Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, September 29, 2008

Salam 29 Ramadhan

Assalamualaikum,
Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujung. Malam ini Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengistiharkan tarikh Eid.

Semalam saya dan tuan Rosli, abang saya, mengadakan pertemuan semua ahli keluarga di Kelab Golf SAAS disamping iftar bersama-sama. Mak yang telah uzur, turut sama menghadirkan diri dengan anak cucu seramai lebih 32 orang. Pertemuan iftar 'wajib' setahun sekali di bulan Ramadhan ini penting buat kami kerana kami mahu memupuk semangat kasih sayang diantara adik beradik dan ukhuwah anak-anak kami. Kami mahu anak-anak kami membesar dalam suasana positif dan wujud teamwork diantara sepupu-sepupu mereka. Walaupun saya anak bongsu dalam keluarga 6 beradik, saya telah diberi sedikit kekuatan untuk memandu arah tuju keluarga kami. Moga Allah memperkenankan doa dan harapan agar anak-anak ini memahami pentingnya sebuah keluarga besar yang bahgia.

Selepas program iftar, saya menyusuri jalan ke Masjid Negeri dengan melalui Kompleks PKNS Shah Alam. MasyaAllah! jalan jem dan padat. Terlalu ramai manusia yang bershopping di saat sepatutnya mereka memperuntukkan waktu yang berbaki ini untuk meningkatkan amal. Di Masjid Negeri pula, ianya tidak seperti biasa. Walaupun masih banyak kenderaan dan jamaah, namun tidak sehebat hari hari terdahulu. Solat tarawikh 20 rakaat dan witir dapat disiapkan jam 9.45mlm.

Mutiara Bicara:
Jamaah shopping di Kompleks PKNS lebih ramai dan padat daripada saf-saf sholat tarawikh di Masjid Negeri. Jauh lagi nampaknya untuk membebaskan Al-Aqsa...

No comments: