Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, September 28, 2010

Sandiwara ini Tiada Kesudahan

(Foto: Pemandangan sesak di luar Masjidil Haram jam 1 pagi untuk Qiam).

Kehidupan kita di zaman jahiliah moden ini agak jauh dari yang di perintahkan ALLAH. Terlalu banyak aksi-aksi dan lakonan watak hipokrit dan munafiq dimainkan oleh manusia yang memikirkan kekayaan duniawi. Ada dikalangan kita meyisihkan akhlak, sanggup menipu dan membunuh demi mengejar kemewahan duniawi.

Kita laksana tikus-tikus yang mengigit tali atau kabel wayar letrik demi mengalas perut tanpa memikirkan bahaya. Walaupun bahaya, kita masih mahu mengigit untuk memenuhkan perut nafsu secara berterusan. Bila gigitan ini silap, maka akan berlaku kejutan letrik yang menghanguskan jasad dan jiwa.

Sandiwara ini tiada kesudahan...….

Haji dan Umrah mengajak manusia berubah. Mekah adalah kota yang dijanjikan aman dan damai. Kota padang pasir ini tidak membawa ciri takut, benci dan perang tetapi dijamin keamanan dan kedamaian. Ianya adalah RUMAH ALLAH dan dipelihara oleh ALLAH.

Disebalik tidak sukanya kita dengan perangai sombong bodoh Arab, kita masih berduyun-duyun membanjiri Mekah dan Madinah. Kita tidak pedulikan kebodohan mereka kerana mereka bukanlah matlamat kita ke sana. Biarlah mereka bangga dengan kebodohan, ego dan sombong kerana kita tidak mampu merubah mereka. Budaya menjerit-jerit, menguatkan suara, tidak menghormati Tetamu ALLAH dan kasar tidak membawa keuntungan apa-apa dalam usaha membebaskan AL-AQSA tercinta itu. Saki baki Keturunan Abu Jahal dan Abu Lahab tidak mungkin mampu membawa panji-panji membebaskan Al-Aqsa. Hanya keturunan Muhamad s.a.w dan manusia yang berpegang utuh kalimah syahadah sahaja mampu meneruskan usaha sukar ini.

Pokoknya, Kita mahu berada sedekat mungkin dengan Baitullah untuk mengikat janji setia bahawa diri dan jiwa kita hanya untuk ALLAH dan RasulNYA. Jiwa kita bebas dari igauan hidup untuk berterusan mengigit wayar letrik yang hanya tunggu masa untuk menghanguskan diri kita yang lemah ini.

Di bumi Mekah, manusia berduyun-duyun membanjiri MAsjid dan suasana ibadah sentiasa hidup, siang dan malam. Di penghujung Ramadan dianggarkan 4 juta manusia berkumpul di Mekah melebihi jumlah jamaah Haji yang dianggarkan 2.5 juta. Mereka adalah ‘tikus-tikus’ (maaf: perumpamaan), yang ikhlas yang tidak mahu hidup berterusan mengigit wayar-wayar hidup yang membahayakan. Mereka sujud dikala semua sujud dan mereka menangis ketika Grand Imam Masjidil Haram menangis.

Namun kita…. Masih sukar menangis dan masih terkial-kial mencari ruang menginsafi diri….

Friday, September 24, 2010

Ceramah Haji

Hijrah

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya telah berhijrah ke satu organisasi berteraskan ilmu. InsyaALLAH saya dipinjamkan dari sebuah GLC ke Universiti ini untuk tempoh minima 2 tahun bagi membantu dan menyumbangkan idea dan kepakaran bagi tujuan pembangunan perniagaan/program post-graduate dan sama-sama menjalin semangat melakukan kajian berkualiti. InsyaALLAH saya juga akan berpeluang untuk menyelia kajian peringkat PhD dan Masters.


Foto: Bilik sebelum


Foto: Bilik selepas dikemaskan

Saya benar-benar berdoa agar ALLAH sentiasa memelihara dan membimbing saya untuk melakukan perkara yang signifikan dan memberi impak kepada pembangunan diri, masyarakat dan ummah.

Berada di persekitaran akademik akan memberi saya ruang yang lebih besar untuk menerima undangan ceramah korporat/inspirasi/motivasi, membuat kajian Islamic Finance dan strategi korporat, mendalami ilmu Haji/Umrah, pembinaan aset intelektual dan menyiapkan buku HAJI MUDA #2.

Moga ALLAH mengizinkan saya dan kita semua untuk menjadi insan yang lebih cemerlang dari semalam. AMIN!

