Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, September 18, 2008

Lahirnya Buku Haji Muda

Assalamualaikum Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

Alhamdulilah, buku motivasi Haji Muda: Tip-Tip Menjadi Tetamu Allah tulisan saya kini telah siap sepenuhnya mengikut sasaran 18 Ramadhan 2008. InsyaAllah akan berada di pasaran minggu depan khususnya di MPH, Popular Bookstore dan Kino. Sekiranya anda sukar mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan saya di alamat email atau sms saya (diakhir tulisan ini). Minta tolong juga forward kat kawan2 dan egroup tuan-puan.

Buku ini sesuai untuk diberi sebagai hadiah Aidilfitri, hadiah kepada bakal jamaah Haji dan orang muda yang bakal atau belum terbuka hati untuk menunaikan Haji & Umrah.

Secara umum buku ini mengandungi 4 bahagian.
  • Bahagian 1 membincangkan keperluan menunaikan Haji pada usia muda dan apakah bentuk cabaran pra-Haji.
  • Bahagian 2 menjemput pembaca untuk mengukur persediaan dan kemampuan Haji dalam konteks perjalanan di bumi Madinah.
  • Bahagian 3, mengupas cabaran sebenar Haji di Mekah, Arafah, Mudzalifah dan Mina. Bab ini menjemput pembaca untuk menghayati latihan mashyar di Arafah dan apakah mungkin orang muda bersedia menghadapi cabaran ini.
  • Akhir sekali Bahagian 4 menterjemahkan travelog Haji dalam konteks keinsafan diri, usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan cabaran paska Haji. Bahagian ini juga memberi tips perancangan kewangan Haji kepada ibubapa/ bakal haji muda dan anggaran perbelanjaan haji.

Walaupun buku ini ditujukan kepada orang Muda, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan termasuk warga emas kerana tarbiah perjalanan haji dan tips haji adalah bersifat umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca tanpa mengira usia.

Untuk mendapatkan naskah ini, tuan-puan bolehlah email saya tigeridz@gmail.com <mailto:tigeridz@gmail.com> dengan menyatakan nama, bilangan unit dan no tel utk dihubungi. Alternatif, tuan/puan boleh menghubungi Sdr Rusdi 019-6107653 Aras 7 Utara TM Menara. Sesiapa yang berhasrat untuk menaja buku ini dalam kuantiti yang banyak untuk di hadiahkan bolehlah terus menghubungi saya 019-2628585.

Terima kasih & Salam Ramadhan.

RIDZWAN BAKAR--
Please visit my blog http:\\ ridzwan-bakar.blogspot.com

5 comments:

Zamri Mohamad said...

Tahniah atas kelahiran buku Tuan!

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Ayda said...

Tahniah kerana usaha Encik Ridzwan telah berhasil dengan lahirnya buku 'Haji Muda'. Semoga terus berjaya.

http://sumbermediads.blogspot.com
http://motivasibisnes.blogspot.com

Anonymous said...

Sdr Zamri & Pn d.ayu,
Terima kasih dengan sokongan.

Ridzwan

Anonymous said...

tahniah atas bukunya. salam dari indonesia

Hilmi & Faeizah said...

Saya sudah melakukan promo buku haji muda diblog saya.

Siti, Labuan.