Solat istikharah adalah amalan mudah yang kita sering tinggalkan. Ulama-ulama silam akan beristikharah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pandangan atau sebelum memulakan penulisan/kajian. Sebab itu tulisan meraka dan pandangan mereka bercahaya hingga mampu membuat orang lain menangis. Kita pula di zaman siber ini, lebih banyak bercakap dan menulis di media sosial secara semberono dengan tulisan yang tidak berfaedah dan melukakan orang lain.
Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila seseorang mahu mengerjakan haji /umrah, hendaklah dia melaksanakan solat istikharah 2 rakaat. Istikharah di sini bukan bermaksud syak atau ragu ragu mengenai ibadah haji, tetapi berkait dengan beberapa factor lain seperti masa. Ibadah haji adalah Rukun Islam, maka tiada sebab untuk kita beristikharah untuk tujuan menangguhkan ibadah haji/umrah. Bila sudah cukup syarat Haji/Umrah, maka tidak boleh ditangguhkan dengan sengaja.
DISKUSI APLIKASI
Istikharah adalah amalan mulia (sunat) agar keputusan yang bakal kita buat mendapat panduan/ilham dari ALLAH swt. Ini berkait rapat dengan beberapa factor yang mungkin menyebabkan hati berdolak dalik untuk menunaikan haji/umrah. Dari sudut aplikasi, saya ambil DUA kes sebenar di bawah untuk dijadikan pedoman
FAKTA KES
KES 1 Bila Nak Pergi (Masa)?
Jamaah umrah perlu merancang perjalanan umrah dengan perlu mengambilkira keperluan pejabat, anak-anak, sumber kewangan dll. Masa yang sesuai perlu disokong oleh solat Istikharah agar damai hati untuk membuat keputusan. Lebih kurang 8 tahun lalu, saya pernah berhadapan dengan jamaah yang menangguhkan lebih 3 kali perjalanan umrah dengan memberi berbagai alasan duniawi. Akibatnya, hingga sekarang beliau gagal menyempurnakan ibadah umrah wajib. Wang hasil EPF juga sudah kering. Sudah tentu iblis dan nafsu menang di sini. Faktanya, beliau gagal menunaikan solat istikharah untuk mencari pedoman jalan berumrah.
Kes 2 Pakej Mana Yang Bagus
Saya banyak melalui situasi jamaah yang bertanya berbagai soalan mengenai pakej umrah. Antaranya mana satu pakej umrah yang terbaik. Bila penerangan dibuat dengan panjang lebar dan bermingu minggu, akhir sekali, hamba hamba ALLAH ini (plural) menuduh agensi umrah menipu, janji manis, gimik iklan, promosi atas kertas dsbnya.
Pada hemat saya, semua pakej umrah bagus. Dengan tidak menafikan ada agensi umrah yang tidak amanah dan menipu, majority agensi umrah di Malaysia mempunyai niat yang baik untuk sama sama menyediakan perkhidmatan terbaik.
Yang tidak bagusnya adalah orang yang bertanya. Menunaikan haji/umrah bukan seperti pakej melancong. Maka tidak perlulah membawa nada sombong dan ego bila bertanya atau memperlekehkan agensi umrah. Menunaikan Umrah perlu bawa bersama sikap rendah diri, positif dan sifat mahu belajar serta mahu memahami. Jika tahap ini pun sudah FAIL, bagaimana untuk mengharap Umrah maqbullah?
Imam Nawawi menyarankan, istikharahlah. Jadi buat apa bakal jamaah kategori sombong ini mencari salah agensi umrah. Buat kajian, bertanya (Go Back to Tip Umrah No 1) dan istikharah.
Tidak perlu menghukum agensi umrah. Cuba fahami mengapa sesuatu agensi umrah menawarkan pekej lebih mahal dari yang lain. Dan adakah pakej murah ada menyembunyikan harga yang sepatutnya all-in inclusive? Banyak factor penentu harga (seperti tempoh masa di Tanah Suci, jenis pesawat, jarak hotel, Add-on program, jenis hotel dll).
CADANGAN KEPADA JAMAAH
1. Buat spesifikasi sendiri
2. Minta quotation dan bertanya
3. Bincang spesifikasi dengan ahli keluarga
4. Kemudian istikharah lah untuk pilihan terbaik.
5. Buat keputusan agensi mana atau pakej apa yang sesuai.
InsyaALLAH bersambung .....
No comments:
Post a Comment