Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, June 24, 2016

Inspirasi Hidup: Stesen Kehidupan #1





Ramadan terus melangkah meninggalkan kita. Sudah 20 hari Ramadan berlalu, apakah kita mendapat kemanisan Ramadan dan KPI Ramadan tercapai...atau kita masih seperti tahun tahun lalu...?

Ya, Kita bakal menangis bila Ramadan berlalu meninggalkan kita, tetapi kita tetap orang yang sama.

Allah memberi kita 5 Stesen Kehidupan sebagai asas untuk Berjaya. 

Allah memberi kita syahadah untuk kita mengambil stesen pertama, istirehat untuk renovate dan refresh aqidah. Aqidah ini sangat penting kerana ianya melibatkan kesungguhan iman. ALLAH ada di mana-mana. Bila lesu, segera ingat ALLAH, bersyahadah, berzikir dan beristighfar.  Kita hamba tidak boleh berlagak pandai walaupun kita mungkin dalam kategori bijak pandai. Ramai orang bijak pandai, menggunakan kepandaian untuk menipu, menganiaya orang dan korup. Ada juga yang ego tinggi dan suka cari salah orang kerana mereka fikir mereka pandai.  Mereka ini  pandai tapi muflis aqidah dan iman. 

ALLAH beri kita stesen kedua, solat- untuk kita istirehat refresh perjuangan hidup bahawa setiap detik waktu samada  pahit mahupun manis ada di dalam pengetahuan ALLAH. Take Break dengan solat menghampirkan diri dengan ALLAH, Pencipta kita

Di stesen ketiga, ALLAH sediakan tempat yang agak lama sikit, satu bulan Ramadan. Bulan inilah ALLAH beri kita cukup masa untuk refresh dan kembali ke fitrah.  Contohnya, ramai yang saya jumpa sangat kuat dan taat akan puasanya, tetapi ada juga yang tidak solat atau tidak konsisten solat.  

ALLAH masih sayang kepada kita. DIA  beri kita sebulan untuk refresh dan muhasabah diri. 
ALLAH bagi kita tempoh secukupnya untuk refresh dan kembali menghenyakkan nafsu yang sangat kuat menghalang hasrat bersolat. 

Mengapa tidak solat....?  Saya tidak tahu solat...?

Jika tidak tahu atau tidak faham, ajak ajaklah berbincang. Jika malu, tanyalah orang yang hampir dengan kita. Belajar-belajar solat. 

Rugi meninggalkan solat. ALLAH rindu akan doa kita di stesen ini. ALLAH nak kita minta sendiri. Bila lagi hendak hampir dengan Sang Pencipta jika kita tidak solat?   Bila lagi hendak minta kepada ALLAH jika kita lalai tentang solat.

Muhasabah sahaja tidak cukup. Perlu ada ACTION!

Bersambung Stesen Kehidupan #2....



No comments: