Assalamualaikum sahabat semua,
Maaf kerana tidak update blog. Selepas kembali dari Indonesia, saya terus ke KT dan kemudian berangkat ke Dubai & Iran pada 21-30hb Mei 2012. Masa amat menghimpit pergerakkan dengan harapan dapat update blog HM dan Facebook semasa di Iran. Walau bagaimanapun, sekatan keselamatan di Iran tidak mengizinkan laman sosial, FB dan blog untuk di access. Pun begitu, saya dapat mencelah masuk sekali sahaja di FB: ridzwan.bakar untuk update status pergerakkan saya. Namun blog terus disekat. Alhamdulilah gmail account dapat di access dan semua email telah saya respon. Skype juga banyak membantu komunikasi saya ke tanahair.
Alhamdulilah saya kini telah selamat kembali ke tanahair. InsyaALLAH saya akan update program di Indonesia dan pengalaman di Iran. Banyak perkara menarik yang perlu dikongsi.
Salam.
Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Wednesday, May 30, 2012
Sunday, May 13, 2012
Kunjungan ke Indonesia 14-18 Mei 2012
InsyaALLAH, jika dizin ALLAH saya akan membuat pengisian di Indonesia. Jemputan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman seharusnya di sambut dengan hati yang girang. Saya masih menaruh harapan agar Malaysia Airlines akan kembali beroperasi KLIA-Bandung.
InsyaALLAH saya akan meluangkan masa untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat desa Bojongloa dan melihat sendiri perkembangan pembangunan masjid. Amanah yang tuan-puan berikan akan dilaksanakan, InsyaALLAH.
14 Mei
6am Flight
KL-Bandung
2-4pm Guest Speaker
Universitas Garut “Membangun
Jiwa dan Potensi Kewirusahaan
Muslim ”
15 Mei
10am-12pm Kuliah Dhuha di
Pasentren Ciamis “ Aku Rindu Rejab, Syaaban dan Ramadan”
2pm-4pm International
Seminar Institut Perguruan
Tinggi Ciamis “Pemberdayaan Ekonomi Pesantren”
6pm
Melawat Tapak Masjid Bojongloa. Diskusi
ringkas dengan pemimpin masyarakat dan
negosiasi akhir pembelian tanah sawah sebelah masjid untuk
tujuan pembinaan Pusat Tahfiz Kelab Haji Muda.
16 Mei
9am-12pm Seminar Akademi Telekomunikasi Purwokerto
“ICT Broadband pemangkin ekonomi” YPT
Institut Management & Telekomunikasi Bandung.
2pm-4pm Ceramah “Membina
Model Ekonomi Baru buat ummah
tercinta”
17 & 18 Mei
8:00am Research activities & bertemu usahawan muslim
Sunday, May 6, 2012
Motivational Talk
Alhamdulilah, program latihan cemerlang di pejabat telah disempurnakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pengurusan Hospital Sungai Buluh dan Ustaz Hadi- Hijrah Minda kerana menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman. Kepada semua peserta, doktor, pegawai kesihatan dll, saya berharap perkongsian 'Seni Happy Di Pejabat' memberi manfaat.
Peserta tekun menjawab soalan 'test your happiness level'.
Wednesday, May 2, 2012
MAS/Air ASia Deal-Off
Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH, doa rakyat Malaysia, usaha berterusan individu tertentu, Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) dll , ‘share swap’
MAS-Air Asia telah
dibatalkan. Sila rujuk berita terkini di
sesawang dibawah:
Blog ini pernah menyentuh isu ini sebelum ini, bahawa ‘share-swap’ tidak akan menguntungkan rakyat. ‘Share-swap’
ini Tidak akan menguntungkan MAS dari perspektif jangka panjang. Anda tidak perlu tahu apa sumbangan blog ini
bagi membantu isu ini. Yang penting, Hebatnya
sesebuah organisasi bukan kerana
EGOnya. Hebatnya sesebuah
organisasi bukan kerana keuntungan
berbilion RM. Hebatnya organisasi lahir dari cinta, kasih sayang, maruah dan
memartabatnya Malaysia di mata
dunia. Lebih hebat lagi jika organisasi mendapat
naungan nur Ilahi dari langit.
Walau bagaimanapun, blog ini menyokong
kerjasama teknikal dan pasaran antara MAS & Air Asia. Perlu ada win-win deal dengan focus kepada sinergi dan economies of scale. MAS dan Rakyat Malaysia perlu lead kerjasama ini.
Yang penting,
kepentingan rakyat dipertahankan, Negara dijulang, MAS boleh mencapai sustainability dan Kebajikan pekerja MAS terus dipelihara. Rakyat
mahu lihat aggressive marketing dibuat
oleh MAS sebagaimana yang mereka lakukan
sebelum share-swap berlaku tahun lalu.
Tahniah MAS,
Tahniah kepada MASEU, Tahniah kepada semua warga kerja MAS dan tahniah kepada Rakyat Malaysia dengan
Deal-off ini.
InsyaALLAH, one day kita mahu lihat MAS
takeover Air Asia..! InsyaALLAH ramai lagi 'untap' cerdik pandai Melayu Muslim yang boleh turnaround MAS.
HanyaMu ALLAH tempat kami berdoa dan berserah…
Subscribe to:
Posts (Atom)