Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, August 2, 2012

KHM- Feedback anda diperlukan


Alhamdulilah dengan izin ALLAH, draf pertama logo KHM telahpun dimajukan oleh insan ikhlas yang memperuntukkan masa untuk design logo ini.  InsyaALLAH jika beliau izinkan, saya akan disclose siapakah insan ikhlas ini.

Sebagaimana saya tekankan, KHM adalah milik kita sebagai  WADAH ANNUITI AKHIRAT.  KHM  adalah milik kita  kerana tanpa  sokongan anda KHM tidak akan ke mana. Kita berkongsi wawasan  dan matlamat yg sama, lantaran ayuhlah kita satukan tenaga, fikiran dan kelebihan yang kita ada untuk Islam dan pengislahan diri sendiri.

Kita semua sibuk dengan tugas mencari rezeki, tetapi kesibukan bukanlah alasan. Maka berilah sumbangan kepakaran mengikut  kemampuan kita.

ACTION:
Saya memohon kerjasama anda semua untuk memilih logo mana yang sesuai dan menarik.  Boleh komen di blog ini  atau  majukan komen ke  kelabhajimuda@gmail.com


LOGO No 1
 Logo No 2





Pandangan dan komen anda amat kami hargai.


Bekerja untuk ALLAH . KHM-Wadah Annuiti Akhirat


Dr Ridzwan Bakar
Founder Kelab Haji Muda Malaysia
15 Ramadan 1433H

18 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

No.2. simple and more visible than no.1. May I ask why the color in orange?

Anonymous said...

Assalam Dr,

Saya juga suka design No.2. KHM nampak jelas dan mudah dikenali.

salam hormat
kamarjhan

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,

Yang No.2 lebih terselah , menonjol.


wassalam,
Salma Amana

nhhas said...

Assalamualaikum wbt,

Dr.,
Undian kepada Logo No.2.
tapi kalau boleh, tukar ler warna...
Why Oren?

haji muda said...

Assalam,
Terima kasih dgn feedback. Color belum finalize, masih lagi diperbahaskan. Itu cuma sample. First step nak confirm logo dulu. InsyaALLAh our professional designer mahir macammana nak buat logo lebih 'appeal'.

TQ

Anonymous said...

Assalamualaikum,

No 2 simple dan jelas bila tengok walaupun untuk pertama kali

zarifah said...

As Salam,

Saya suka yg no. 2...nampak simple & menarik.

Indah Eyah Abu Samah said...

Salam

logo no 2 doktor

Center dan bersederhana.
InsyaAllah

nurulyaqin said...

Assalam Dr.

Saya pilih logo no 2, lebih melambangkan identiti KHM.

Anonymous said...

No 2, simple dan menarik

nurulyaqin said...

Assalam Dr, saya pilih logo no 2.

Unknown said...

Saya juga rasa no 2 lebih simple udan mudah utk dikenali

Anonymous said...

Assalamualaikum semua

Dr, saya juga pilih no 2 sebab mudah dibaca & difahami

isyraf said...

Assalam Dr,

Saya juga berpendapat logo no2 lebih jelas dan mudah dikenali..

sani said...

saya melihat ada tulisan arab pada logo ini. Saya tidak dapat membaca dengan lengkap. perkataan ALLAH jelas kelihatan di sebelah kanan (menurun). Mudah-mudah logo yang dipilih sesuai dengan tujuan tanpa mengabaikan syariat.

sani said...

saya melihat ada tulisan arab pada logo ini. Saya tidak dapat membaca dengan lengkap. perkataan ALLAH jelas kelihatan di sebelah kanan (menurun). Mudah-mudah logo yang dipilih sesuai dengan tujuan tanpa mengabaikan syariat.

Anonymous said...

Assalam Dr
Saya pilih no.2 . Tulisan khm besar & mudah di kenali

haji muda said...

Assalam,
Terima kasih dgn sokongan dan komen.

Kepada Sdr Sani, InsyaALLAH landasan syariah menjadi pegangan KHM. Cuma kami bukan expert dlm designing dan Alhamdulilah mendapat sokongan follower utk membangunkan logo buat KHM.