Alhamdulilah, sudah lebih seminggu Ramadan meninggalkan kita. Suasana keceriaan ibadah semakin surut. Itulah kehebatan Ramadan yang telah kita tinggalkan. Ianya hanya menjadi catatan memori dan sejarah. Peluang keemasan Ramadan tidak akan kembali lagi melainkan ALLAH izinkan kita bertemu Ramadan tahun hadapan (jika usia kita dilanjutkan).
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana masih melawat blog ini untuk mencari sesuatu yang diingini. Harapan saya agar blog ini akan terus aktif, memberi sumbangan ilmu, pengalaman dan perkongsian bagi membina diri dan masyarakat. Limitasi dan kelemahan blog ini tidak dapat dielak kerana Cuma ALLAH dan RasulNya sahaja yang sempurna.
Perjalanan meningkatkan diri kali ini memberi saya pengalaman lain yang lebih signifikan. InsyaALLAH saya akan berkongsi dari masa ke semasa.
(Foto bersama krew MAS di dalam pesawat MH150)
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada saudara Azhari, pramugara MAS flight KL_Jeddah MH150 kerana telah menegur dan memperkenalkan diri sebagai pembaca HM dan silent reader HM sebaik-baik saya mencari seat saya di dalam pesawat. Terima kasih kerana mempelawa saya berbincang panjang (ketika beliau tidak bertugas dan penumpang sedang tidur) mengenai Haji/Umrah dan isu-isu kehidupan sepanjang perjalanan ke Jeddah.
(Foto Rumah Penginapan di Mekah)
Terima kasih kepada Timbalan Datuk Bandar MBSA Tn Hj Mohtar, Pengarah MBSA Tn Hj Rosli Bakar, Pengarah Sektor -Kementerian Dalam Negeri Tn Hj Kamaruzaman, Abang Zul dan lapan lagi rakan-rakan yang bersama-sama menceriakan pengalaman Ramadan di Tanah Suci.
Kepada Saudara Azmi Abdullah dan Tn Hj Rosli yang sudi menumpangkan saya untuk beristirehat di hotel mereka yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Pengalaman solat Asar di tepi jalan memberi makna buat kita. Lain kali datang satu jam awal sebelum solat, okay. Jika alpa, maka solatlah di bawah panahan mentari melebihi 40 darjah selsius!
(Foto bersama saudara Azlie di Hotel Safwa, Mekah).
Saudara Azlie (Pengurus Hotel di Mekah), yang mempelawa saya beristirehat di Hotel 5 Star dan sudi meluangkan masa berbincang dengan saya.
Owner Restoran Citarasa, Zam-Zam Tower Mekah, yang mempelawa abang saya, saya dan beberapa rakan untuk makan malam sebelum solat Tarawikh. Terima kasih dengan makanan Melayu/Indonesia yang enak.
Terima kasih juga kepada insan yang tidak saya kenali seperti Cik Zarea dari N9, Cik Hayati dari Terengganu dan Tidak kurang dari 12 insan yang tidak saya kenali samada sebagai pembaca Haji Muda, silent reader blog Haji Muda, atau pernah menghadiri ceramah saya; kerana telah menegur sapa saya di Mekah, Madinah atau di KLIA/Jeddah airport. Saya hargai sapaan anda semua bagi mengukuhkan lagi ukhuwah dan networking kehidupan.
To my MBA international students and international business research candidate especially Muhamad, Maneed, Parvin, Roghageh, Sahar, Rehab and Sara, thanks for your doa for my safe journey. I am very sorry as this blog is written in Malay language. InsyaALLAH I will write few articles in English so that all of you may benefit from this blog.
(Foto bersama bro Aiman dan Muhamad di Tingkat Atas Masjidil Haram).
To Brother Aiman and Muhammad from Morocco, Should both of you reading this blog, I wish you the best ever Ramadan and collection of rahmah and reward from The Almighty ALLAH. Thank you for spending your time with me for the iftar and tarawikh throughout our spiritual journey in the Holy land Makkah. It is most memorable experience iftar together with some dates, zam-zam, laban and chocolate. InsyaALLAH, we will meet again next Ramadan in Makkah.
Terima kasih semua kerana terus bersama saya diblog ini.
6 comments:
Salam Dr,
Terima kasih banyak memberi tips dan berkongsi pengalaman disana.
Salam DR.
salama idilfitri dam mohon kemaafan atas segala atas komen yang pernah diberikan dalam blog Dr.
Tentu seronok dijemput untuk menunaikan umrah dipenghujug ramadan yang lalu. Moga dapat dikongsi buat pengunjung setia blog dr.
Salam Zarea,
Moga peroleh umrah mabrurah
alihassan,
InsyaALLAH no problem. Selamat Hari Raya juga maaf salah silap.
Salam Dr.
Alhamdulilah terpancar kepuasan dlm ibadah umrah Dr di ramadan ini. Tahniah ..perjlanan yag dipermudahkan ALLAH dan muga mmperolehi umrah mbrur.
Lepas nie ilham mencurah2laa..sy setia mmbacanya walaupn ade msanya tanpa meninggalkan jejak.
salam dr.
boleh saya tumpang tanya,
Dr ingat tak lagi staf MAS yg di sebelah kiri Dr?
saya rasa macam sahabt lama saya, cuma takut salah org.
Dr ingat nama dia?
maaf menyusahkan
Post a Comment