Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, March 25, 2012

Umrah 2012 Sinopsis Perjalanan

Alhamdulilah, jamaah grup HM telah selamat kembali ke tanahair. Perjalanan transformasi diri ini amat mencabar. Hampir dua minggu jamaah diasak dengan pelbagai cabaran dan ujian. Bagaimanapun bentuk cabaran dan ujian, mereka tetap bergerak dalam satu jamaah grup yang telah saya susun.

Satu bentuk tarbiyah yang Berjaya disematkan ialah tahap kesabaran yang tinggi, bertoleransi dan teamwork. Ini adalah team/grup terbaik yang pernah saya bawa/jumpa biarpun mereka tidak mengenali antara satu dengan lain dan bilangannya besar iaitu 60 orang. Dari sejak di Malaysia, penekanan telah diberikan mengenai aspek kesabaran, toleransi serta teamwork dan mereka telah BERJAYA, ALLAHu AKBAR!

Biarpun jamaah ini mempunyai pangkat besar seperti Pengarah Kanan Jabatan Kerajaan, professor, Doktor Pakar, Doktor, Engineer, Pengurus Kanan latihan, Komando tentera, pemimpin pelajar dan pemimpin kampong, mereka sama-sama berganding bahu mengangkat beg, menolak troli, membantu warga emas dan yang nyata sanggup bersedekah pada bila-bila masa bila saya minta.

Bila jamaah melepasi ujian Madinah, ketika di hadapan Kaabah airmata saya tidak mampu bertahan lagi. Saya menemui apa yang saya hajatkan iaitu satu team umrah yang cemerlang hati dan ikhlas kerana ALLAH. Mereka bekerja dalam satu pasukan tanpa ada banyak rungutan. Kesabaran yang ditunjukkan oleh para jamaah sangat saya kagumi. Mereka tidak membawa ego dan pangkat ketika melalui proses sebagai tetamu ALLAH. Ibadah mereka juga hebat.

Saya sering berdoa moga ALLAH menemukan saya dengan orang-orang soleh, ikhlas dan tidak mencari glamor.

Hampir 14 hari bersama mereka, ukhuwah dan kasih sayang amat terasa. Di akhir perjalanan dan sebelum Tawaf Wida’, mereka meminta saya menganjurkan program susulan bila kembali ke Malaysia. ALLAHU AKBAR! Itulah sebenarnya hajat saya dan InsyaALLAh akan saya laksanakan.

Yang pasti saya amat merindui mereka semua dan saat indah bersama mereka ketika bertawaf, siri tazkirah ringkas, makan, minum dan merawat mereka yang sakit..….

Ya ALLAH, izinkanlah kami bersama-sama lagi dalam program Umrah di tahun-tahun akan datang. Amin!


7 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Selamat kembali ke tanah air dengan azam baru dan diredhai Allah hendaknya di samping keluarga tersayang.

Seronok baca catatan Dr dengan rombongan yang bersatu hati dan satu tujuan mencari reddha Allah. Alhamdulillah.

Semuga rombongan Dr mendapat umbprah hang mabrur,

Amin amin buat doa Dr.

AJ

roha said...

salam Dr.sefamili n warga rakan haji muda. Alhamdulillah telah selamat kembali, semoga mendapat umrah yang mabrur dan dalam keredhaan Allah jua.Dr. ada tazkirah dari Prof. Kamil tak?

Anonymous said...

Alhamdulillah dan tahniah buat semua jemaah dan Dr.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan..Amin


-siti hanim

Anonymous said...

Alhamdulilah suatu perjalanan yang cukup indah dan cantik sekali,tahniah Dr moga Allah Taala mempermudahkan lagi segala urusan selepas ini amin

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Alhamdulillah.....

Kak nor.

Anonymous said...

Assalam Dr.
Alhamdulillah perjalanan yg sangat manis dan indah sekali...masih terbayang-bayang posisi dan sudut-sudut ketika diHaram. SubhanAllah... Semoga semua jamaah HM menjadi insan yang lebih baik disisiNya apabila kembali ke tanahair dan dapat bersama-sama ke Haram lagi di masa akan datang.InsyaAllah. Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr;

Alhamdulillah.
Semoga Dr dan semua jemaah umrah di dalam redha Ilahi.

-Dilla