Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
Pelancaran Kelab Haji Muda
Alhamdulilah & InsyaALLAH dengan izin ALLAH, KHM akan dilancarkan seperti berikut:-
Tarikh: 1 Sept 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana Selangor
Tentatif Program:
12.30pm-1.20pm: Tazkirah ringkas dan preview KHM
1.20pm Solat Zuhur berjamaah
1.30pm-6pm Jamuan Raya & aktiviti program imarah masjid
8pm Solat isya, pelancaran KHM dan Forum Remaja Imarah Masjid.
Anda semua dijemput hadir.
Nota: Dari feedback rakan2 dan follower KHM, 90% telah memilih logo Hijau/Biru. walaupun ianya belum rasmi (perlukan approval Exco KHM), insyaALLAh saya yakin pilihan majoriti akan diambil kira. Bagi tujuan pelancaran, logo Hijau/Biru akan digunakan.
Tarikh: 1 Sept 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid As Salam, Puchong Perdana Selangor
Tentatif Program:
12.30pm-1.20pm: Tazkirah ringkas dan preview KHM
1.20pm Solat Zuhur berjamaah
1.30pm-6pm Jamuan Raya & aktiviti program imarah masjid
8pm Solat isya, pelancaran KHM dan Forum Remaja Imarah Masjid.
Anda semua dijemput hadir.
Nota: Dari feedback rakan2 dan follower KHM, 90% telah memilih logo Hijau/Biru. walaupun ianya belum rasmi (perlukan approval Exco KHM), insyaALLAh saya yakin pilihan majoriti akan diambil kira. Bagi tujuan pelancaran, logo Hijau/Biru akan digunakan.
Monday, August 20, 2012
Logo KHM: Mana satu pilihan anda
Assalamualaikum,
Di hari lebaran ini, saya mohon bantuan semua pengunjung blog untuk membuat undian bagi kami (KHM) untuk finalize logo dan warna. Undian dan sokongan anda amat kami hargai. Undian akan diambil kira di blog ini, fb/drridzwan, fb/kelabhajimuda dan personal email saya.
Terima kasih dengan sokongan dan feedback.
Logo 1: Hitam
Logo 3: Hijau/Biru
Logo 4: Hijau
Logo 5: pink
Di hari lebaran ini, saya mohon bantuan semua pengunjung blog untuk membuat undian bagi kami (KHM) untuk finalize logo dan warna. Undian dan sokongan anda amat kami hargai. Undian akan diambil kira di blog ini, fb/drridzwan, fb/kelabhajimuda dan personal email saya.
Terima kasih dengan sokongan dan feedback.
Logo 1: Hitam
Logo 2: Ungu
Logo 3: Hijau/Biru
Logo 5: pink
Saturday, August 18, 2012
Penutup Bicara Ramadan- Masjid Bojongloa
Assalamualaikum semua pengunjung blog,
Di penghujung Ramadan ini, saya menutup diskusi Ramadan dengan menyelitkan foto-foto Masjid Abu Bakar As-Siddiq desa Bojongloa untuk santapan kita. Ramadan kali ini sangat menarik buat kita semua kerana limpahan kurnia ALLAH akan memasuki uncang amal kita secara berterusan.
Disamping itu, usaha tuan/puan menghulurkan wang untuk menaja program iftar fakir miskin juga telah dilaksanakan. Mereka turut menghidupkan qiyam Ramadan dan khatam Qur'an. Mereka berdoa untuk anda semua. Moga ALLAH menerima usaha kita sebagai satu amal soleh. Amin!
Strategic Planning Workshop
Foto: Memberi perhatian dan mencatat setiap butir diskusi SP level 2 ini.
Ramadan tidak seharusnya menghalang budaya kerja cemerlang. Alhamdulilah, Strategic Planning workshop Level 2 telah berjaya saya laksanakan pada 14-15 Ogos bagi membina strategi jangka panjang sebuah organisasi korporat. Ianya adalah satu pengalaman menarik untuk saya berkongsi kepakaran dan sedikit ilmu sebagai konsultan. Workshop percambahan idea ini adalah proses yang mencabar khususnya kepada pegawai-pegawai yang tidak berpeluang pendedahan pengurusan strategik korporat. InsyaALLAH, selepas Eid fitri, strategic planning level 3 akan dilaksanakan bagi memantapkan perancangan jangka panjang organisasi ini.
InsyaALLAH, kita sama-sama bukan bercakap teori. Tetapi yang lebih penting kita terjun membantu mereka yang memerlukan bantuan khidmat nasihat. Dengan sedikit ilmu, kepakaran dan pengalaman, InsyaALLAH kita akan sama-sama berkongsi satu wawasan membina diri dan masyarakat. Membantu orang miskin juga bukan sekadar teori. Kita sama-sama telah berjaya melakukannya melalui platfom Dana Annuiti Akhirat Kelab Haji Muda.
