Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, August 28, 2009

Doa Buat Anda

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah saya telah selamat menunaikan umrah Ramadan dan selamat pulang ke tanahair malam tadi.

Kepada semua follower blog ini, saya telah mendoakan khusus buat anda di Mekah dengan harapan agar Allah memberi rezeki, dilapangkan kesihatan dan kemampuan serta diberi kekuatan untuk menunaikan Haji/Umrah. Walaupun saya tidak mengenali nama penuh tuan/puan (seperti rezeki dan alustacia) dan tidak pernah bertemu dengan yang lain, ia bukanlah halangan untuk saya mendoakan anda. Kepada anda yang pernah ke sana saya juga doakan moga Allah menjemput anda hadir lagi dan kepada yang belum dipilih, saya memohon agar Allah mempercepatkan perjalanan anda ke Tanah Suci..Amin!

Kepada pengunjung dan pelawat blog, saya turut menghulurkan doa umum agar anda juga dipilih oleh Allah untuk hadir di dua bumi yang disebut oleh Al-Quran ini. Allah tidak akan menghampakan harapan dan hasrat hambaNya yang berusaha untuk mendekatkan diri di jalanNya. InsyaAllah Allah akan memberi rezeki dan melapangkan keinginan perjalanan tuan/puan. Amin.

Saya turut berdoa agar Malaysia di bebaskan dari wabak H1N1 dan doa ini juga dibaca oleh imam As-Sudais dan imam muda Al-Maheer agar seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada dipelihara dan bebas dari wabak H1N1 dan di aminkan oleh hampir satu juta jamaah yang kini membanjiri Masjidil Haram.
Gambar diambil selepas solat tarawikh. Kelihatan manusia bertali arus melakukan Tawaf.

Anda bayangkan betapa Masjidil Haram penuh sesak (sekitar 70% penuh dari anggaran jamaah Haji) ketika ini dan mereka berdoa dengan ungkapan amin yang memenuhi segenap ruang Mekah, dengan harapan dan tangisan mengharap kasih sayang Allah.

Walaupun kita Cuma sahabat di alam maya, blog ini telah berusaha untuk merapatkan hati-hati insan dengan ikatan Cinta Kaabah. Kerana Cinta akan Kaabah inilah maka blog ini terus bermaya di alam maya.

Terima kasih semua dengan kesudian menziarahi blog ini, memberi komen dan bersama-sama saya untuk misi Haji Muda dan usaha mencintai Kaabah/Baitullah, mendaulatkan Allah dan RasulNya dan menterjemahkan Haji/Umrah dalam konteks aplikasi kehidupan.

13 comments:

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridzwan,

Terima kasih atas doa Dr. Ridzwan. Moga ianya dimakbulkan oleh Allah. Semoga Dr. dan keluarga sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Selamat Iftar.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,
Alhamdullilah dah selamat kembali.
Alhamdullilah Dr sihat & ceria.
Alhamdullilah kerana mendoakan kami, terasa beruntung kerana diingati ketika Dr berada di Baitullah.
Mudah2an giliran KN akan tiba utk berada di sana.Insya Allah!

Anonymous said...

Salam Dr. Ridzwan,

Terima kasih kerana Dr. sudi mendoakan semua pengunjung blog Dr. Alhamdullilah:)
Didoakan agar Dr. dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

Kak Nor.

The Writer said...

Salam Dr Ridzwan,

Terimakasih atas keikhlasan mendoakan. Hanya Tuhan dapat membalas kebaikan hati Dr. Pastinya Umrah di Bulan Ramadhan amat menyentuh hati. Semuga saya juga dapat kesana di Bulan Ramadhan..

rezeki said...

Salam Dr,
Alhamdulillah, tuan selamat pergi dan selamat kembali dan dapat mengerjakan umrah dgn sempurna,ucapan terima kasih kpd tuan kerana sudi mendoakan kami dan kesejahteraan umat islam amnya. Semoga ikatan silaturahim kita sesama islam berpanjangan .Tentu tuan ada cerita menarik yg dapat kita kongsikan bersama dlm N3 akan datang semasa tuan disana sebagai panduan .
Alhamdulillah.

munadhia said...

Salam ziarah

subhanallah. terasa sangat nk menjejakkan kaki ke sana. melihat sendiri keagungan Allah dan melihat kesatuan ummah yang sebenarnya mampu mengembalikan kegemilangan islam..insyaAllah, moga diberi kesempatan.syukran Dr.

Anonymous said...

Alhamdulilah Dr. Semoga doa Dr dimakbulkan Allah.

- intan -
Putra Heights

ridzwan said...

Salam Azemi,
Saya dah doakan tuan supaya dapat pergi Haji spt sasaran.

ridzwan said...

Salam Kak Nab,
InsyaAllah giliran kak Nab akan tiba tak lama lagi.

ridzwan said...

Salam Kak Nor, Munadhia,Intan,
Terima kasih dgn komen dan sokongan berterusan. Doa tuan/puan saya AMINkan!

ridzwan said...

Salam RKC,
Dah ready nak gi Haji? Dah dapat tarikh penerbangan? Difahamkan pakej TH sudah maklumkan tarikh penerbangan. Tahniah!

ridzwan said...

Salam rezeki,
Saya memang hendak menulis pengalaman kali ini. Namun sejak pulang, schedule tugas rasmi dan tak rasmi agak banyak. InsyaAllah saya akan berkongsi cerita menarik beberapa hari lagi.

msyuk said...

tak sabar utk menghalusi penulisan dr. akan dtg!!!