Hati ini tersentuh di kesyahduan malam. Ramadhan bakal berakhir, tidak pasti akan ketemu lagi di tahun hadapan. Langkah-langkah meniti renjisan kedamaian tidak mungkin akan memberi impak dalam diri jika hakikat tarbiah Ramadhan dipersiakan.
Cuba renungkan
1. Adakah kita mampu dan bersungguh untuk bangun malam untuk sholat tahajud?
2. Adakah kita mampu bangun jam 5 pagi seperti kita bangun untuk sahur?
3. Adakah kita mampu dan istiqamah untuk sholat subuh berjamaah di Masjid?
4. Adakah kita mampu istiqamah membaca al-quran?
Anda lebih tahu kekuatan dan kemampuan diri anda. Jadi apa perancangan anda?
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Monday, September 29, 2008
Salam 29 Ramadhan
Assalamualaikum,
Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujung. Malam ini Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengistiharkan tarikh Eid.
Semalam saya dan tuan Rosli, abang saya, mengadakan pertemuan semua ahli keluarga di Kelab Golf SAAS disamping iftar bersama-sama. Mak yang telah uzur, turut sama menghadirkan diri dengan anak cucu seramai lebih 32 orang. Pertemuan iftar 'wajib' setahun sekali di bulan Ramadhan ini penting buat kami kerana kami mahu memupuk semangat kasih sayang diantara adik beradik dan ukhuwah anak-anak kami. Kami mahu anak-anak kami membesar dalam suasana positif dan wujud teamwork diantara sepupu-sepupu mereka. Walaupun saya anak bongsu dalam keluarga 6 beradik, saya telah diberi sedikit kekuatan untuk memandu arah tuju keluarga kami. Moga Allah memperkenankan doa dan harapan agar anak-anak ini memahami pentingnya sebuah keluarga besar yang bahgia.
Selepas program iftar, saya menyusuri jalan ke Masjid Negeri dengan melalui Kompleks PKNS Shah Alam. MasyaAllah! jalan jem dan padat. Terlalu ramai manusia yang bershopping di saat sepatutnya mereka memperuntukkan waktu yang berbaki ini untuk meningkatkan amal. Di Masjid Negeri pula, ianya tidak seperti biasa. Walaupun masih banyak kenderaan dan jamaah, namun tidak sehebat hari hari terdahulu. Solat tarawikh 20 rakaat dan witir dapat disiapkan jam 9.45mlm.
Mutiara Bicara:
Jamaah shopping di Kompleks PKNS lebih ramai dan padat daripada saf-saf sholat tarawikh di Masjid Negeri. Jauh lagi nampaknya untuk membebaskan Al-Aqsa...

Sunday, September 28, 2008
Cat Rumah
Salam 28 Ramadhan,
Tentu sekali disaat ini ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ada yang juga sibuk bershopping. Ibadah qiyamulail di masjid dan surau pula sudah berkurangan. Mungkin dah jumpa Lailatul qadr???
Semalam isteri saya menjemput hati saya menyelami hasrat seorang wanita, iaitu mengecat rumah! MasyaAllah! aktiviti ini memang saya tak suka khususnya di bulan Ramadhan. Kita khususnya saya selalu memberi alasan, bukankah lebih baik bulan Ramadhan ni kita perbanyakkan amal dari mengecat rumah? Hakikatnya, jika tidak mengecat rumah, tidak juga amalan dipertingkatkan. Dengan ayat mudah, kita mungkin tidur sebagai sebahagian amal?
Kali ini saya tidak berleter. Saya dan dua anak ,Sakinah dan Afnan , yang pulang bercuti dari asrama penuh berganding bahu menjayakan projek mengecat rumah ini. Saya mahu aktiviti ini sebagai sesuatu yang mampu membina kasih sayang dan teamwork kekeluargaan. Baby Aufa yang berusia setahun setengahpun turut sama membantu dan buat kecoh. Seronok rasanya dapat bersama-sama mereka menghasilkan sesuatu untuk Hari Raya tahun ini.

