(Foto: Pemandangan sesak di luar Masjidil Haram jam 1 pagi untuk Qiam).
Kehidupan kita di zaman jahiliah moden ini agak jauh dari yang di perintahkan ALLAH. Terlalu banyak aksi-aksi dan lakonan watak hipokrit dan munafiq dimainkan oleh manusia yang memikirkan kekayaan duniawi. Ada dikalangan kita meyisihkan akhlak, sanggup menipu dan membunuh demi mengejar kemewahan duniawi.
Kita laksana tikus-tikus yang mengigit tali atau kabel wayar letrik demi mengalas perut tanpa memikirkan bahaya. Walaupun bahaya, kita masih mahu mengigit untuk memenuhkan perut nafsu secara berterusan. Bila gigitan ini silap, maka akan berlaku kejutan letrik yang menghanguskan jasad dan jiwa.
Sandiwara ini tiada kesudahan...….
Haji dan Umrah mengajak manusia berubah. Mekah adalah kota yang dijanjikan aman dan damai. Kota padang pasir ini tidak membawa ciri takut, benci dan perang tetapi dijamin keamanan dan kedamaian. Ianya adalah RUMAH ALLAH dan dipelihara oleh ALLAH.
Disebalik tidak sukanya kita dengan perangai sombong bodoh Arab, kita masih berduyun-duyun membanjiri Mekah dan Madinah. Kita tidak pedulikan kebodohan mereka kerana mereka bukanlah matlamat kita ke sana. Biarlah mereka bangga dengan kebodohan, ego dan sombong kerana kita tidak mampu merubah mereka. Budaya menjerit-jerit, menguatkan suara, tidak menghormati Tetamu ALLAH dan kasar tidak membawa keuntungan apa-apa dalam usaha membebaskan AL-AQSA tercinta itu. Saki baki Keturunan Abu Jahal dan Abu Lahab tidak mungkin mampu membawa panji-panji membebaskan Al-Aqsa. Hanya keturunan Muhamad s.a.w dan manusia yang berpegang utuh kalimah syahadah sahaja mampu meneruskan usaha sukar ini.
Pokoknya, Kita mahu berada sedekat mungkin dengan Baitullah untuk mengikat janji setia bahawa diri dan jiwa kita hanya untuk ALLAH dan RasulNYA. Jiwa kita bebas dari igauan hidup untuk berterusan mengigit wayar letrik yang hanya tunggu masa untuk menghanguskan diri kita yang lemah ini.
Di bumi Mekah, manusia berduyun-duyun membanjiri MAsjid dan suasana ibadah sentiasa hidup, siang dan malam. Di penghujung Ramadan dianggarkan 4 juta manusia berkumpul di Mekah melebihi jumlah jamaah Haji yang dianggarkan 2.5 juta. Mereka adalah ‘tikus-tikus’ (maaf: perumpamaan), yang ikhlas yang tidak mahu hidup berterusan mengigit wayar-wayar hidup yang membahayakan. Mereka sujud dikala semua sujud dan mereka menangis ketika Grand Imam Masjidil Haram menangis.
Namun kita…. Masih sukar menangis dan masih terkial-kial mencari ruang menginsafi diri….
4 comments:
Salam Dr.
Menangis adalah satu cara luahan atau curahan perassan bagi insan yang lembut hatinya. Bagaimakah agaknya luahan atau curahan perasaan bagi mereka-mereka yang agak keras jiwanya. kita yakin mereka juga punya perasaan.
Salam Dr Ridz,
Cuba memahami apa yg tersirat. Adakalanya letih dgn sandiwara di sekeliling. Kita serahkan segalanya kembali kpd Allah.
Assalamualaikum Dr.
Jujurnya dengan mendengar alunan Asma Ul Husna ini boleh membuatkan kita menangis......
terima kasih Dr.
Kak Nor.
assalamualaikum Dr,
kita tak menangis sbb tak fahampun apa makna solat yang sebenar, maksud ayat yg kita baca, doa yang kita pohonpun kekdang kita tak sedar tau2 dah habis. Kita tak mnghadirkan diri kita sepenuhnya, tak ada rasa perhambaan, solat setakat ikut org, pergi haji dan umrah setakat ikut orang.
Post a Comment