Nota: Kepada Penyumbang Dana Iftar, sila tick item no 10 checklist Ramadan diatas.
Alhamdulilah, Ramadan kian hampir.
Malam ini pula adalah malam nisfu syaaban. Saya tidak berminat untuk
membahaskan isu baca yasin malam nisfu syaaban. Sesiapa rasa hendak beramal,
silakan. Sesiapa merasakan tidak mahu beramal dengan yasin, bacalah ayat Qur’an
lain. Yang silapnya, jika baca yasin kita berpendapat bidaah, ayat Qur’an lain
tidak dibaca tetapi busy dengan facebook, twitter, Astro dsbnya.
Jika sesiapa hendak berpuasa sunat 15
Syaaban/puasa Isnin Khamis silakanlah. Yang tidak mahu berpuasa, nikmatilah
peluang breakfast, lunch dan minum petang. Sesiapa hendak bangun malam ini
untuk bertahajud, silakanlah dan sesiapa hendak tidur pula teruskanlah.
Kita adalah pilot pesawat hidup kita
sendiri. Pandulah pesawat tuan/puan ke destinasi yang baik selagi ianya tidak
bertentangan dengan aqidah dan syariah. Islam itu indah dan mudah, tidak perlu kita
merumitkan perkara yang mudah. Juga tidak perlulah kita bertegang leher dengan
pendapat dan ilmu kita sehingga ukhuwah dan mahabbah dipinggirkan.
Juga Alhamdulilah, Tabung Dana Iftar
Ramadan:-
Jumlah terkini (sehingga 20 Jun
2013) ialah RM34,159
Sasaran: RM48,000
Prestasi: 71.2%
Untuk makluman,
baki terakhir (terkini) dana iftar ini belum diaudit sehingga penyata online
bank diperolehi hari ini atau esok/Isnin. KHM mengamalkan dasar integrity dan
semua transaksi adalah telus/transparent kepada semua penyumbang. Kesemua nilai
dana diperolehi akan terus dihantar ke Mekah dan Indonesia. Kos operasi akan
ditanggung oleh “individu-individu tertentu”. Jika anda mahu melantik diri anda
sendiri di dalam senarai “individu-individu tertentu ini” sila email kepada kelabhajimuda@gmail.com cc drridzwanbakar@gmail.com.
Kepada
sahabat-sahabat KHM di Mekah dan Indonesia, maafkan kami kerana tidak dapat
menghantar dana seperti yang disasarkan
iaitu RM32,000 (Mekah) dan RM16,000 (Indonesia) (Fund Achievement
71.2% only). Kami akan buat keputusan terbaik
untuk agihkan dana RM34,159 ini dan akan dihantar InsyaALLAH minggu depan.
Terima kasih kepada tuan/puan yang berusaha
keras untuk bersama KHM di dalam melengkapkan buku amal kita. Kami Cuma
menyediakan platform amal untuk manfaat kita bersama. Moga ALLAH mengangkat
amalan sedeqah tuan/puan ini sebagai amal soleh. Amin.
No comments:
Post a Comment