Sunday, August 12, 2012
Ramadan Bicara #7 Masih belum terlewat
Tren Ramadan terus bergerak. Ada yang tertinggal di stesen kerana lalai dan tertidur, ada yang sempat bergayut di tepi tren, ada di atas bumbung. Mereka belum terlewat. Atas Cinta Ilahi, kita masih berpeluang masuk ke dalam tren ekpress Ramadan. Kita yang menentukan tiket kelas mana nak masuk, first class, second class atau third class.
Therefore, "Don’t judge each day by the harvest you reap but by the seeds you plant"
Ya ALLAH, please crown us the best amal in the premier night of Al-Qadr. AMin.
Wednesday, August 8, 2012
Ramadan Bicara #6 Tips 10 Akhir Ramadan
Allahu akbar Wallillahilhamdu
Alhamdulilah kini kita telah melangkah ke Hari ke 20 Ramadan. Ketika tarawikh di masjid, saya perhatikan bilangan jamaah kian merosot. Fenomena biasa di Malaysia dan Indonesia. Bila teringatkan Mekah, waktu inilah manusia berpusu-pusu membanjiri Mekah- 10 akhir Ramadan. Namun kita bukan berpijak di bumi Mekah. Kita berada dipersekitaran masyarakat kita yang sama-sama leka dengan akhirat. Olimpik London pula mungkin menjejaskan rentak amal kita. Hakikatnya, masa berlalu pantas.
Dalam kepantasan itu, hati kita masih leka dan kita masih lalai memburu kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Syurga yang ALLAH janjikan buat kita tidak dapat benar-benar kita rasai kecuali insan yang mahu berfikir akan keHEBATan ALLAH.
Saya menasihati diri saya supaya segera mencari keampunan dan syurga ALLAH ini. Lantaran, Fasa seterusnya (10 akhir Ramadan), tip berikut boleh kita lakukan:-
Dalam kepantasan itu, hati kita masih leka dan kita masih lalai memburu kehidupan yang seolah-olah tiada penghujungnya. Syurga yang ALLAH janjikan buat kita tidak dapat benar-benar kita rasai kecuali insan yang mahu berfikir akan keHEBATan ALLAH.
Adakah anda perasan, di setiap pertengahan dan akhir 10 Ramadan suasana malam agak berlainan? Cuba anda bangun sebelum sahur dan luangkan masa menjengok di luar tingkap rumah. Anginnya dingin, bertiup tenang dan kedamaian hati kian terasa. Mungkin itulah sebutir dari butiran-butiran manik Syurga untuk kita rasai di mukabumi ini. Tentu Syurga ALLAH lebih-lebih tenang, damai dan dingin. Ketenangan ini lebih dirasai oleh insan-insan yang bangun bertahajud, memohon keampunan ALLAH dan menangis memikirkan kelalaian diri.
Di dalam beberapa jemputan tazkirah Ramadan di MAsjid dan institusi, saya menekankan akan kepentingan kita segera berlumba-lumba memohon maghfirah ALLAH. Entri terdahulu saya petik satu ayat Qur’an mengenai diri kita yang perlu SEGERA mencari maghfirah ALLAH. Ianya perlu dilakukan SEGERA kerana sikap bertangguh hanya merugikan diri. Ayat tersebut juga menekankan supaya kita bersegera mencari Syurga ALLAH yang seluas langit dan bumi itu, keluasan yang tidak mampu akal manusia fikirkan. Dan Ramadan menjanjikan maghfirah dan Jannah iaitu keampunan, rahmat dan syurga.
Mengapa SEGERA? Ya sudah tentu tiada siapa mampu menjanjikan bahawa esok kita bisa berbicara, melangkah ke masjid, menatap wajah orang tersayang atau bersedekah dengan harta yang kita ada. Tren ramadan akan bergerak lagi dan kita tidak mahu tertinggal atau hanya menjadi penumpang kelas ketiga yang banyak menghabiskan masa dengan tidur dan menonton tv.
Bila keampunan telah kita mohon, maka rahmat dan kasih sayang ALLAH semakin bertambah buat hambaNYA dan sudah tentu syurga ALLAH mampu kita miliki.
Saya menasihati diri saya supaya segera mencari keampunan dan syurga ALLAH ini. Lantaran, Fasa seterusnya (10 akhir Ramadan), tip berikut boleh kita lakukan:-
1. Kita perlu tidur awal supaya dapat bangun jam 3.30pagi atau 4 pagi.
2. Jika bekerja, ambil cuti akhir 10 Ramadan. Atau jika bos okay, bincang dengan bos untuk masuk pejabat lewat sikit contohnya jam 10 pagi dan ganti kembali masa yang telah diambil.
3. Ambil sedikit waktu siang untuk tidur sebentar.
4. Kurangkan aktiviti malam dan menonton tv.
5. Usahakan solat Tarawikh 20 rakaat.
6. Bersama menghadiri program qiyamulail di masjid-masjid.
7. Banyakkan sujud syukur.
8. Bersedekah di siang hari.
Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan sebagaimana yang KAU berikan kepada teman-teman kami, muslimin dan muslimat yang kini berada di Mekah dan Madinah untuk menghidupkan qiyamu Ramadan. Ampunilah dosa kami dan rahmatilah kami. Amin.
Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan sebagaimana yang KAU berikan kepada teman-teman kami, muslimin dan muslimat yang kini berada di Mekah dan Madinah untuk menghidupkan qiyamu Ramadan. Ampunilah dosa kami dan rahmatilah kami. Amin.
Friday, August 3, 2012
Ramadan Bicara #5- Slot Rehal Sinar Harian 3 Ogos 2012
Perkongsian ringkas di Slot Rehal, Sinar Harian Jumaat 3 Ogos 2012.
Puasa adalah gandingan kepada Tarawikh
Tarawikh adalah komplemen kepada Puasa
Jika TAQWA sebagai destinasi Ramadan
maka ibadah puasa perlu diperkemaskan dengan Qiyamu Ramadan, barulah cantik..
Apabila kita bertemu dengan ALLAH s.w.t nanti
kita mahu tunjukkan tugasan yang selesai ini dengan aksesori sekali
Ganjarannya adalah pintu khas ar-rayyan
dikhususkan untuk hamba yang ikhlas beramal dengan ibadah puasa Ramadan.
Hidup tenang, hati ceria dengan Ramadan...
Thursday, August 2, 2012
KHM- Feedback anda diperlukan
Alhamdulilah dengan izin ALLAH, draf pertama logo KHM telahpun dimajukan oleh insan ikhlas yang memperuntukkan masa untuk design logo ini. InsyaALLAH jika beliau izinkan, saya akan disclose siapakah insan ikhlas ini.
Sebagaimana saya tekankan, KHM adalah milik kita sebagai WADAH ANNUITI AKHIRAT. KHM adalah milik kita kerana tanpa sokongan anda KHM tidak akan ke mana. Kita berkongsi wawasan dan matlamat yg sama, lantaran ayuhlah kita satukan tenaga, fikiran dan kelebihan yang kita ada untuk Islam dan pengislahan diri sendiri.
Kita semua sibuk dengan tugas mencari rezeki, tetapi kesibukan bukanlah alasan. Maka berilah sumbangan kepakaran mengikut kemampuan kita.
ACTION:
Saya memohon kerjasama anda semua untuk memilih logo mana yang sesuai dan menarik. Boleh komen di blog ini atau majukan komen ke kelabhajimuda@gmail.com
LOGO No 1
Logo No 2
Pandangan dan komen anda amat kami hargai.
Bekerja untuk ALLAH . KHM-Wadah Annuiti Akhirat
Dr Ridzwan Bakar
Founder Kelab Haji Muda Malaysia
15 Ramadan 1433H
Wednesday, August 1, 2012
Ramadan Bicara #4- Prestasi yang perlu disemak
Nukilan HM: Qur'an buruk ku baca, namun sukar untukku laksanakan, Ampunilah aku Ya ALLAH.
Tulisan di bawah saya petik dari tazkirah ramadan dalam blog ini yang telah saya tulis pada tahun lepas. Saya membuat beberapa tambahan dari teks asal bersesuaian dengan perubahan semasa.
Alhamdulilah, ALLAH telah mengizinkan kita untuk terus menikmati kehebatan Ramadan. Ianya lebih dirasai oleh insan-insan yang benar-benar mencari kasih sayang ALLAH. Mereka terus istiqamah dengan tarawikh dan qiam.
Bagaimana prestasi Ramadan selepas 11 hari kita melaluinya? Fasa Pertama Ramadan sudahpun berlalu. Sudahkah kita buat yang terbaik di Fasa Pertama?
Jika anda menjawab bahawa anda tidak berpuashati dengan prestasi Ramadan, anda sebenarnya bukan keseorangan. Rata-rata, ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan prestasi akibat kesibukan tugas dan usaha melawan nafsu. Ianya adalah satu penilaian yang jujur namun tidak cukup jika tiada pelan tindakan mencari kehebatan Ramadan yang hanya tinggal dua-pertiga lagi .
Dalam satu kajian di USA, didapati bahawa hanya 11% umat Islam sahaja yang berpuashati dengan prestasi Ramadan. Maknanya majoriti umat Islam (89%) tidak puashati dengan prestasi Ramadan. Mungkin kita termasuk sekali dalam bot ini...
Di Fasa kedua pula, ALLAH memberi ruang maghfirah kepada hambaNYA.
Namun kini, sudah ramai mula kecundang. Sebagaimana trend terdahulu, Fasa kedua Ramadan iaitu mendamba maghfirah ALLAH tidak diberi perhatian. Saf-saf tarawikh mula susut. Letupan mercun sudah mula kedengaran ketika sebahagian hamba-hamba ALLAH sedang sujud menunaikan Tarawikh. Kehadiran bazaar Ramadan pula sentiasa konsisten, tidak pula kelihatan susutnya. Kaum ibu pula mungkin mula sibuk mengajak suami shopping raya, membuat kueh raya dan pelbagai keperluan raya. Ianya adalah satu keperluan untuk menyambut lebaran. Lebih teruk, kita mungkin sedang menghitung dan menghimpun hutang kerana persediaan lebaran.
Tahun ini 2012, saya menunaikan tarawikh di beberapa masjid dan surau. Ingin mengkaji 'mosque behaviour' yang dipraktiskan oleh masjid-masjid. Bukan untuk menghentam masjid tetapi ingin membantu Majlis Agama Islam dan pengurusan masjid supaya Ramadan dihidupkan dengan Qiyam Ramadan. Tugas kita menegur, enggan bertindak tidak mengapa... Perkataan yang saya selalu gunakan "If we don't take action, we are no more relevant....."
Saya perhatikan bahawa trend menyusut tarawikh ini dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk juga cara pihak masjid dan surau meraikan jamaah. Bila jamaah tidak dapat apa yang mereka hajatkan, mereka akan beralih angin dan mungkin ada juga yang solat dirumah. Contohnya, tazkirah Ramadan tamat jam 10.20 malam sedangkan solat tarawikh baru siap 4 rakaat. Keseluruhan solat tarawikh 8 rakaat berakhir jam 11 malam. Pendekatan sebegini tidak bijak. Ianya tidak menjinakkan hati anak-anak muda untuk berdamping dengan masjid. Tazkirah Ramadan tidak perlu hingga satu jam, cukup sekadar 15 minit (sebab itu disebut tazkirah bukan ceramah). Ada juga penceramah yang menjerit-jerit ketika memberi tazkirah. Tazkirah dengan nada menjerit-jerit tidak akan melembutkan hati manusia khususnya untuk menarik anak-anak muda.
Berbalik kepada diri kita. Kita manusia yang lemah. Tuntutan Ramadan mungkin ada juga yang tidak dapat kita sempurnakan. Inilah dia, hidup dan diri kita. Kita tidak mampu istiqamah dengan usaha mencari ilmu dan tarbiah Ramadan. Bagaimana kita mampu membebaskan Al-Aqsa jika kita berterusan saban tahun begini?
Blog ini menasihati diri penulis sendiri untuk segera memperkukuhkan hubungan dengan ALLAH dan memohon keampunanNYA atas setiap butir kesilapan hidup kerana sasaran kita adalah memasuki SYURGANYA yang luas itu. Firman ALLAH
“Bersegeralah kamu mencari keampunan ALLAH dan SYURGANYA yang luas antara langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Ali-Imran : 133
Moga ALLAH menerima proses Fasa kedua ini bagi bekalan kita seterusnya untuk melalui fasa ketiga Ramadan. Tips berikut boleh membantu kita semua:-
1. Rasululah s.a.w. berpesan supaya kita mengambil wuduk sebaik mungkin dan menunaikan solat taubat 2 rakaat. Kemudian muhasabah diri mengenangkan dosa dan kesilapan terdahulu.
2. Menghadiri majlis ilmu di surau/masjid
3. Menghadiri program Qiyamulail di Masjid-masjid.
Kita perlu sama-sama berusaha mencari maghfirah ALLAH kerana ianya tidak datang dengan percuma. Hendak BERJAYA perlu BERUSAHA.
Kepada bakal jamaah Haji 1433H, inilah waktu sesuai untuk muhasabah diri dan mencari keampunan ALLAH. Perlu berdoa moga ALLAH memberi rahmat, haji yang berkualiti- haji mabrur dan menerima ilmu yang terbaik di Tanah Suci nanti.
Wallah'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)