NOTA: Jika Blog ini tidak aktif, sila ziarah facebook/drridzwan facebook/kelabhajimuda untuk kemaskini, tazkirah ringkas dan muhasabah diri.
Alhamdulilah, masyaALLAH & Tabarakallah. Ku panjatkan syukur atas segala nikmat dan rezeki yang ALLAH limpahkan buat kami hambaMU.
TUJUAN: TAJAAN PELAJAR DAN OPERASI TAHFIZ UNTUK SATU TAHUN
BAGI TEMPOH JAN-DIS 2016
LOKASI: PASENTREN TAHFIZ MISFATUL KHOIR, BANDUNG
JUMLAH DANA DIPERLUKAN: RM36,000
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tujuh (7) pendukung KHM atas keikhlasan mereka untuk menyahut hasrat pada April 2015, bagi menaja makan-minum pelajar Pasentren Tahfiz Muslimah Miftahul Khair di Indonesia bermula dari bulan Rejab/Mei hingga 31 Disember 2015.
PASENTREN TAHFIZ MISFATUL KHOIR, BANDUNG ini adalah khusus untuk pelajar perempuan usia 12-18 tahun yang datang dari desa-desa dan dari keluarga susah/miskin.
Kini ada seramai 32 pelajar Tahfiz Muslimah di Pasentren ini (16 orang pada April 2015, pertambahan 100%) yang dikelolakan bersama antara rakan saya, seorang anak muda lulusan Al-Azhar Mesir dan keluarga saya. Sekembali beliau dari Al-Azhar, beliau dan isteri telah ‘mewakafkan’ diri untuk pembangunan ummah khususnya dalam bidang ilmu lantas mengujudkan Tahfiz Muslimah ini. Saya secara peribadi bersama pimpinan KHM berhasrat untuk menggabungkan Tahfiz Muslimah Misfatul Khoir ini dengan Tahfiz Al-Hikmah muslimin di Bandung dan Tahfiz perempuan Melaka Malaysia nanti, InsyaALLAH.
Satu projek pembinaan Masjid untuk pelajar-pelajar Pasentren ini dan untuk manfaat masyarakat kampong sedang berjalan pada tahap 50% kemajuan (Laporan projek pada 25 Nov 2015. Sila juga rujuk facebook/drridzwan dan facebook/kelabhajimuda untuk foto dan laporan kemajuan projek). Pembangunan Masjid Fatimah Az Zahra ini adalah atas konsep Waqaf Khas individu tertentu yang saya pegang sebagai amanah yang berat.
Untuk makluman, 32 pelajar-pelajar muslimah ini hanya berbekalkan RM20 sebulan oleh ahli keluarga untuk tujuan makan minum sementara beras dan ikan dll adalah atas ihsan penduduk desa. Tenaga pengajar pula mewakafkan rumah untuk dijadikan kelas dan asrama pelajar. Satu pengorbanan yang sangat menyentuh hati.
Mungkin antara kita berbelanja RM20 sehari seorang untuk minum pagi dan makan tengahari. Tapi mereka….RM20 sebulan. Bagaimana untuk kita melahirkan ilmuwan Islam dan hafizah jika sekadar makan ikan kering dan telor masin?
Atas keinsafan ini, kami membuka peluang amal kecil ini kepada ahli, semua pendukung, followers KHM dan semua pencinta infaq/sadaqah untuk tajaan operasi keseluruhan Pusat Tahfiz Muslimah Misfatul Khair, Bandung untuk tahun 2016 (Jan-Dis 2016).
1. Jika tuan/puan mempunyai hajat untuk Waqaf KHAS bagi tajaan sebegini di lokasi-lokasi lain mohon terus call atau email saya drridzwanbakar@gmail.com atau
Whatsapp 011-32332085 (untuk whatsapp sahaja).
SUMBANGAN BOLEH DIKREDIT TERUS KE AKAUN AMANAH:
NAMA: DR RIDZWAN BIN BAKAR
BANK : Bank Islam Malaysia Berhad SwiftCode: BIMBMY
No Akaun: 1215902-0062281
Jazakumullah ahsanal jaza. Barakallahu feekum.
Dr Ridzwan Bakar
HP: 013-209 0000
drridzwanbakar@gmail.com
1 comment:
Alhamdulillah
Semoga usaha dipermudahkanNYA
Post a Comment