Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, September 28, 2008

Cat Rumah

Salam 28 Ramadhan,
Tentu sekali disaat ini ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung. Ada yang juga sibuk bershopping. Ibadah qiyamulail di masjid dan surau pula sudah berkurangan. Mungkin dah jumpa Lailatul qadr???

Semalam isteri saya menjemput hati saya menyelami hasrat seorang wanita, iaitu mengecat rumah! MasyaAllah! aktiviti ini memang saya tak suka khususnya di bulan Ramadhan. Kita khususnya saya selalu memberi alasan, bukankah lebih baik bulan Ramadhan ni kita perbanyakkan amal dari mengecat rumah? Hakikatnya, jika tidak mengecat rumah, tidak juga amalan dipertingkatkan. Dengan ayat mudah, kita mungkin tidur sebagai sebahagian amal?

Kali ini saya tidak berleter. Saya dan dua anak ,Sakinah dan Afnan , yang pulang bercuti dari asrama penuh berganding bahu menjayakan projek mengecat rumah ini. Saya mahu aktiviti ini sebagai sesuatu yang mampu membina kasih sayang dan teamwork kekeluargaan. Baby Aufa yang berusia setahun setengahpun turut sama membantu dan buat kecoh. Seronok rasanya dapat bersama-sama mereka menghasilkan sesuatu untuk Hari Raya tahun ini.

2 comments:

Zuraimah Ismail said...

Salam. Cat rumah pun satu ibadah. Mungkin kalo ada hasrat, boleh diperawalkan sebelum bermulanya Ramadhan ataupun boleh dijadikan satu cara untuk membantu insan lain mencari rezeki tambahan..:)

p/s: Buku Haji Muda amat menarik...terima kasih atas ilmu dan pengalaman yg dikongsi

Salam Aildilfitri buat tuan haji sekeluarga

Anonymous said...

Betul tu ct, cat rumahpun ibadah kalau boleh tahan sabar. plan asal memang nak cat sebelum Puasa, tapi nak tunggu dua anak saya balik dari asrama untuk sama-sama membantu. Nak melatih anak2 ini menjadi pemimpin yang baik.

Terima kasih kerana menjadi antara 200 insan pertama memiliki buku Haji Muda. Sila komen supaya cetakan kedua lebih mantap. email saya tigeridz@gmail.com