Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, July 17, 2008

Allah memuliakan wanita #3

Semalam saya menerima 3 sms and 1 email bertanya bila saya nak sambung cerita "Allah memuliakan wanita siri#3"? Bagi saya untuk menulis sesuatu yang menyentuh hati, si penulis juga perlu meruntunkan hatinya. Dengan lain perkataan, jika kepala penulis berserabut dengan urusan duniawi maka kesan terhadap penulisan mungkin sedikit terjejas.

Catatan perjalanan Haji dan Umrah banyak mengajar insan supaya menundukkan diri dengan Penciptanya. Maha Suci Allah, sememangnya Allah memberi kemuliaan kepada wanita khususnya kepada wanita mengandung di Tanah Suci.

Saya selalu berkongsi cerita ini dengan teman2. Setiap kali waktu sembahyang di Mekah dan Madinah, kita akan susuli dengan sholat jenazah. Mungkin saya sekadar berusaha setakat mengangkat atau menyentuh keranda si mati, akan tetapi seorang rakan saya ini bercerita yang beliau turut sekali menghantar seorang jenazah wanita ke Perkuburan Baqi' di Madinah. Pendekkan cerita, ada seorang baby yg kematian selepas kelahiran turut bakal di kebumikan di bumi mulia ini. Ketika jenazah wanita ini di masukkan ke liang lahat, mayat baby ini juga dimasukkan ke liang lahat yg sama di atas perut muslimah ini. Subhanallah! untungnya muslimah ini. Dia bukan setakat ditemani tetapi sudah tentu diberi sedikit kelonggaran soal-siasat di alam barzakh kerana ditemani oleh insan baby yg suci dan bersih. Ye, Allah memuliakan wanita ini dalam 2 bentuk ie. 1. dikebumikan di Baqi 2.ditemani di alam barzakh.

Isteri saya, Aishah, ketika menunaikan Umrah 2006 lalu di takdirkan mengandung 4 bulan (sekarang baby dah 1 tahun 6 bulan- Afif AufaAdha). Walau berbagai cabaran di hadapi, perjalanan Aishah begitu mudah semasa di Tanah Suci. Memasuki Raudah, bersolat di Hijir Ismail dan mencium Hajar Aswad semuanya berjalan lancar. Hatta Aishah mampu membawa kakak Rozi, Kak Su dan rakan2 lain untuk ke Raudah dan mencium Hajar Aswad. Secara logik, saya menghalang hasrat Aishah untuk berebut-rebut mencium Aswad kerana khuatir janin dalam kandungan. Namun pemikiran manusia tidak mampu menandingi kemuliaan yg Allah berikan kepada muslimah yg mengandung. Bukan setakat sekali dapat cium Aswad, malah lebih 3 kali. Subhanallah!

Cerita officemate saya, Hajah Fauziah Kamsari, turut sama boleh dijadikan iktibar. Beliau menunaikan Haji ketika mengandung (tanpa beliau maklumkan TH). Beliau bercerita bagaimana sepanjang 40 hari di Tanah Suci dia ditemani oleh insan yg tidak pernah dikenali, yg menguruskan hampir kesemua urusan harian termasuk membasuh pakaian dan menyediakan makanan. Itulah dia kehebatan wanita yang Allah muliakan disebabkan mereka mampu untuk mengandung.

Kalau wanita-wanita mengandungpun boleh cium Hajar Aswad, lelaki bagaimana?

********RIDZ********

3 comments:

Anonymous said...

Subhanallah...
Saudara Ridzwan, thanks for sharing. Saya menangis teresak2 membaca cerita bgmn Allah memuliakan wanita ini.

-kris-

Anonymous said...

Sahabat bloggers,
Saya amat berbesar hati jika komen-komen anda disertai dengan alamat email anda. Ini dapat memberi saya ruang untuk menambahkan networking dan persahabatan.

Salam

Ridzwan Bakar

Anonymous said...

Sdr/i Kris,
Terima kasih dengan komen. InsyaAllah saya akan meneruskan tulisan saya untuk memberi ruang keinsafan khususnya dalam diri saya.

InsyaAllah buku saya "HAJI MUDA" akan berada di pasaran pada awal Ramadhan. Saya berharap buku Haji Muda mampu untuk membuat pembaca menangis memikirkan betapa kerdilnya diri ini.

Salam
****RIDZ*******