Haji dan Umrah mengajar kita akan erti perjalanan hidup.
Alhamdulilah dengan izin ALLAH kuliah inspirasi bulanan Dr Ridzwan Bakar (setiap Khamis terakhir bulan di Masjid Asy Sharif, Pekan Meru Klang), Siri ke 9 tajuk ‘Tarbiah Haji Umrah’ telah berjalan pada Khamis minggu lepas. (NOTA: Kuliah mengupas buku Rindu Baitullah ini telah bermula pada bulan Mac 2013, sudah hampir setahun. Sekarang baru selesai Bab 11).
Tajuk kali ini mengupas bab 11 buku ‘Rindu Baitullah’ yakni berkait persoalan Haji atau Umrah dulu? Ceramah juga merujuk kepada beberapa kitab bagi merungkai dan membuka minda jamaah akan persoalan yang sentiasa berlegar diminda umat. Beberapa tips dan saranan juga dikemukakan supaya dapat memandu jamaah membuat keputusan sebaik mungkin berdasarkan kemampuan. Secara ringkas, kita perlu mendidik hati supaya mensyukuri sedikit nikmat yang ALLAH beri kepada kita. Salah satu fokus mensyukuri nikmat ialah dengan menziarahi Rasululah s.a.w dan menunaikan umrah di Baitullah. Mendampingi Tanah Suci akan dapat menyucikan hati, jiwa dan ketauhidan kita supaya kita mampu meletakkan ALLAH sebagai matlamat hidup. Kita perlu terus berusaha mengalakkan umat Islam mengunjungi Tanah Suci dari mereka membelanjakan harta melancong ke tempat-tempat yang hanya memberi kebahagiaan sementara.
Jamaah juga didedahkan dengan beberapa kes sebenar supaya mereka lebih memahami isu yang dibincangkan. Isu-isu ummah serantau turut dikupas supaya kita sama-sama dapat melihat cabaran menunaikan haji dan umrah. Berdasarkan kajian kes, rakyat Malaysia dan Brunei sangat beruntung dan perlu sangat bersyukur dengan nikmat rezeki dan kemudahan yang ALLAH limpahkan kepada kita. Di akhir kuliah beberapa soalan dikemukakan oleh jamaah telah dijawab dan dihuraikan antaranya:-
1. Jika wang saya tidak cukup tetapi sudah menerima panggilan dari Tabung Haji, apa solusi yang saya ada? Perlukah saya menangguhkan haji saya?
2. Saya sudah mendaftar lama tetapi isteri saya baru mendaftar. Tahun untuk berangkat dalam sistem TH sangat jauh, jadi bagaimana supaya saya dan isteri dapat menunaikan haji bersama?
3. Bolehkah saya pergi menunaikan Umrah dengan satu agen berwarna “hitam putih” yang dimaklumkan sebagai sayap perniagaan syiah di Malaysia?
"Ya ALLAH, ampunilah dosa kami, orangtua kami dan guru2 kami dan berikanlah kami ilmu yang bermanfaat supaya dapat kami curahkan buat ummah tercinta. Kami sedekahkan pahala bingkisan ilmu ini buat ayahbonda dan guru2 kami. Berkatilah usaha Kami Tim Kelab Haji Muda dan para daie lain agar Islam terus dinobatkan." Amin. — with Amieza Ngadi and 13 others at Masjid Asy Syarif Meru.
No comments:
Post a Comment