Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, June 30, 2013

Makluman KHM 13/2013

Makluman KHM 13/2013

Alhamdulilah sukacita dimaklumkan bahawa
1. Jumlah keseluruhan Program Iftar Ramadan 2013 ialah sebanyak RM38,000 (Sumbangan peserta RM36,759 selepas tutup akaun dan audit + tambahan RM1,241 disediakan oleh KHM BizNetwork dan KHM DAA untuk mengenapkan jumlah dana menjadi RM38,000). Pihak KHM akan menguruskan penghantaran dana ke Mekah sebanyak RM25,000 dan Indonesia RM13,000 dalam minggu ini, InsyaALLAH.

2. KHM juga akan membuat sumbangan sebanyak RM5,500 untuk program iftar Ramadan di Masjid Al-Aqsa dan Gaza Palestin.

Terima kasih kepada semua penyumbang program Dana Iftar Ramadan 2013.
 — 

Sunday, June 23, 2013

Tahniah! Ramadan Kian Hampir


Nota: Kepada Penyumbang Dana Iftar, sila tick item no 10 checklist Ramadan diatas.


Alhamdulilah, Ramadan kian hampir. Malam ini pula adalah malam nisfu syaaban. Saya tidak berminat untuk membahaskan isu baca yasin malam nisfu syaaban. Sesiapa rasa hendak beramal, silakan. Sesiapa merasakan tidak mahu beramal dengan yasin, bacalah ayat Qur’an lain. Yang silapnya, jika baca yasin kita berpendapat bidaah, ayat Qur’an lain tidak dibaca tetapi busy dengan facebook, twitter, Astro dsbnya.
Jika sesiapa hendak berpuasa sunat 15 Syaaban/puasa Isnin Khamis silakanlah. Yang tidak mahu berpuasa, nikmatilah peluang breakfast, lunch dan minum petang. Sesiapa hendak bangun malam ini untuk bertahajud, silakanlah dan sesiapa hendak tidur pula teruskanlah.
Kita adalah pilot pesawat hidup kita sendiri. Pandulah pesawat tuan/puan ke destinasi yang baik selagi ianya tidak bertentangan dengan aqidah dan syariah.  Islam itu indah dan mudah, tidak perlu kita merumitkan perkara yang mudah. Juga tidak perlulah kita bertegang leher dengan pendapat dan ilmu kita sehingga ukhuwah dan mahabbah dipinggirkan.
Juga Alhamdulilah, Tabung Dana Iftar Ramadan:-
Jumlah  terkini (sehingga 20 Jun 2013) ialah  RM34,159
Sasaran:   RM48,000
Prestasi:  71.2% 
Untuk makluman, baki terakhir (terkini) dana iftar ini belum diaudit sehingga penyata online bank diperolehi hari ini atau esok/Isnin. KHM mengamalkan dasar integrity dan semua transaksi adalah telus/transparent kepada semua penyumbang. Kesemua nilai dana diperolehi akan terus dihantar ke Mekah dan Indonesia. Kos operasi akan ditanggung oleh “individu-individu tertentu”. Jika anda mahu melantik diri anda sendiri di dalam senarai “individu-individu tertentu ini”  sila email kepada kelabhajimuda@gmail.com  cc  drridzwanbakar@gmail.com  

Kepada sahabat-sahabat KHM di Mekah dan Indonesia, maafkan kami kerana tidak dapat menghantar dana seperti yang disasarkan  iaitu RM32,000 (Mekah) dan RM16,000 (Indonesia) (Fund Achievement 71.2% only).  Kami akan buat keputusan terbaik untuk agihkan dana RM34,159 ini dan akan dihantar  InsyaALLAH minggu depan.  

Terima kasih kepada tuan/puan yang berusaha keras untuk bersama KHM di dalam melengkapkan buku amal kita. Kami Cuma menyediakan platform amal untuk manfaat kita bersama. Moga ALLAH mengangkat amalan sedeqah tuan/puan ini sebagai amal soleh. Amin.

Friday, June 14, 2013

Makluman KHM 11/2013 Dana Iftar & Wisata Beijing




Assalamualaikum,
ALhamdulilah, sukacita dimaklumkan status program berikut:-:

1.  Dana Iftar Ramadan untuk Fakir Miskin/Dhuaafa (Mekah & Indonesia)
Status Dana:  RM29,971
Sasaran Dana:  RM48,000
Tarikh Tutup:  21 Jun 2013 (Jumaat)

2.  Wisata Beijing 30 Nov-6 Dis 2013
Hanya tinggal 3 lagi tempat kosong.

3.  Umrah Ramadan Direct Flight SV KL-Madinah 14-26 Julai 2013
Ditutup.

Moga ALLAH menerima usaha, kesabaran dan amalan kita.

Tuesday, June 11, 2013

Palestin Gaza: Cairnya Sebuah Harapan


Palestin Gaza: Cairnya Sebuah harapan

Bukan mudah untuk laksanakan kerja amal. Ianya bagai “mencari penyakit” dan bila sakit hadir maka kita “perlu cari ubat sendiri”. Bak kata segelintir teman-teman saya,

“Buat apalah susah-susah hidup. Kau bukan glamour. Kalau selebriti barulah program-program kerja amal dapat berjalan dengan lancar. Masyarakat mengangkat selebriti sangat tinggi, dan orang-orang yang berusaha ikhlas sukar mendapat tempat.” 

Jika dihitung ungkapan ini, ada juga kebenarannya. Ia mungkin boleh melemahkan azam bahkan bisa juga menjadi hamparan cabaran mengukur keikhlasan diri. Pengalaman banyak mentarbiah saya. Melaksanakan ibadah atau kerja amal adalah berkait dengan ACTION bukan sekadar ceramah membasahi gusi.

Semalam saya berkomunikasi dengan seorang pemuda Palestin Gaza. Beliau sangat-sangat mahu menghidupkan NGO Islam Gaza dan memohon kerjasama dengan KHM. Harapan yang sangat mengunung (saya ada kongsi email beliau dalam blog ini dan facebook/drridzwan pada awal bulan Mei 2013). Tetapi kemampuan saya/kita terbatas dan sokongan pula hampir sifar.    Pemuda ini sangat istiqamah dengan harapan yang telah kami lakarkan. Setiap minggu beliau akan menghantar email dan sms kepada saya walaupun terpaksa bersusah payah mencari lokasi sesuai untuk  access internet di Gaza yang hampir musnah itu. Kesungguhan beliau sangat menyentuh hati kecil ini. Setelah lebih sebulan, maka saya menelefon beliau dan berat hati untuk berkata,

“Ya akhi, I love muslim and mujahideen of Palestine. I am so proud of you. I wish if I could be amongst ikhwan who struggle to protect Palestine/Gaza. InsyaALLAH, One day together we free Baitulmuqaddis. I acknowledge your seriousness to formalize Muslim NGO Gaza. Unfortunately, I have many limitations. I am deeply regret to inform you that ‘our plan’ to establish muslim NGO Gaza-KHM has to be postponed.  I am very sorry and may ALLAH forgive me.”

Anak muda ini berkata, “I really hope our wish will come true. Please visit Gaza. I will wait you in the border entering Gaza. I will prepare all necessary support and documentation to see you in Gaza....Please come alone if nobody want to accompany you..”

Ianya satu bentuk kesedihan yang tidak mampu saya tahan lagi.  Harapan anak muda Palestin ini yang akan dipertanggungjawabkan depan ALLAh nanti. Harapan yang tidak mampu saya laksanakan.

Ya ALLAH, maafkan hambaMU…..