Thursday, September 18, 2008
Lahirnya Buku Haji Muda
Assalamualaikum Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
Alhamdulilah, buku motivasi Haji Muda: Tip-Tip Menjadi Tetamu Allah tulisan saya kini telah siap sepenuhnya mengikut sasaran 18 Ramadhan 2008. InsyaAllah akan berada di pasaran minggu depan khususnya di MPH, Popular Bookstore dan Kino. Sekiranya anda sukar mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan saya di alamat email atau sms saya (diakhir tulisan ini). Minta tolong juga forward kat kawan2 dan egroup tuan-puan.
Buku ini sesuai untuk diberi sebagai hadiah Aidilfitri, hadiah kepada bakal jamaah Haji dan orang muda yang bakal atau belum terbuka hati untuk menunaikan Haji & Umrah.
Secara umum buku ini mengandungi 4 bahagian.
Walaupun buku ini ditujukan kepada orang Muda, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk warga emas kerana tarbiah perjalanan haji dan tips haji adalah bersifat umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca tanpa mengira usia.
Untuk mendapatkan naskah ini, tuan-puan bolehlah email saya tigeridz@gmail.com <mailto:tigeridz@gmail.com> dengan menyatakan nama, bilangan unit dan no tel utk dihubungi. Alternatif, tuan/puan boleh menghubungi Sdr Rusdi 019-6107653 Aras 7 Utara TM Menara. Sesiapa yang berhasrat untuk menaja buku ini dalam kuantiti yang banyak untuk di hadiahkan bolehlah terus menghubungi saya 019-2628585.
Terima kasih & Salam Ramadhan.
RIDZWAN BAKAR--
Please visit my blog http:\\ ridzwan-bakar.blogspot.com

- Bahagian 1 membincangkan keperluan menunaikan Haji pada usia muda dan apakah bentuk cabaran pra-Haji.
- Bahagian 2 menjemput pembaca untuk mengukur persediaan dan kemampuan Haji dalam konteks perjalanan di bumi Madinah.
- Bahagian 3, mengupas cabaran sebenar Haji di Mekah, Arafah, Mudzalifah dan Mina. Bab ini menjemput pembaca untuk menghayati latihan mashyar di Arafah dan apakah mungkin orang muda bersedia menghadapi cabaran ini.
- Akhir sekali Bahagian 4 menterjemahkan travelog Haji dalam konteks keinsafan diri, usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan cabaran paska Haji. Bahagian ini juga memberi tips perancangan kewangan Haji kepada ibubapa/ bakal haji muda dan anggaran perbelanjaan haji.
Walaupun buku ini ditujukan kepada orang Muda, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk warga emas kerana tarbiah perjalanan haji dan tips haji adalah bersifat umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca tanpa mengira usia.
Untuk mendapatkan naskah ini, tuan-puan bolehlah email saya tigeridz@gmail.com <mailto:tigeridz@gmail.com> dengan menyatakan nama, bilangan unit dan no tel utk dihubungi. Alternatif, tuan/puan boleh menghubungi Sdr Rusdi 019-6107653 Aras 7 Utara TM Menara. Sesiapa yang berhasrat untuk menaja buku ini dalam kuantiti yang banyak untuk di hadiahkan bolehlah terus menghubungi saya 019-2628585.
Terima kasih & Salam Ramadhan.
RIDZWAN BAKAR--
Please visit my blog http:\\ ridzwan-bakar.blogspot.com
Monday, September 15, 2008
Separuh Ramadhan telah berlalu....
Masa berlalu terlalu pantas. Dalam perjalanan pulang dari Masjid, saya meninjau hamparan langit yang menyaksikan bulan penuh yang menguntum senyum. Ia ingin menyatakan kepada penghuni bumi, umat Muhammad khususnya, bahawa Ramadhan hanya berbaki separuh sahaja lagi.
Di keheningan malam ini, diri kerdil ini cuba muhasabah diri akan pencapaian Ramadhan tahun ini. Subhanallah Maha Suci Allah, aku termasuk dalam senarai insan yang lalai lagi lemah. Peluang 15 hari lalu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Hampir setiap hari separuh pertama Ramadhan aku berbuka di pejabat. Sasaran marathon Qur'an juga tidak menampakkan hasil seperti yang dirancang. Amalan-amalan lain pun tidaklah boleh dibanggakan.
Jauh di sudut hati aku berbicara:
"Ya Allah ampunilah aku. Ampunilah dosa ahli keluargaku, ayah-bondaku,guru-guruku, rakan-rakanku dan sekelian pemegang mohor kalimah Lailahaillah muhamadurasululah. Kasihanilah kami, berikanlah kasih sayangMu dan sesungguhnya ampunilah kelalaian kami. Kami ingin mendaulatkan syariatMu namun berbagai mehnah melingkari hidup kami.
Ya Allah, kasihanilah kami. Berikanlah kami kekuatan dan kesungguhan untuk manfaatkan peluang 14 hari yang masih tinggal ini untuk melipatgandakan amalan dan mampu mengucup nikmat Lailatul-Qadar sebagaimana nikmat yang pernah Kau anugerahkan kepada kami ketika saat menyembah kebesaranMu di Raudah dan tangisan kucupan hajar aswadMu. Berikanlah kami peluang ini dikejauhan Mekah dan Madinah yang menjadi paksi pengibadatan penuh tawadu'. Illahi ya rabbi, terimalah doa ini dan ketemukan kami dengan Lailatul qadarMu kerana kami tidak mampu mengukur akan kemampuan kami untuk terus bernafas di Ramadhan tahun hadapan. Berikanlah rahmah- kasih sayangMu dan terimalah taubat kami."
Amin.

Friday, September 12, 2008
Menang Gold Award
Assalamualaikum
Alhamdulilah projek saya "kod: CMV and IA" telah memenangi Gold Award dalam BIID competition. Semalam dan pagi tadi saya menerima email dan sms daripada Assoc Prof Dr Norhana dan Prof Dr Faridah memaklumkan kejayaan ini. Beberapa ucapan tahniah juga menghujani handphone saya.
Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang. HAKIKATNYA Asc Prof Dr Norhana, Prof Dr Faridah dan Prof Kamil adalah insan- insan yang banyak memberi dorongan, keyakinan dan kesungguhan. Kejayaan ini milik kita bersama. Moga pencapaian ini akan meniupkan semangat bagi saya meneruskan perjuangan dan titian kehidupan.
"Ya Allah ampunilah hambamu yang lemah ini. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kami pikul. Berikanlah kami kekuatan dan kesungguhan di dalam usaha membina diri, keluarga dan masyarakat. Jua anugerahilah kami rahmah, keampunan dan keselamatan dari api neraka berkat doa Ramadhan "

Saturday, September 6, 2008
Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
PTS Islamika RM 19.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak),
Tarikh Terbit: 15 September 2008 ;
Adakah kulit buku ini menarik?
Saya mendapat banyak maklumbalas mengenai kulit buku ini. Apa pendapat anda?
Rupa-rupanya bukan mudah untuk menyiapkan kulit sebuah buku. Konsep yang cuba di bawa dengan pendekatan baru sememangnya mencabar. Beberapa design telah dikemukakan, namun sukar untuk difinalize. Saya rasa sudah lebih dua minggu beberapa idea cuba diketengahkan.
Moga Allah memberi ilham kepada pelukis grafik dan editor untuk mendapatkan kulit buku terbaik untuk buku ini.
Kepada sahabat-sahabat dan pengkritik, terima kasih dengan komen anda. Moga Allah permudahkan urusan kita.
***RIDZ***
Subscribe to:
Posts (Atom)