Saturday, September 18, 2010

Terima Kasih

Alhamdulilah, sudah lebih seminggu Ramadan meninggalkan kita. Suasana keceriaan ibadah semakin surut. Itulah kehebatan Ramadan yang telah kita tinggalkan. Ianya hanya menjadi catatan memori dan sejarah. Peluang keemasan Ramadan tidak akan kembali lagi melainkan ALLAH izinkan kita bertemu Ramadan tahun hadapan (jika usia kita dilanjutkan).

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana masih melawat blog ini untuk mencari sesuatu yang diingini. Harapan saya agar blog ini akan terus aktif, memberi sumbangan ilmu, pengalaman dan perkongsian bagi membina diri dan masyarakat. Limitasi dan kelemahan blog ini tidak dapat dielak kerana Cuma ALLAH dan RasulNya sahaja yang sempurna.

Perjalanan meningkatkan diri kali ini memberi saya pengalaman lain yang lebih signifikan. InsyaALLAH saya akan berkongsi dari masa ke semasa.
(Foto bersama krew MAS di dalam pesawat MH150)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada saudara Azhari, pramugara MAS flight KL_Jeddah MH150 kerana telah menegur dan memperkenalkan diri sebagai pembaca HM dan silent reader HM sebaik-baik saya mencari seat saya di dalam pesawat. Terima kasih kerana mempelawa saya berbincang panjang (ketika beliau tidak bertugas dan penumpang sedang tidur) mengenai Haji/Umrah dan isu-isu kehidupan sepanjang perjalanan ke Jeddah.

(Foto Rumah Penginapan di Mekah)

Terima kasih kepada Timbalan Datuk Bandar MBSA Tn Hj Mohtar, Pengarah MBSA Tn Hj Rosli Bakar, Pengarah Sektor -Kementerian Dalam Negeri Tn Hj Kamaruzaman, Abang Zul dan lapan lagi rakan-rakan yang bersama-sama menceriakan pengalaman Ramadan di Tanah Suci.

Kepada Saudara Azmi Abdullah dan Tn Hj Rosli yang sudi menumpangkan saya untuk beristirehat di hotel mereka yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Pengalaman solat Asar di tepi jalan memberi makna buat kita. Lain kali datang satu jam awal sebelum solat, okay. Jika alpa, maka solatlah di bawah panahan mentari melebihi 40 darjah selsius!

(Foto bersama saudara Azlie di Hotel Safwa, Mekah).

Saudara Azlie (Pengurus Hotel di Mekah), yang mempelawa saya beristirehat di Hotel 5 Star dan sudi meluangkan masa berbincang dengan saya.

Owner Restoran Citarasa, Zam-Zam Tower Mekah, yang mempelawa abang saya, saya dan beberapa rakan untuk makan malam sebelum solat Tarawikh. Terima kasih dengan makanan Melayu/Indonesia yang enak.

Terima kasih juga kepada insan yang tidak saya kenali seperti Cik Zarea dari N9, Cik Hayati dari Terengganu dan Tidak kurang dari 12 insan yang tidak saya kenali samada sebagai pembaca Haji Muda, silent reader blog Haji Muda, atau pernah menghadiri ceramah saya; kerana telah menegur sapa saya di Mekah, Madinah atau di KLIA/Jeddah airport. Saya hargai sapaan anda semua bagi mengukuhkan lagi ukhuwah dan networking kehidupan.

To my MBA international students and international business research candidate especially Muhamad, Maneed, Parvin, Roghageh, Sahar, Rehab and Sara, thanks for your doa for my safe journey. I am very sorry as this blog is written in Malay language. InsyaALLAH I will write few articles in English so that all of you may benefit from this blog.

(Foto bersama bro Aiman dan Muhamad di Tingkat Atas Masjidil Haram).

To Brother Aiman and Muhammad from Morocco, Should both of you reading this blog, I wish you the best ever Ramadan and collection of rahmah and reward from The Almighty ALLAH. Thank you for spending your time with me for the iftar and tarawikh throughout our spiritual journey in the Holy land Makkah. It is most memorable experience iftar together with some dates, zam-zam, laban and chocolate. InsyaALLAH, we will meet again next Ramadan in Makkah.

Terima kasih semua kerana terus bersama saya diblog ini.

Sunday, September 12, 2010

Salam Lebaran


Alhamdulilah saya telah selamat kembali ke tanahair petang Raya kelmarin.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Salam Eid Mubarak & Maaf salah silap. Moga ALLAH menerima amalan kita dan menempatkan kita dikalangan insan-insan yang soleh/solehah.

InsyaALLAH saya akan berkongsi pengalaman di entri yang akan datang. Terima kasih dengan sokongan tuan/puan/sdr/i.