Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, June 26, 2014

Makluman Dana Iftar Ramadan






Alhamdulilah, 
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang Dana Iftar Ramadan 2014/1435H moga amalan tuan/puan diterima ALLAH sebagai amal soleh. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dan memberi kami peluang untuk terus berbakti dan menyumbang kepada ummah.

Untuk makluman, Dana amal untuk bulan Ramadan (Dana Iftar Ramadan on the street) telah ditutup pada 15 Syaaban lalu. Jumlah Dana terkumpul ialah RM25,546 dan exco KHM telah mengenapkan jumlah menjadi RM26,000. Justeru, exco KHM telah memutuskan agihan dana seperti berikut:-
Mekah:       RM20,000 (SR22,400)
Indonesia:   RM3,500  (Rupiah 10Juta)
Malaysia:    RM2,500

Dana untuk Mekah dan Malaysia telah diuruskan penghantaran melalui Bank Transfer dan Cek hari ini 25 Jun 2014, sementara dana Indonesia akan dihantar sendiri oleh Dr Ridzwan pada 15 Ramadan (urusan rasmi di Indonesia). 

KHM juga telah menerima permintaan supaya dana ini dilanjutkan dan kami telah bersetuju dan memaklumkan dalam facebook/drridzwan  dan facebook/kelabhajimuda bahawa Dana ini dibuka semula dan akan ditutup pada hari Sabtu 28 Jun/30 Syaaban jam 12 tengahari. Tuan/puan yang telah terlepas peluang ini masih boleh menyumbang untuk meningkatkan uncang amal kita bersama. 

Bank Islam Akaun No:  1418001-0013422   KHM Dana Annuiti Akhirat

Alhamdulilah, Thank you ALLAH.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat terkini/tazkirah ringkas dll sila rujuk facebook/drridzwan dan/atau facebook/kelabhajimuda


No comments: