Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, February 20, 2018

Termenung Jauh di Dead Sea

Alhamdulilah, Allah masih memberi kita peluang untuk kita terus hidup dan berkhidmat untuk masyarakat. Kita bukanlah orang politik, bertaraf Tan Sri mahupun Dato. Kita sekadar insan kerdil, hamba kepada Sang Pencipta dan rakyat marhain yang sering diperlekeh. Mungkin apa yang kita cakap dan apa yang kita tulis tidak menjadi perhatian sedangkan ia membawa mesej penting kehidupan,....  sebab kita bukan berstatus orang elit, YB atau selebriti. 

Sistem kapitalis riba kian mencengkam rakyat marhain. Dunia ini kelihatan sangat sempit sedangkan ALLAH menciptanya dengan begitu luas. Terkapai kapai kita lemas dengan ujian dunia dan tekanan ekonomi poket yang sentiasa bocor. Pemegang amanah pula kian cacar merba, korup dan menghancurkan harapan besar rakyat marhain. 

Tidak mampu kita melawan dunia yang kian rosak dan sistem kapitalis riba yang menghancurkan kasih sayang. 

Dengan bertongkat, hamba mengembara di temani insan insan penting dalam hidup, adik Azki dan Hannah. Memijak kaki di Laut Mati tidak mungkin mampu mematikan harapan dan meranapkan impian. Kabus pagi musim dingin di Jordan, tidak memungkinkan mata kasar memicing mengintai jalur Palestin Tebing barat di seberang. 



Namun yang pasti, air di Laut Mati kelihatan mati, tidak bermaya membawa banyak manfaat kehidupan. Airnya sangat masin tidak sesuai untuk memberi kebahgiaan instant. Saintis menyatakan laut ini kian susut dan membimbangkan, mungkin akan kering dan mati.



Kita berlumba lumba mengejar kekayaan dunia. Makin kita mencapai KPI dunia, makin kuat kita ingin bersaing dan mencapai lebih dari itu. Kita kelihatan sentiasa haus dengan harta dan kekayaan. Makin kita kuat berlari semakin tidak cukup. 

ALLAH mencipta Dead Sea untuk kita mengambil iktibar perjalanan hidup. ALLAH boleh menghancurkan sesuatu bangsa dengan mudah bilamana mereka tidak endahkan perintah ALLAH. Lihat kisah Kaum LUTH (sila baca dan rujuk AL-Qur'an)

ALLAH juga mahu kita faham bahawa kehidupan ini bagai minum air masin. Semakin banyak kita minum, semakin kering tekak dan haus tidak bertepi. Semakin rakus manusia, semakin banyak penganiayaan dan kemusnahan akan berlaku. 

Termenung jauh di Dead Sea..... Kita jatuh dan tumbang dalam sistem kapitalis riba dan liberalisasi.....


3 comments:

Hasnunniza Hashim said...

Assalamualaikum Dr .

Mudah-mudahan Dr. dan keluarga diberikan kekuatan mental, fizikal, spiritual oleh Allah s.w.t. serta sentiasa di dalam rahmatNya.
Juga semoga disembohkan oleh Allah s.w.t.
Syafakallah

Oscar Fernandez said...

Another informative blog… Thank you for sharing it…

Clipping Path Service said...

Appreciate you sharing, great article.Really looking forward to read more. Really Great.