Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, September 10, 2013

Makluman KHM 19/2013: Dana Pasentren Tahfiz

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Merujuk kepada update facebook/drridzwan  facebook/kelabhajimuda beberapa hari lalu, di entri ini saya ingin memaklumkan dua (2) projek yang memerlukan sokongan tuan/puan/followers:-



1. Dana SEGERA/URGENT Pembelian Rumah untuk pelajar Tahfiz  (Asrama)

(DANA DIPERLUKAN: RM42,000).
Harga Rumah: RM280,000
Pinjaman diluluskan:  RM212,500
Bayaran Pertama 10% telah dibuat sebanyak RM28,000. (Short RM42,000)

Oleh kerana bank hanya meluluskan 75% dari nilai belian rumah, maka pihak Maahad Tahfiz ini amat terdesak memerlukan RM42,000 untuk  mencukupkan 25% bayaran rumah dan kos guaman.  Pihak bank memberi tempoh hingga 2hb Oktober untuk penyelesaian ini. 

Lokasi Bangunan:  Maahad Tahfiz Nurul Ilm, Shah ALam
Bayaran Bulanan pinjaman bank:  RM1,300 sebulan selama @ 30 tahun

OPERASI:
a)  Dana ini dibuka mulai hari ini hingga  27hb September 2013. Terus masukkan sumbangan anda ke Akaun:-
KHM Dana Annuiti Akhirat,
Bank Islam No Akaun 1418001-0013422

b) Mana-mana individu yang ingin terus infaq RM42,000 ini, bolehlah sms saya di 011 27168283 atau email drridzwanbakar@gmail.com


2. Dana Pasentren Tahfiz Anak Yatim Bandung
Projek sudah dimulakan.  Anggaran kos dijangka sekitar Rp300 Juta (belum confirm).  Dana awal telah disumbangkan oleh Yayasan Telkom Indonesia sebanyak Rp50 Juta pada 17 Ramadan/ Julai 2013 ketika kunjungan saya ke Bandung.

Lokasi:  Sebelah Masjid Abu Bakr As-Siddiq desa Bojongloa Bandung.

OPERASI:
Terus masukkan sumbangan anda ke Akaun:-
KHM Dana Annuiti Akhirat,
Bank Islam No Akaun 1418001-0013422

Pelancaran rasmi Dana akan dibuat pada 29hb September 2013 dan tarikh tutup akan dimaklumkan selepas anggaran kos projek telah diserahkan kepada KHM.

Moga ALLAH menerima sumbangan anda sebagai amal soleh.  MasyaALLAH & TabarakALLAH

Terima kasih.

No comments: