Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, November 15, 2018

Cancer Fighter- Zahra




Kita sekadar hamba. Menumpang sebentar...


Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang kita perlu lalui.  Kelihatannya mudah untuk kita membuka jendela dunia. Saat keemasan itu, kita menangis sekuat hati tanda bebas dari rahim ibu ke dunia yang luas. Kesakitan hanya dirasai oleh ibu sementara tangisan dan jeritan kita mampu membahagiakan si ibu. Sakit ibu = Bahagia dan lega. 

Kehidupan melibatkan banyak stesen perjalanan.  Kita ketawa, senyum, duka, marah dan pelbagai watak hidup kita lakonkan demi mencapai hajat hati. Di beberapa stesen kehidupan, kadang kadang kita terlupa ALLAH. 

Dunia berjaya menjadikan kita manusia yang sibuk, mengejar harta, pangkat dan nama. Dalam diam kita menganiaya orang, menghina fakir miskin dan sedapat mungkin ingin mendampingi hartawan dan orang orang ternama. Kita mahu aura glamour dan berstatus. 

Kita sibuk dan tidak menyedari di stesen mana kita akan berhenti dan bersemadi.... Ketika itu, Kad perjalanan kita sudah expire dan tidak boleh lagi di tambah kredit atau preload. Kita terkejut kerana amalan kita tidak seberapa. Kita merenung kembali stesen stesen persinggahan terdahulu. Kenangan manis bersama suami/isteri/ anak2/ ibubapa dan rakan rakan. Kita tidak berpeluang lagi bersama stesen dunia yang telah kita tinggalkan.   

Tiga- empat tahun lepas, saya ada seorang kawan menghidap kanser. Bila di sahkan kanser, beliau panik dan hilang harapan. Beliau menghitung waktu untuk berangkat ke stesen persemadian. Doktor pakar hanya menyatakan beliau boleh hidup tidak lebih 6 bulan.  Beliau stress dan give up mengenai kehidupan. Rakan rakan dan keluarga memberi harapan dan sokongan. Di saat harapan dan sokongan mencurah, hati beliau  terbuka untuk menerima nasihat saya untuk menunaikan umrah. 

Umrah dan Tanah suci menjadikan beliau kuat. Menakjubkan, beliau sangat fit dan sihat sepanjang 12 hari di Tanah Suci. Mampu berjalan sendiri dan iktikaf.  Isteri saya dan rakan rakan jamaah sentiasa membantu beliau di sepanjang kami berumrah. Berkat doa dan sokongan, ALLAH mengizinkan beliau dengan “tambahan masa” dua tahun sebelum berangkat pergi buat selama lamanya. Al Fatihah. 

Ya kita juga akan berangkat sama ke stesen persemadian, Cuma kita tidak tahu bila dan di mana....

Moga ALLAH beri kita husnul khotimah berkat kebaikan kecil yang kita buat dan rahmat dari Yang Maha Penyayang. 


Kepada Anak Syurga Zahra (6 tahun) (Cucu kepada abang saya)

Toksu dan Neksu sentiasa berdoa moga Zahra sentiasa kuat dan gembira bersama adik adik, abang, mak dan ayah. Ujian ALLAH untuk Zahra sangat besar dan menyakitkan. Rintihan rintihan Zahra sukar kami mengerti walaupun cuba kami fahami.  Rintihan rintihan Zahra Allah dengar, tangisan Zahra Malaikat dan Petugas Allah dengar. Bila Zahra merintih sakit, Atok, Nenek, Mak dan Ayah dan semua ahli keluarga turut sama bersedih. Ujian untuk Zahra adalah ujian untuk semua ahli keluarga. Ujian untuk Zahra adalah juga ujian kepada manusia sekeliling. Zahra mungkin tidak mengerti bahawa ahli keluarga juga berdoa dan menangis untuk Zahra. Tetapi takdir ALLAH tidak mampu kami tepis. 

Toksu dan Neksu dan semua yang berada disekeliling Zahra, InsyaALLAH akan berusaha bantu melengkapkan Wish List Zahra.  Moga Zahra terus gembira dengan kehidupan sementara ini. 

Kepada organisasi dan individu yang memberi sokongan, Terima kasih banyak Khusus kepada

1. Persatuan KIDS Kumpulan Ibubapa dan Anak2 Kanser  kerana menaja Zahra naik kapalterbang ke Langkawi bersama abang dan adik2. 

2.  Telekom Malaysia – Sokongan moral khususnya Ir Hjh Norhasita dan En Ezad (Corp Comm)

3.  Menara Kuala Lumpur-  Menaja Lawatan dan Makan di Skydeck Menara KL 

4.  Lembaga Zakat Selangor  dengan sokongan berterusan 

5.  Tok, Nek, Pakcik dan Makcik yang membantu bawa Zahra ke Langkawi dan naik skycab Langkawi dan sentiasa memberi sokongan moral kepada Zahra dan famili 

6.  Selebriti Nabila Razali – terima kasih bawa kek untuk Adik Zahra semalam

7.  Insan mulia yang sponsor Zahra naik Toyota Vellfire

8.  Dan semua yang hulur memberi sokongan dan harapan. 

Doa dan harapan untuk Zahra, 

TokSu & Neksu
Senawang. 
15 Nov 2018

No comments: