Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, August 5, 2009

Ceramah 'Great Leader'


Alhamdulilah dengan izin Allah, ceramah motivasi 'Great Leader begins with small heart' telah berjaya dilaksanakan pagi ini. Seramai 80 orang pengurus muda dan senior menghadiri ceramah
ini yang bertujuan untuk membina kepimpinan.

Secara umum, saya berkongsi akan pentingnya memahami keperluan membina pemimpin, bagaimana mengubah perspektif pemimpin, model kepimpinan, kualiti pemimpin dan yang utama bagaimana pemimpin yang lahir dari hati kecil mampu melonjakkan jiwa besar dengan panduan methodologi Ilahi.

Menandatangani autograf buku Haji Muda untuk tetamu.



Ketawa kecil boleh menceriakan program.

Saya berdoa moga perkongsian kecil ini mendapat tempat di sisi Allah sebagai amal kebajikan.

2 comments:

rezeki said...

Salam,

Kepimpinan merupakan salah satu persoalan pokok dalam ajaran Islam. Kepimpinan yang mantap dan berwibawa menjadi faktor utama ke arah kecemerlangan dan sebagai batu pengukur samada maju mundurnya rakyat dan ketamaddunan sesebuah bangsa dan negara. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk melahirkan pemimpin dan kepimpinan yang diredhai Allah, yang mampu menyelamatkan manusia bukan sahaja di dunia tapi di akhirat kelak yg kekal abadi.

Pemimpin yang amanah ialah seorang yang memimpin dan bukan seseorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Ada banyak syarat-syarat yg digariskan utk menjadi seorg pemimpin yg berkualiti dan satu daripadanya ialah memiliki sifat berlapang dada, tidak mendengar dan menerima umpatan serta pengaduan tanpa usul periksa. Jika perkara ini tidak dapat dijaga, maka dia akan membuka ruang kepada iblis dan syaitan.
Rasulullah pernah bersabda :
“Tidaklah salah seorang daripada sahabatku menyampaikan kepadaku sesuatu perkara tentang seseorang(keburukannya), melainkan sesungguhnya aku suka untuk keluar menemui kamu dalam keadaan dada yang lapang (tanpa menyimpan apa-apa perasaan atau prasangka buruk).”
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Pemimpin yang memiliki dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islam akan melayakkannya memikul teraju kepimpinan sama ada diperingkat organisasi, masyarakat mahupun negara. Kepimpinan merupakan satu amanah untuk dipikul . Ia bukanlah “padang atau gelanggang” untuk mencari glamour, publisiti ,kepentingan, mengaut keuntungan dan kekayaan diri utk keluarga dan kaum keluarga daripada kepercayaan yang diberikan.
Yang pasti adalah setiap amanah itu akan dipersoal di hadapan Allah S.W.T. dan akan dihisab dengan seadil-adilnya .

Semoga usaha murni yg tuan lakukan ini dapat melahirkan dan menyedarkan tentang tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yg bukan saja dapat menjalankan amanah yg diberikan di dunia malah selari dgn apa yg diamanahkan dan disyariatkan oleh ALLAH dan islam.

- selamat menyambut 15 Syaaban .

ridzwan said...

Salam rezeki,
Kita sama2 usahakan yg terbaik dan memohon keampunan Tuhan.