Umrah dikongsikan di buku ini

Ramadan telah berlalu meninggalkan kita.  Suasana keceriaan Ramadan, kejernihan hati dan kesibukan jasad kian menyepi.  Shawal yang ada juga hampir meninggalkan kita.

Bagi mereka yang sudah menyiapkan Pusat Enam, Tahniah diucapkan. Bagi mereka yang masih terkial-kial mencari waktu, masa masih ada. Bagi jamaah haji yang terpilih, Tahniah!  Anda sangat istimewa kerana menjadi Tetamu Khas ALLAH.

Ramadan mengajar kita berakhlaq dan beradab. Antara adab terpenting ialah menjaga solat dan aurat.

Wahai saudara/iku,

Saat anda  mendirikan shalat menghadap Allah swt tentu anda berpakaian lebar dan panjang. Anda tentu tidak berani berpakaian ketat dan pendek. Anda tentu tidak berani menampakkan sebagian atau seluruh bagian auratmu, atau menampakkan bentuk lekuk-lekuk tubuhmu.

Solat membentuk akhlaq diluar solat. Justeru, sama jugalah  halnya di dalam kehidupan sehari-hari di luar (selain waktu solat). Tentu sekali kita disyariatkan untuk tidak  menentang Allah dan Rasul-Nya. Kita semua tahu dan faham yakni ajaran Islam adalah termasuk cara berbusana yang bukan sekadar ketika mengadap ALLAH ketika solat , bahkan perlu  diamalkan dalam semua aktiviti kehidupan.

Bagi jamaah haji, kursus-kursus haji mengingatkan kita supaya menjaga aurat samada lelaki mahupun wanita.  Pakaian ketika di luar waktu solat di Mekah dan Madinah sehendaknya sama dengan ketika jamaah bersolat.

Solat juga perlu dipelihara khususnya solat dalam pesawat, ketika bermusafir Mekah-Madinah dan sentiasa perlu berjamaah di dalam Masjidil Haram/ Nabawi.  Peluang anda mengaut laba yang dijanjikan, sudah tentu menjadikan  insan  yang tidak dijemput ALLAH ke tanah suci merasa cemburu.


Wednesday, August 7, 2013

Eid Fitr: Rapatkan Saf Perjuangan

Catatan Tablet Ridzwan    facebook/drridzwan

Ramadan mengajar kita supaya memupuk ukhuwah dan merapatkan saf perjuangan. Ummah merindui pemimpin yang adil, kestabilan ekonomi dan masyarakat muslim bersatu mempertahankan aqidah dan ekonomi. Saya berdoa moga parti-parti politik Islam Melayu Malaysia dapat bersatu di dalam isu-isu survival ummah. AMIN!    

Hampir saban hari Islam dan Melayu Malaysia dihina, tetapi kita seolah-olah kaku membisu. Penghinaan yang sangat menguris hati Islam & Melayu. Esok mereka akan serang Islam dan Melayu lagi sehingga kuasa politik Islam Melayu berakhir. Undang-undang yang ada amat rapuh dalam menjaga keharmonian Islam dan masyarakat majmuk Malaysia. Usah ditunggu kuasa politik hilang baru kita hendak melakar destinasi hidup anak bangsa....


Ramadan telah memgembalikan kita kepada fitrah dan malam ini kita bertakbir MEMBESARKAN ALLAH ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHUAKBAR!....dan MENEPIS MUSYRIKIN yang sentiasa dengki dan membenci Islam.   

Kepada rakan-rakan bukan Islam, hargailah ISLAM dan janganlah menghina ISLAM atau suka-suka bersandiwara dengan ISLAM. Kerana ISlamlah maka Cina dan India MAlaysia mampu hidup aman, selesa dan mengumpul kekayaan.

************************
Sumber: Utusan Online 7/8/2013

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 5 Ogos 2013 menyiarkan artikel mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik.

Artikel bertajuk ‘Rakan kongsi paling sesuai Mahathir’ yang ditulis oleh Kang Bi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8. Siapakah sebenarnya si Mahathir (?) Persoalan dalam kurungan ini saya tidak berani sentuh mengikut pandangan saya sendiri. Saya tidak sanggup berbuat demikian kerana bimbang akan tersilap membuat andaian. Saya juga tidak bermaksud menjadikan orang tua brother Mahathir ini sebagai rakan karib atau adik beradik saya. Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau masih lagi tidak mahu senyap, sebaliknya sentiasa bersuara, cakap itu dan ini.

Baru-baru ini beliau berkata, orang Melayu dan Cina mempunyai peranan masing-masing. Peranan orang Melayu adalah menjaga politik dan peranan orang Cina pula menjaga ekonomi, itu adalah yang paling sesuai. Beliau berkata, jika orang Cina menjaga politik, negara akan menjadi tidak aman dan jika orang Melayu menjaga ekonomi, negara akan bankrap. Sebab itu politik biar dijaga oleh orang Melayu dan orang Cina menjaga ekonomi.

Awak cari untung, saya boleh bazirkannya. Sudah tentu cara itu sangat ideal. Tetapi ini ada kaitannya dengan keseimbangan kuasa dan wang, sama ada kuasa itu penting ataupun duit yang lebih penting?

Mahathir berkuasa lebih 20 tahun dan beliau kenal erti kepentingan politik. Semasa kuasa berada di tangan, beliau boleh memerintah dan mampu membuat apa sahaja yang diinginkan. Gunakan kuasa dan kekayaan negara untuk membeli bank dan syarikat. Banyak ahli perniagaan yang telah bertungkus lumus bekerja, tetapi bila-bila masa sahaja boleh dipaksa menyerahkan syarikat mereka. Apa boleh buat, walaupun kita ada duit? 

Kita bukan tidak tahu siapa yang sangat kaya di negara ini. Nama itu saya tidak ingat lagi. Adakah beliau dimasukkan ke dalam penjara? Ini bermakna kuasa boleh mewujudkan keadilan, ada kuasa ada keadilan. 

Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa. Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita. Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu. Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam. 

Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.

Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung. Hari ini tidak lagi kedengaran suara ‘yam seng’ (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung! Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar. Bagaimanapun mereka terlupa bahawa apabila wang telah banyak ketika kita tiada kuasa politik, semua harta dan duit bukankah bulat-bulat akan diserahkan kepada orang lain?  

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130807/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2bGr4nphE 
© Utusan Melayu (M) Bhd