Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, March 31, 2012

Umrah 2012 Dubai

Foto: Sebahagian Jamaah bergambar berlatar belakang Burj-Arab

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, jamaah umrah HM telah diberi peluang oleh ALLAH untuk melawat Bandar Dubai. Walaupun ianya tiada dalam perancangan asal, ALLAH lebih mengetahui mengapa jamaah perlu transit di Dubai sebelum berangkat ke Saudi.

Pada kebiasaannya, program saya akan susun menaiki pesawat terus ke Madinah atau Jeddah. Namun kali ini, pihak agensi yang diamanahkan menguruskan logistic jamaah memaklumkan bahawa tiket direct sebagaimana yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan.

Foto: Bersama isteri, famili abang Razak dan ustaz Amin


Foto: Jamaah di lobi Hotel

Hakikatnya, di setiap perjalanan ALLAH ingin memberi kita ilmu dan pengalaman yang berbeza. Walaupun grup umrah HM 60 orang, terdapat 23 lagi jamaah dari kumpulan keluarga yang kecil-kecil turut bersama grup umrah HM. Mereka Cuma menumpang grup kami yang diuruskan logistiknya oleh agensi umrah. Biarpun saya dimarah-marah oleh segelintir kecil 23 jamaah ini, saya hanya mampu senyum. Mereka tidak mengenali saya dan mereka berhak bersuara sebagai pelanggan agensi ini. Tidak mengapa saya di marah, kerana saya dan jamaah HM sedang dalam perjalanan meniti kasih sayang ALLAH. Itulah dia hakikat cabaran Haji/Umrah, Jamaah akan marah-marah. Lebih memalukan jika marah kepada team HM yang banyak membantu mereka (Kami bukan pegawai agensi logistic umrah! Kami Cuma membantu semua jamaah dan kami tidak dibayar oleh agensi umrah untuk menolak beg dan uruskan jamaah…..).

Ketika saya menolak troli dan membantu mengangkat beg Dr Fauziah dan Kak Rokimah, mereka berkata “Dr tak perlu angkat beg kami, kami okay.” Saya membalas balik “Saya mahu berkhidmat kepada semua jamaah, pahala free….” “Ijazah Kedoktoran dan pangkat saya tidak akan hilang hanya kerana membantu menolak troli, mengangkat beg dan membantu urusan logistic jamaah.”

Di Terminal 1 Dubai untuk check-in pesawat ke Jeddah, saya dan team HM membantu menolak troli, membawa beg jamaah untuk discan, mengurus paspot, tiket, seat dll biarpun grup kecil 23 orang ini bukan grup umrah HM. Kemarahan sebahagian jamaah 23 orang ini adalah kemanisan kami team HM. Inilah dikatakan proses Umrah mabrur ie. “Sabar biarpun pada perkara yang tidak perlu”.

Kepada semua team Jamaah HM khususnya abang Razak, Afif Afnan, Mona, Shaifudin, Dr Isa, Hisyam, Dr Fauziah, Kak Rokimah, Abg Bani, akhi Sharani, family Prof Dahlan, syabas dan tahniah kerana mendapat ‘pahala free’ dengan membantu semua jamaah tanpa mengira samada mereka grup umrah HM atau bukan. Saya yakin anda semua mendapat kepuasan dan kemanisan dengan membantu insan lain dan semangat teamwork disepanjang perjalanan Umrah kita.


Sama-samalah kita Cari Pengiktirafan ALLAH bukannya pengiktirafan manusia.


6 comments:

rezeki said...

salam dr

alhamdulillah

insyallah, setiap kebaikkan akan dibalas dengan balasan yg setimpal dari Allah

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa melakukan kebaikan sama ada lelaki atau perempuan, semuanya akan mendapat kehidupan baik di dunia dan akhirat dan mendapat balasan baik dari apa yang mereka lakukan.”

(Surah An-Nahl, ayat 97)

Saya pernah merasai pengalaman yg tuan lalui semasa membantu secara sukarela semasa kami menunaikan umrah tahun yang lalu . Namun saya tak rasa serik nak terus membantu setakat yang terdaya walaupun saya hanya dari kalangan jemaah umrah sahaja dan takda kaitan langsung dgn agensi pengendali .Tapi, terasa kepuasan dalam hati apabila dapat membantu apa yang termampu dan terdaya .

Anonymous said...

Assalam Dr dan semua rombongan HM,

Semuga dalam kasih sayang Allah hendaknya.

Apa apa pun yang kita rancang sebagai manusia, Allah knows best! Tiap sesuatu yang belaku ada hikmah nya.

Semuga dalam redha Allah. Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr serta pembaca semua,

Umrah @ Haji memang menguji kita. Melalui perjalanan ini kita akan mengenali peribadi mereka yang bersama kita. Sama ada sebagai " Tuan " ataupun insan yang biasa2 sahaja. Bersyukurlah saya sekalipun sy seorg prmp tetapi urusan check ini diurus sendiri tanpa perlu menyusahkan orang.

laskarfajar said...

Saya salah seorang drp ahli rombongan yg 60 org tersebut. Sblm pergi umrah saya membuat persediaan fizikal dan mengambil bermacam supplement dan multivitamin utk menjaga tahap kesihatan saya. Namun setibanya saya di Madinah, saya diserang sakit tekak yang agar teruk sehingga tonsil saya membengkak. Keadaan ini menyebabkan saya merasa takut dan berfikir yg bukan2. Dr ridzwan mencadangkan saya minum air zam2 byk2 dan menyuruh saya berjumpa Dr Fouziah untuk dirawat. Dr Fouziah prescribe utk saya ubat antibiotic dan anti keradangan utk mengurangkan sakit saya. Alhamdulillah sakit saya berkurangan sebaik sahaja sampai di Mekkah. Terima kasih byk2 Dr Fouziah kerana merawat saya dan mengembalikan keyakinan saya utk terus bertawakkal dan beribadat kepadaNya. Terima kasih juga kpd roomate Abg Syarifuddin kerana byk membantu. Satu pengajaran yg saya dpt drp ujian ini ialah segala sesuatu itu termasuk sakit pening segalanya ditanganNya. Kita sekadar berikhtiar dan berusaha, namun Allah yg menentukan.

Anonymous said...

salam...
terima kasih atas bantuan doktor. moga dapat pahala yang BERLEBIHAN. mungkin kami TIDAK MENGENALI doktor seperti yang sepatutnya... siapalah kami, orang biasa saja. Ya Hamid, kau berikanlah pujian-MU kepada hamba-MU yang telah sudi menolak troli. hanya Kau-lah sebaik2 pemberi ganjaran . ameen.

astaghfirullah, wassalam

Norasiah Abdullah said...

Assalamualaikum, Syukur Alhamdulillah kita diberi peluang uNtuk menjadi tetamu Allah.Terima kasih kepada semua sahabat serombongan yang mempunyai sifat jemaah tanpa mengira pangkat an darjat. sesungguhnya setiap kebaikan yang dilaku hnaya ALLAH jua yang lebih mengetahui. Cuma rasa terkilan mengapa kita tidak ditempatkan dalam satu kumpulan jemaah untuk lebih kenal dan mengenali. Terima kasih pada insan yang telah memberi banyak kerjasama.Moga umrah kita semua diangkat oleh ALLAH sebagai umrah yang mabrur. Amin Ya rabbal alamin.