Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 22, 2011

Perjalanan Iran #1


Foto: Makan malam di Hotel Sadaf

Alhamdulilah saya telah diberi kesempatan untuk ke Iran dan Dubai pada Selasa minggu lepas hingga kelmarin. Tulisan entri ini dan yang bakal menyusul telah saya tulis ketika di Iran pada minggu lepas. Namun disebabkan sekatan ke atas internet (kerana berlaku gelombang menuntut perubahan di Teheran), maka banyak percubaan untuk akses blog dan email tidak berjaya.

Ketika tiba di Dubai pada pagi 15hb Feb, cuacanya agak sejuk. Selepas berdiskusi dengan konsultan, saya meneruskan perjalanan ke Iran dan tiba di Pulau Peranginan Kish di Iran sebelum waktu Maghrib.

Perjalanan ini menyeronokkan kerana tidak perlu berhadapan dengan kerenah imegresen yang tidak bertamadun seperti banyak pengalaman tidak enak di imegresen Jeddah. Mentaliti kuno imegresen Jeddah tidak pernah berubah (Nota: Maaf kerana ini adalah kenyataan pengalaman saya sendiri). Bak kata ramai jamaah Haji/umrah, kita ke Arab Saudi hanya kerana adanya Baitullah dan Rasululah s.a.w di Madinah. JIka tidak, tiada siapa akan pergi ke negara yang tidak tahu menghormati Tetamu ALLAH!

Sementara, Rata-rata pegawai imegresen Iran lebih friendly dan tahu menghargai tetamu. Biarpun mereka Syiah, mereka tahu menghormati tetamu mereka.

Selepas melepasi pihak imegresen, saya disambut oleh pegawai bertugas dan driver terus menuju ke eksekutif apartmen milik sebuah Universiti IPTA Iran.

Foto: Apartmen eksekutif


A) Sesuatu untuk difikirkan

Soalan yang pertama saya tanya pegawai pengiring ialah, berikan saya jadual waktu solat. Mereka pantas bertindak. Tetapi mereka cuma memberi saya jadual waktu Subuh, Zuhur dan maghrib . Bila saya tanya waktu Asar dan Isya’, mereka kelihatan pelik. Saya faham keadaan tersebut namun saya cuba tidak mahu mengerti pegangan mereka.

Di apartmen eksekutif mewah, saya membentang sejadah yang telah disediakan. Di dalam sejadah ada ‘batu karbala’. Bagi menghormati mereka, saya mengalihkan batu tersebut dan meneruskan solat seperti biasa. Inilah kelebihan kita ahlul sunnah wal-jamaah yang perlu melakukan solat tanpa ada peraturan yang mungkin memberatkan diri (Nota: Dalam keadaan kita boleh solat tanpa perlu ada batu inipun masih ramai yang tidak solat, apa akan jadi agaknya jika batu ini diwajibkan kepada kita? Mungkin ada alasan untuk tidak solat sebab batu ni tertinggal di rumah lah.., cicir la.., dsbnya). Bukankah Islam itu mudah dan bukankah Rasululah sa.w. telah menunjukkan jalan untuk kita mendampingi ALLAH melalui jalan solat yang tidak membebankan?

Selepas solat Maghrib, driver membawa saya makan malam di sebuah hotel berhampiran. Cuaca sejuk di Pulau ini menikam tubuh (saya tidak bawa baju sejuk kerana berfikiran bahawa musim sejuk berada di penghujungnya). Makanan di sini juga enak. Alhamdulilah! Saya sujud syukur.

InsyaALLAH Bersambung….


6 comments:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah

pengalaman tuan di sana melihat sendiri masyarakat syiah dlm urusan seharian dan ibadah dpt dikongsi bersama sebagai perbandingan dan sempadan buat kita ahli sunnah waljamaah

Shida said...

Assalamualaikum Dr,
Sehingga sekarang sy belum dapat memahami cara solat mereka. Sambil solat mereka boleh bergerak membetulkan selendang yang terjatuh ketika sujud, memasukkan rambut yang terkeluar dr selendang dan pelbagai lagi kepelikan yg saya rasa.

Nak tahu semalam, ada seorang stud tu minta pertolongan yang saya tak boleh beri, akhirnya dia berkata, You are Muslim, I'm also Muslim, why you can't help me? Dalam hati saya menjawab, You are Syiah but I'm not...ha..ha..jahatnya saya.

Kakzakie Purvit said...

Assalamu'alaikum Dr,

Melalui apa yg dipaparkanb betapa kita beruntung masih berpegang dgn ahli sunnah waljamaah. Ini pun dah mula ada ganggu-gugat sedikit di IPTA.

haji muda said...

Assalam rezeki,
InsyaALLAH. I will keep posting the experience.

haji muda said...

Assalam Shida,
Perbezaan antara kita dengan mereka tidak seharusnya membina gap. Kita mempunyai wawasan yg lebih besar dan jauh. Masing2 memainkan peranan besar ini.

haji muda said...

Assalam KAk Zie,
Jika ada masa, saya akan kupas mengapa kita tidak perlu Syiah di Malaysia. Dikesempatan saya di Iran, saya maklumkan mereka mengapa kita tidak perlukan fahaman syiah di Malaysia.

Ya! kita bertuah berpegang dgn ahlul sunnah wal jamaah.