Alhamdulilah,
kuliah bulanan siri ke 18 dan perkongsian ilmu/pengalaman (Setiap Minggu Terakhir Malam Jumaat) berkait “Tarbiah & Manasik Haji dan Umrah” di Masjid As-Shariff Meru, berjalan dengan baik pada
Malam Jumaat dipenghujung bulan Zulhijjah kelmarin.
Kuliah kali
ini menyentuh beberapa perkara penting tarbiah Haji & UMrah dan memfokus
kepada Tips pengurusan kewangan
Haji/Umrah dan Mengapa Madinah serta kaitan Madinah dengan
Hijrah.
- Tips Pengurusan
Kewangan-
Mohon rujuk buku Rindu Baitullah
dan Haji Muda bagaimana untuk menabung supaya boleh pergi haji dalam tempoh 5
tahun.
- Mengapa Madinah?
Kupasan ini agak mendalam yang
agak sukar untuk saya menulis dengan panjang lebar. Secara ringkasnya, soalan ini ditimbulkan
oleh segelintir jamaah umrah atau rakan-rakan saya secara informal. Ada dikalangan kita yang kurang faham mengapa
perlu ke Madinah sedangkan Haji/Umrah, Kaabah, Tawaf, Saie dan Tahalul
dilakukan di MAsjidil Haram?
Adakah soalan ini serius? Jawapannya “Ya”.
Saya pernah mempunyai
pengalaman bersembang dengan jamaah Indonesia
tahun lepas semasa di Madinah.
Bila saya bertanya “Kapan bapak
berangkat ke Mekah untuk Umrah?”
Beliau menjawab, “Bukankah Umrah
di sini (Madinah)? Bukankah Rasululah
s.a.w berada di sini?
Terkejut saya dengan jawapan begini.
Bagaimana tatacara Umrah tidak difahami sebelum berangkat untuk Umrah?
Hakikatnya, ada sebahagian kecil
masyarakat kita (termasuk rakyat Malaysia) yang tidak memahami mengapa perlu ke
Madinah? Sebab itu ada dikalangan
jamaah Haji/Umrah yang hanya melengkapkan Haji/Umrah tanpa menziarahi Rasululah
s.aw. dan mengambil ibrah di bumi Madinah.
Di akhir kuliah, beberapa tips
dan adab menziarahi Madinah di kongsi dan dikupas. InsyaALLAH kuliah bersambung
bulan depan untuk siri ke 19.
No comments:
Post a Comment