Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, May 2, 2012

MAS/Air ASia Deal-Off


Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH, doa  rakyat Malaysia,  usaha berterusan  individu tertentu,  Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) dll ,  ‘share swap’   MAS-Air Asia telah dibatalkan.  Sila rujuk berita terkini di sesawang dibawah:




Blog ini pernah menyentuh isu ini sebelum ini, bahawa  ‘share-swap’  tidak akan menguntungkan rakyat.  ‘Share-swap’  ini  Tidak akan menguntungkan  MAS dari perspektif  jangka panjang.  Anda tidak perlu tahu apa sumbangan blog ini bagi membantu isu ini.  Yang penting,  Hebatnya  sesebuah organisasi bukan kerana  EGOnya.  Hebatnya sesebuah organisasi bukan kerana  keuntungan berbilion RM.  Hebatnya organisasi lahir dari cinta, kasih sayang, maruah  dan  memartabatnya  Malaysia di mata dunia.  Lebih hebat  lagi jika organisasi  mendapat  naungan  nur Ilahi dari langit.

Walau bagaimanapun, blog ini menyokong kerjasama teknikal dan pasaran antara MAS & Air Asia.  Perlu ada win-win deal  dengan focus kepada sinergi dan  economies of scale. MAS dan Rakyat Malaysia perlu lead kerjasama ini.

Yang penting,  kepentingan rakyat dipertahankan,  Negara dijulang, MAS boleh mencapai  sustainability  dan Kebajikan pekerja MAS terus dipelihara. Rakyat mahu lihat  aggressive marketing dibuat oleh MAS  sebagaimana yang mereka lakukan sebelum share-swap berlaku tahun lalu. 

Tahniah MAS,  Tahniah kepada MASEU, Tahniah kepada semua warga kerja MAS  dan tahniah kepada Rakyat Malaysia dengan Deal-off ini.

InsyaALLAH, one day kita mahu lihat MAS takeover Air Asia..!  InsyaALLAH ramai lagi  'untap' cerdik pandai Melayu Muslim yang boleh turnaround MAS.


HanyaMu ALLAH tempat kami  berdoa dan berserah…


3 comments:

MS said...

Assalam Dr. Syukur Alhamdulillah semoga hak rakyat Malaysia terus terpelihara InsyaAllah. Harapan...kelak tambang kita nak gi Tanah Suci tidaklah terlalu mahal atau terpaksa naik flight bersama2 mosquito lagi ....:D

Naz Mohamed said...

Semoga Telekom Malaysia juga terus menerajui industri telekomunikasi negara kerana di antara byk2 sykt telekomunikasi, hanya TM sahaja yang berbangga menjulang nama Malaysia.

Anonymous said...

Assalam Dr.

Terimakash diatas perkongsian ini. Moga semua usaha kearah kebaikan bersama akan mendapat rahamat ALLAH. Amin.


Salam hormat
kamarjhan